Sambal Ikan Bilis Kering Original Melaka Versi 3
Kelas tafsir Ustaz Iqbal di bulan Ramadhan adalah berkenaan surah Al Mulk. Surah ini kebanyakan para ulamak di nama dengan Al Waqiah yang melindungi dan menyelamatkan. Rasulullah bersabda, aku suka sekiranya setiap mukmin ada Al Mulk di dalam hatinya. Kalau boleh hafal surah ni. Yang sentiasa bersama kita selepas kita mati adalah Al Quran.
Orang yang dekat dengan kita pun belum tentu bersama kita. Surah ini juga akan mengheret kamu keluar dari neraka ke syurga. Contoh orang yang suka mengumpat, memang akan masuk neraka dulu walaupun hebat beribadah.
Surah ini akan menyelamat orang tu dengan mengeluarkan dari neraka ke syurga. Kalau mayat dah diletak dalam kubur. Tiada melainkan akan datang malaikat di kepala dan di kaki. Malaikat bertanya dengan mata merah, wajah biru dan betul betul menakutkan.
Jika tak biasa menyebut nama Allah semasa hidup di dunia pasti sukar untuk menjawab soalan malaikat Mungkar dan Nakir. Kena bersiap siap kerana kita adalah calon jenazah. Setiap yang bernyawa pasti mati maka kepada kamilah kamu semua akan kembali.
Surah Al Mulk akan berdebat dalam kubur dengan Malaikat jangan engkau memasukkan hamba ini dalam neraka kerana dia membaca aku. Hadis riwayat Ibnu Abbas, Mahukan aku katakan sebuah hadis yang kamu akan gembira dengannya. Ajarkan keluarga mu surah Al Mulk ini. Pada dan sampaikan pada anak anak dan bayi bayi, jiran jiran.
Kata Ibnu Abbas Rasulullah bersabda, sesungguhnya surah Al Mulk akan menyelamatkan dan akan mendebatkan dengan Malaikat di hadapan Allah sampai diminta pada Allah untuk menyelamat hamba yang baca surah ini dari azab neraka dan azab kubur dan menyatakan aku suka jika ada surah Al Mulk di hati umat ku.
Kata Allah pada surah Al Mulk, jangan lah marah macam tu. Beritahu pada malaikat bahawa aku telah memberi keizinan untuk kamu memberi syafaat pada hamba yang membaca surah Al Mulk. Azab kubur sangat dasyat. Janganlah dipandang mudah. Surah Al Mulk sentiasa menemani orang yang membaca dalam kuburnya. Kalau ada sesiapa yang hendak menyakitinya juga akan dijaga.
Jadi sama sama lah kita untuk terus membacanya tiap malam dengan anak anak. Orang muda pun mati juga. Bulan Ramadhan yang diuji adalah nafsu bukan syaitan lagi. Dekatkan diri dengan Al I Quran dan banyakkan berselawat.
Sekarang kita sentuh sedikit bab resepi. Selepas menyediakan Sambal Tumis Kering Melaka yang diajar oleh Baiha, saya kongsikan dalam group whatsApp Sahabat SMB. Cikgu Nor Mahnun telah kongsikan resepi Sambal Ikan Bilis Kering yang merupakan resepi ori dari Melaka. Kata Mahnun yang saya panggil sebagai Nun, pertama kali dia makan semasa belajar di Matrikulasi.
Saya pulak pantang dengar resepi tradisi seperti ini, saya pasti akan bertanya sehingga jelas cara menyediakannya. Kemudian saya akan menyalin dan mengolah resepi untuk rujukan masa depan. Ini dah kira Sambal ikan Bilis Kering Melaka Versi 3 Azie Kitchen. Perbezaan dari segi bahan antara resepi 1 dan 2 adalah penggunaan air asam jawa. Klik di SINI untuk versi 1 dan SINI untuk versi 2. Layan juga video di atas.
Jom kita sama sama mencuba resepi ini dan sangat sesuai jika untuk dibawa semasa bercuti samada dalam atau luar negara. Boleh makan dengan nasi dan juga roti.
Sambal Ikan Bilis Kering Original MelakaOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:½ kg ikan bilis - tumbuk sikit1 kg bawang merah - hiris250 gm cili kering - kisarAir asam jawaGaramGula - opsyenal
Cara cara;Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan kesemua sekali bahan di atas ke dalamnya, kecuali asam jawa, gula dan garam. Masak dengan api perlahan lebih kurang 4 jam supaya benar benar kering.
Sebelum kering, baru dimasukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula, jika suka. Sambal ini memang tahan berbulan lama nya.
Nota:Cara kedua boleh juga bawang digoreng terlebih dahulu dan dimasukkan ke dalam kuali setelah cili dan ikan bilis hampir kering.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2016/06/sambal-ikan-bilis-kering-original.html