Sambal Daging Masak Lebih Untuk Bekal
Assalamualaikum WBT
MALAM kelmarin, awal-awal Sk dah tanya dengan Pak Inche, nak makan apa untuk makan malam, malam tadi. Kena tanya awal-awal la lepas ni kalau nak memasak sebab dah tak ada siapa nak disuruh untuk defrost bahan yang dah beku dalam peti ais. Hari ahad, dah masak Nasi Lemak Telur Rebus. Isnin, Pak Inche tapau Laksa Penang dan Laksa Johor dari Pasar Malam. Pak Inche cadangkan Ayam Sambal atau Sambal Daging. Hurmmm, kita masak Sambal Daging laa.. berkotak-kotak daging dalam peti ais sebab Pak Inche asyik beli daging masa bulan puasa hari tu. Asal nampak orang berjual daging depan Restoran Thoufeeq tu, mesti dia singgah beli
Pagi-pagi, Sk dah keluarkan sekotak daging dari bahagian freezer, masukkan air kemudian letak di bahagian chiller. Hari tu, dengar Celoteh Dr Mala, berkongsi kenapa terjadinya keracunan makanan walaupun tidak makan makanan dari luar kerana kita salah cara nyahbeku lauk yang hendak dimasak. Salah satunya, membiarkan bahan seperti ayam, daging dan ikan berada pada suhu bilik terlalu lama yang membuatkan bakteria membiak. Cara yang betul untuk nyah beku antaranya guna alat/papan pencair ais. Kalau tak ada papan tu, macam cara Sk selalu buat ni la, pindahkan ke bahagian chiller. Sk letak air sebab kalau tak buat macam tu, bahagian daging atau ayam masih keras lagi masa Sk balik kerja
Angah bagi telur gred C sepapan. Dia beli telur tu asalnya nak buat telur pindang tapi ada beberapa puluh biji telur yang kulitnya cerah. Nak buat telur pindang kena guna telur yang kulitnya gelap agar tak pecah semasa direbus dalam tempoh yang lama. Angah suruh masak habiskan cepat sebab telur tu dari minggu lepas. Nahhhh.. terus campak empat biji dalam kuali, kemudian tuang kicap. Kuningnya cair mungkin dah mula masuk angin, hehehe
Sayur Kailan yang tak habis masa makan di Restoran YX tu, hahaha. Aduh, sayur RM12, sayanglah nak tinggal macam tu aje. Dah bawa balik, tak sempat pulak nak dipanaskan dan dihabiskan. Kita panaskan la malam tadi, tak bagus membazir. Lega tengok peti sejuk dah lapang, hahahaha
Sengaja masak nasi lebih dan sambal daging pun masak lebih juga sebab nak bawa bekal hari ni. Gigih la pagi-pagi goreng telur buat tambah lauk. Sambal tu, Sk panaskan macam selalu la, kukus sambil panaskan nasi. Jimat masa tapi nak siapkan bekal, goreng telur sambil ceduk nasi dan sambal masuk tupperware pun ambil masa hampir 10 minit jugak. Tu yang kalau tak betul-betul rajin, memang rela jer beli nasi campur kat kantin walaupun hari-hari terpaksa makan lauk yang sama. Alaaa.. kalau masak sendiri pun, lauk yang sama juga pusing-pusing, hahahaha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2023/05/sambal-daging-masak-lebih-untuk-bekal.html