Saman Terhadap Sanusi Barangkali Amaran Awal Buat Hadi




 Daripada empat pemimpin blok pembangkang yang disaman setakat ini oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kerana didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya, tiga daripadanya adalah pemimpin Pas.
Mereka ialah Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim dan terbaru, Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor.
Pemimpin keempat yang diambil tindakan sama ialah Mahiaddin Md Yasin, Pengerusi PN merangkap Presiden Bersatu.
Secara tidak langsung ini bermakna, walaupun Pas itu parti Islam kononnya, tetapi pemimpinnya dilihat lebih terdedah kepada mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.
Jika tiada unsur fitnah, tentulah tidak mungkin Anwar ada asas untuk mengemukakan saman terhadap mereka itu.
Dengan mengemukakan saman itu, sebagaimana disebut sebelum ini, ia bukanlah bermakna Anwar pemimpin yang mudah koyak dan tidak sedia dikritik.
Anwar sebenarnya sangat terbuka dengan kritikan, bahkan amat meraikan perbezaan pendapat.
Tetapi, melalui saman yang dikemukakannya, ia menunjukkan beliau tidak bertolak ansur terhadap fitnah, pembohongan serta kata-kata berbentuk penipuan.
Berkedudukan sebagai Perdana Menteri, apabila tindakan saman diambilnya terhadap pemfitnah, ia adalah mesej untuk rakyat memahami tentang pendiriannya terhadap fitnah.
Tidak sukar sebenarnya untuk memahami bahawa bagi Anwar, fitnah mesti dilawan dengan tindakan undang-undang agar ia dapat memberi pengajaran kepada mereka yang terbabit serta orang lain juga.
Fitnah tidak boleh lagi dilawan dengan penafian atau penjelasan semata-mata, jauh sekali tidak boleh sekadar hanya berdiam diri serta berserah kepada Tuhan saja.
Melalui tindakan saman itu, ia adalah peringatan kepada tukang-tukang fitnah, sama ada yang berkopiah atau tidak, agar ada sedikit ketakutan untuk meneruskan kerja-kerja jahat tersebut.
Seterusnya, dengan mendepani fitnah itu dengan saman, ia akan membolehkan Anwar memberi lebih tumpuan untuk mengurus negara dan menjaga kepentingan rakyat.
Beliau tidak perlu lagi menafi atau membuat penjelasan terhadap fitnah kepadanya, segala-galanya mesti mereka hujahkan di depan hakim di mahkamah nanti.
Kalau asyik mahu menafi, menjawab atau memberi penjelasan setiap kali fitnah ditimbulkan, ia tidak mungkin berakhir sampai bila-bila dan akhirnya hanya membuang masa jika kemudian banyak lagi fitnah-fitnah lain dikeluarkan.
Pendek kata, saman fitnah Anwar bukan saja sebagai pengajaran kepada pemfitnah dan mereka yang suka membuat fitnah, malah juga untuk membolehkan beliau lebih serius dalam tanggungjawabnya terhadap rakyat.
Selepas ini, jika ada sesiapa lagi memfitnahnya, mereka juga pasti disamannya.
Sekaligus, saman terhadap Sanusi barangkali merupakan amaran awal secara tidak langsung kepada pemimpin utama Pas, Hadi Awang yang dilihat masih berterusan mempertikaikan kewujudan kerajaan perpaduan dan tidak puas hati dengan terangkatnya Anwar sebagai Perdana Menteri.
Hadi boleh terus berhujah dan mempertikaikannya selagi ia berbentuk kritikan, tapi hati-hati jangan sampai terseret unsur fitnah di dalamnya, baik dalam ceramah atau tulisannya yang kerap di media sosial.
Kalau celupar dan memfitnah juga, percayalah, waima Hadi sekali pun, tidak akan terlepas daripada turut dilayangkan surat saman.
Cubalah kalau tak percaya? – ShahbudinHusin 14/12/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/12/saman-terhadap-sanusi-barangkali-amaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkilan Ditamatkan Perkhidmatan Ex Kppa Dakwa Dianiaya Amp Akan Ambil Tindakan Saman Terhadap Pihak Berkenaan

Terkilan Ditamatkan Perkhidmatan Ex Kppa Dakwa Dianiaya Amp Akan Ambil Tindakan Saman Terhadap Pihak Berkenaan

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 129 hits
Susulan ditamatkan perkhidmatan sebagai sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Mohd Shafiq Abdullah dilapor mahu mengambil tindakan undang undang terhadap pihak yang didakwa telah menganiaya dirinya Mohd Shafiq mengakui beliau berasa terk...
Mahkamah Anwar Saman Sanusi Berhubung Ceramah Didakwa Fitnah Di Tambun

Mahkamah Anwar Saman Sanusi Berhubung Ceramah Didakwa Fitnah Di Tambun

papar berkaitan - pada 14/12/2022 - jumlah : 145 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas dakwaan memfitnahnya dalam satu ceramah kempen pilihan raya Jelajah PN Best Tambun pada 13 Nov...
Difitnah Dapat Pengampunan Diraja Melalui Penipuan Anwar Saman Sanusi

Difitnah Dapat Pengampunan Diraja Melalui Penipuan Anwar Saman Sanusi

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 189 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung ucapan berbaur fitnah mengaitkannya dengan perlakuan tidak bermoral dalam satu kempen ceramah Jelaja...
Kes Saman Src Najib Diberi Kebenaran Keluar Notis Pihak Ketiga Terhadap Bekas Pengarah Src

Kes Saman Src Najib Diberi Kebenaran Keluar Notis Pihak Ketiga Terhadap Bekas Pengarah Src

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 201 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini memberi kebenaran kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengeluarkan notis kepada enam bekas pengarah SRC International Sdn Bhd agar dinamakan sebagai pihak ketiga dalam kes saman US 1 18 bili...
Sebutan Kes Quot Saman Rm1 Juta Quot Terhadap Cmk Di Tangguh Ke Bulan Februari 2023

Sebutan Kes Quot Saman Rm1 Juta Quot Terhadap Cmk Di Tangguh Ke Bulan Februari 2023

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 208 hits
TEMERLOH Sebutan kes saman fitnah RM1 juta terhadap aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli oleh Kerajaan Pahang akan bersambung pada Februari 2023 ini Demikian ditegaskan oleh Peguam Mohd Harris Mohan dari The Law Office of Mohd Harris R...
Hadi Stoops To New Low Attacks Dap With Mccarthyism

Hadi Stoops To New Low Attacks Dap With Mccarthyism

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 319 hits
PAS chief Abdul Hadi Awang is stooping to McCarthyism in his attacks on the DAP According to the Marang MP DAP is intrinsically evil Anything it does is wrong and whatever it doesn t do is also suspect Simply by existing DAP is a problem in...
Nak Saman Silakan Amin Idris Sahut Amaran Suami Ustazah Siti Afifah

Nak Saman Silakan Amin Idris Sahut Amaran Suami Ustazah Siti Afifah

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 172 hits
Penceramah bebas Ustazah Siti Afifah dan suaminya baru baru ini dikatakan akan menfailkan saman ke atas beberapa pihak yang terdiri daripada pendakwah bebas serta pakar motivasi kerana mendakwa difitnah berkaitan beberapa isu kontroversi se...
Kira Kira 200 Orang Pengundi Awal Dun Tioman Tunaikan Tanggungjawab Hari Ini

Kira Kira 200 Orang Pengundi Awal Dun Tioman Tunaikan Tanggungjawab Hari Ini

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 223 hits
nbsp ROMPIN Kira kira 200 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia yang layak mengundi awal melaksanakan tanggungjawab mereka di Bilik Rehat Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin tepat jam 8 pagi tadi Mereka adalah antara 243 pegawai dan anggot
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp