Saman Fitnah Ismail Sabri Lokman Adam Diarah Fail Pernyataan Pembelaan Hari Ini



(Bernama) – MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Datuk Lokman Noor Adam menjawab saman yang difailkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadapnya, hari ini.
Hari ini adalah tarikh akhir untuk Lokman memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman berhubung dakwaan menyiarkan kata-kata fitnah menerusi akaun media sosial.
Peguam Joshua Tan yang mewakili Ismail Sabri berkata anak guamnya juga perlu memfailkan jawapan terhadap pembelaan itu selewat-lewatnya pada 25 Okt.
“Mahkamah menetapkan 25 Nov ini untuk pengurusan kes selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Bernama selepas prosiding pengurusan kes hari ini secara dalam talian (e-Review) di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Haleez Hasnan.
Pada 12 Sept lepas, Ismail Sabri memperoleh perintah injunksi sementara daripada Mahkamah Tinggi supaya Lokman dengan serta-merta memadamkan kesemua video yang didakwa memfitnahnya di akaun media sosial.
Permohonan injunksi inter-parte (kedua-dua pihak) akan didengar pada 29 Nov ini.
Ismail Sabri, 62, selaku plaintif memfailkan saman itu atas kapasiti peribadinya menerusi pada 8 Sept lepas dengan menamakan Lokman, 49, sebagai defendan.
Dalam pernyataan tuntutan, Ismail Sabri mendakwa Lokman pada 22 Ogos lepas telah membuat kenyataan-kenyataan fitnah terhadap plaintif dalam satu video bertajuk “Bila Presiden UMNO Panggil Tak Datang! Tapi PM Ada Masa Jumpa Mahathir – Lokman Adam”.
Naib Presiden UMNO itu berkata kenyataan-kenyataan berniat jahat, fitnah dan tidak benar berkenaan plaintif dimuat naik menerusi empat akaun media sosial milik defendan iaitu YouTube ‘Lokman Adam’, Facebook ‘Lokman Noor Adam Official’, Instagram ‘lokmannooradam’ dan TikTok ‘datoklokmanadam’.
Menurutnya, kata-kata fitnah itu antara lain membawa maksud plaintif telah berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan merancang atau berniat untuk merancang dengan bekas perdana menteri itu serta parti-parti politik lain yang bertentangan dengan UMNO untuk kekal sebagai perdana menteri dengan membelakangkan dan mengkhianati parti itu.
Ismail Sabri berkata beliau tidak pernah berjumpa Dr Mahathir dan parti-parti lain dengan membelakangkan atau mengkhianati UMNO untuk terus kekal sebagai perdana menteri.
Pada 1 Sept 2022, Lokman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan membuat hantaran jelik terhadap kerajaan dan Ismail Sabri.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/10/11/saman-fitnah-ismail-sabri-lokman-adam-diarah-fail-pernyataan-pembelaan-hari-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parlimen Dibubarkan Hari Ini Pm Ismail Sabri

Parlimen Dibubarkan Hari Ini Pm Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 210 hits
Yang di Pertuan Agong perkenan Parlimen dibubarkan hari ini PM Ismail Sabri Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke 15 Pengumuman ...
Ismail Sabri May Be Smarter Than People Give Him Credit For

Ismail Sabri May Be Smarter Than People Give Him Credit For

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 199 hits
The real blood to be spilled will be during the party elections next year not during the general election next month And that will be when Ismail Sabri Yaakob will really have to fight for his life And if he succeeds in bringing Umno Barisa...
Tindakan 12 Menteri Utus Surat Kepada Agong Jejas Keharmonian Dalam Kabinet Ismail Sabri

Tindakan 12 Menteri Utus Surat Kepada Agong Jejas Keharmonian Dalam Kabinet Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 186 hits
Tindakan 12 menteri mengutuskan surat kepada Yang di Pertuan Agong jelas membelakangkan institusi Perdana Menteri yang mana pelantikannya telah diperkenan oleh Seri Paduka Baginda sekaligus mengikis semangat solidariti dalam pentadbiran ker...
No No Confidence Motion For Pm Ismail Sabri

No No Confidence Motion For Pm Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 188 hits
PAS vice president Datuk Seri Idris Ahmad who was among the 12 Perikatan Nasional ministers who sent a letter to the King to object to a general election during the year end monsoon season said they never raised the issue of losing confiden...
Naratif Baru Ameno Nak Cabut Jwtn Pm Ismail Sabri Pula

Naratif Baru Ameno Nak Cabut Jwtn Pm Ismail Sabri Pula

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 168 hits
Naratif baru ameno nak cabut jwtn PM Ismail Sabri pula Cara minta YDPA bubar nampak takleh jalan YDPA dah dpt taklimat khas banjir dan dah dapat gambaran sebenar sendiri Nak suruh Ismail Sabri letak jwtn mgkn susah Nasib Ismail Sabri lps tu...
Something Amiss About Ismail Sabri S Cabinet

Something Amiss About Ismail Sabri S Cabinet

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 346 hits
MP SPEAKS Out of 31 ministers in Prime Minister Ismail Sabri Yaakob s cabinet there are 12 from Perikatan Nasional Last Thursday these 12 ministers wrote to the King voicing out their stand against holding the next general election this yea...
Ismail Sabri Pn Ministers Letter To Agong Irrelevant To Govt Legitimacy

Ismail Sabri Pn Ministers Letter To Agong Irrelevant To Govt Legitimacy

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 166 hits
Prime Minister Ismail Sabri Yaakob today said the legitimacy of his administration remains even as 12 ministers had in a letter to the Yang di Pertuan Agong recorded their objections for the 15th general elections to be held within this yea...
Salahkan Diri Sendiri Bukan Orang Lain Kata Muhyiddin Kepada Ismail Sabri

Salahkan Diri Sendiri Bukan Orang Lain Kata Muhyiddin Kepada Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 221 hits
Salahkan diri sendiri bukan orang lain kata Muhyiddin kepada Ismail SabriPresiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin Gambar Agenda Daily oleh Hiekal Rosli 9 Oktober 2022 18SharesTan Sri Muhyiddin Yassin membalas kritikan terhadap Perdana Ment...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi