Saman Fitnah Hanif Omar Akan Fail Tuntutan Balas Terhadap Kit Siang



(Bernama) – Bekas ketua polis negara, Tun Mohammed Hanif Omar akan memfailkan tuntutan balas terhadap saman fitnah dikemukakan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang terhadapnya atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah ketika berucap di sebuah konvensyen pada September lepas.
Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk Shaharudin Ali, yang mewakili Hanif kepada pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Siti Norhidayah Mohd Noor, yang turut dihadiri peguam Harshaan Zamani bertindak bagi pihak Lim.
Shaharudin berkata mahkamah mengarahkan anak guamnya memfailkan tuntutan balas dan penyataan pembelaan terhadap saman itu selewat-lewatnya pada 5 Dis ini manakala Lim diarah untuk menjawab tuntutan balas berkenaan pada 19 Dis.
Peguam itu berkata mahkamah juga menetapkan 20 Dis untuk pengurusan kes selanjutnya.
Pada 17 Okt lepas, Lim selaku plaintif menyaman Hanif selaku defendan atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah ketika berucap pada Konvensyen Karamah Bangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pada 6 Sept 2018, yang diterbitkan dan disiarkan oleh akhbar Sinar Harian, hari yang sama.
Dalam pernyataan tuntutannya, ahli Parlimen Iskandar Puteri, Johor Bahru mendakwa defendan juga secara salah dan berniat jahat menyebabkan kata-kata fitnah itu disiarkan di dalam portal berita Malaysiakini dan Free Malaysia Today pada hari sama (6 Sept) dan keesokannya.
Pemimpin Kanan DAP itu mendakwa kata-kata fitnah berkenaan antara lain membawa maksud beliau bertanggugjawab dan berniat mengarahkan DAP untuk memisahkan atau membahagikan Semenanjung Malaysia kepada 2 bahagian berdasarkan kaum dan berniat untuk memecahkan kaum Melayu dan Cina.
Lim turut mendakwa kata-kata fitnah itu menyebabkan reputasinya selaku ahli Parlimen dan orang kenamaan terjejas.
Dakwanya, satu surat bertarikh 12 Sept dihantar supaya defendan menarik balik kata-kata fitnah serta memohon maaf, namun peguam defendan menjawab surat berkenaan dan menafikan kata-kata fitnah itu terhadap plaintif.
Oleh itu, plaintif menuntut defendan mengemukakan permohonan maaf dan menarik balik kata-kata fitnah itu selain menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan serta satu perintah injunksi bagi menghalang defendan atau ejennya daripada mengulangi atau menerbitkan semula kata-kata fitnah berkenaan.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2018/11/21/saman-fitnah-hanif-omar-akan-fail-tuntutan-balas-terhadap-kit-siang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahagi Dua Malaysia Kit Siang Saman Tun Hanif Omar Bekas Ketua Polis Negara

Bahagi Dua Malaysia Kit Siang Saman Tun Hanif Omar Bekas Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 413 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 20 Disember ini untuk pengurusan kes saman Penasihat DAP Lim Kit Siang terhadap bekas Ketua Polis Negara Tun Mohammed Hanif Omar yang didakwa mengeluarkan perkataan fitnah terhadapnya di sebua...
If Kit Siang Lived In Another Muslim Country He Would Be Dead By Now

If Kit Siang Lived In Another Muslim Country He Would Be Dead By Now

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 336 hits
If Kit Siang lived in those countries that he mentioned Saudi Arabia Iran Iraq Egypt Jordan Yemen Oman Qatar UAE Algeria etc he would have been killed many years ago NO HOLDS BARRED Raja Petra Kamarudin Lim Kit Siang has asked Abdul Hadi Aw...
Notis Saman Tuntutan Bernilai Berbillion Ringgit Dihantar

Notis Saman Tuntutan Bernilai Berbillion Ringgit Dihantar

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 301 hits
BERITA JUMAATSEBUAH syarikat pembinaan bertaraf konglomerat dikatakan telah menghantar surat saman kepada sebuah kerajaan negeri dibawah pimpinan Pakatan Harapan Notis saman itu dihantar seminggu lalu yang memberi tempoh 15 hari untuk dijaw...
Banyak Negara Majoriti Islam Yang Terima Icerd Kit Siang

Banyak Negara Majoriti Islam Yang Terima Icerd Kit Siang

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 540 hits
Adakah Hadi mengatakan bahawa hanya 1 daripada 1 9 bilion Muslim boleh dianggap sebagai Muslim sejati kerana semua negara Muslim kecuali Malaysia dan Brunei sudah meraktifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Disk...
Umno Dan Pas Tak Nak Protes Skandal 1mdb Sekali Ke Lim Kit Siang

Umno Dan Pas Tak Nak Protes Skandal 1mdb Sekali Ke Lim Kit Siang

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 337 hits
UMNO Dan PAS Tak Nak Protes Skandal 1MDB Sekali Ke Lim Kit SiangUMNO Dan PAS Tak Nak Protes Skandal 1MDB Sekali Ke Lim Kit Siang
Demo Icerd Kenapa Umno Pas Tak Buat Demo Najib 1mdb Soal Kit Siang

Demo Icerd Kenapa Umno Pas Tak Buat Demo Najib 1mdb Soal Kit Siang

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 585 hits
Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada Umno dan PAS akan bersama mengadakan protes bagi menyatakan bantahan terhadap skandal 1MDB dan bekas perdana menteri Najib Razak Veteran DAP itu berkata demikian sebagai mengulas rancangan Umno dan PAS m...
Kit Siang Still Milking The 1mdb Issue To Prevent It From Dying Off

Kit Siang Still Milking The 1mdb Issue To Prevent It From Dying Off

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 360 hits
Kit Siang is worried that the 1MDB issue is no longer relevant and no one talks about it any more Lim Kit Siang Will UMNO and PAS hold a joint protest rally against Najib Razak 1MDB scandal and Malaysia becoming a global kleptocracy There a...
Ko Langkahlah Mayat Aku Dulu Kit Siang G3 Tidak Akan Ke Mana Mana

Ko Langkahlah Mayat Aku Dulu Kit Siang G3 Tidak Akan Ke Mana Mana

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 267 hits
Raggie Jessy Gagasan Tiga tidak akan kemana mana dan akan kekal sebagai Gagasan Kuasa Ketiga yang terunggul yang pernah lahir di tanahair tercinta ini DAP khuatir akan kemunculan kami kerana takut bangsa Melayu Islam akan bersatu dan nasib ...
Kenapa Kit Siang Bantah Golongan Anti Icerd

Kenapa Kit Siang Bantah Golongan Anti Icerd

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 410 hits
KELMARIN Penasihat DAP Lim Kit Siang mempersoalkan keputusan UMNO dan Pas untuk bergabung mengadakan himpunan bagi membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Se gala Bentuk Diskriminasi Semalam pula beliau tampil memp...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi