Saman Bil Tertunggak Kini Sasar 4 Anak Azmin Ali




Empat anak Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali kini digabungkan bersama bapanya sebagai defendan dalam kes saman agensi pelancongan yang memohon mahkamah untuk mendapatkan tuntutan bil tertunggak tiket penerbangan dan penginapan hotel yang tidak dibayar.
Pada 23 Januari, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan permohonan plaintif agensi pelancongan, YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd untuk menambah Farah Shazliyana, Farah Afifah, Farah Amira, dan Mohamed Ameer Shazrin sebagai defendan.
Menurut salinan pindaan Writ Saman yang dilihat oleh Malaysiakini, Azmin, 55, kini disenaraikan sebagai defendan pertama; manakala anaknya, Farah Shazliyana, 29, Farah Afifah, 24, Farah Amira, 26, dan Mohamed Ameer Shazrin, 28, disenaraikan sebagai defendan kedua, ketiga, keempat dan kelima.
Writ yang dipinda itu difailkan oleh firma guaman Tetuan Fong Yap & Gan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 5 Feb lepas mengandungi perkataan “dipinda selaras dengan Perintah Mahkamah bertarikh 23 Januari 2020.”
Menurut senarai kausa (No kes WA-B52NCvC-505-11/2019) di laman kehakiman, tindakan undang-undang itu ditetapkan untuk pengurusan kes di pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada jam 9 pagi esok, 18 Feb.
Saman YHA tuntut hampir RM329,000
Pada 30 Disember tahun lalu, dilaporkan YHA telah memfailkan permohonan untuk memasukkan empat anak Azmin sebagai defendan dalam tindakan undang-undang tersebut.
Writ saman yang dipinda itu menyatakan plaintif YHA berhasrat mendapatkan bayaran RM328,901 daripada defendan pertama Azmin.
Kertas kausa menyatakan sebagai alternatifnya, YHA memohon mahkamah mendapatkan perintah untuk Azmin membayar RM167,332, Farah Syazliyana membayar RM8,510, Farah Afifah membayar RM3,880, Farah Amira membayar RM6,400, dan Mohamed Ameer Shazrin membayar RM92,280, serta faedah daripada kesemua lima defendan.
Pada 5 Nov tahun lalu, dilaporkan YHA memfailkan saman terhadap Azmin di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menuntut RM328,901 untuk tiket penerbangan dan penginapan hotel yang belum dibayar.
Dalam kenyataan tuntutannya yang dilihat Malaysiakini, YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd berkata Azmin berhutang bagi perjalanan antara September 2018 dan Ogos 2019.
Mengikut tuntutan tersebut, firma itu telah menempah tiket penerbangan dan penginapan hotel untuk Azmin, keluarganya, rakan-rakan dan kakitangan kementerian.
Firma itu berkata ia telah membayar kepada syarikat penerbangan terlebih dahulu untuk mendapatkan tiket dan sepatutnya akan dibayar kemudian oleh Azmin atau wakilnya dalam tempoh tiga hingga empat bulan.
Pada 14 Disember tahun lalu, Azmin memfailkan tuntutan balas melalui firma guaman, Tetuan Daim & Gamani, menyifatkan saman oleh agensi pelancongan itu mempunyai motif tersembunyi.
Tuntutan balas Azmin itu menyatakan saman oleh agensi pelancongan YHA Travels & Tours (M) Sdn Bhd itu mempunyai kaitan dengan “konspirasi” klip video seks yang didakwa melibatkan Azmin dan bekas ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz (gambar, atas).
Pemfailan yang dilihat oleh Malaysiakini itu merujuk klip video seks berkenaan sebagai “video fitnah”.
Pemfailan yang dibuat itu menyatakan bahawa pemegang saham majoriti YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd adalah Yasmin Hanim Arbee dan suaminya Mohd Ayub Hassan merupakan pengerusi.
Pasangan suami isteri itu disebut sebagai ibu bapa kepada seseorang bernama Mohd Haziq Hassan Mohd Ayub. Mohd Haziq dikatakan merupakan individu yang ditahan dalam siasatan polis berhubung klip video seks.
Tuntutan balas itu juga menyatakan bahawa Yasmin dan Mohd Ayub mempunyai “hubungan yang sangat rapat” dengan presiden PKR, Anwar Ibrahim.
Dalam penyataan pembelaannya, Azmin juga berkata beliau mempunyai hubungan perniagaan bersahabat selama 20 tahun dengan agensi pelancongan itu yang memberikannya “kebebasan yang meluas untuk menyelesaikan sebarang jumlah yang terhutang”.
Azmin juga menyatakan jumlah yang dituntut oleh YHA adalah “tidak betul”
“Jumlah yang terhutang oleh defendan dan di mana plaintif adalah berhak kepada adalah jumlah sebanyak RM162,272,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata anak-anaknya yang berumur lebih daripada 20 tahun akan membayar jumlah yang dihutang sendiri.
Azmin juga melalui peguamnya memaklumkan bahawa beliau juga tidak bertanggungjawab untuk apa-apa jumlah yang perlu dibayar di bawah akaun Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/02/18/saman-bil-tertunggak-kini-sasar-4-anak-azmin-ali/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=saman-bil-tertunggak-kini-sasar-4-anak-azmin-ali

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maaf Tapi Masih Sindir Vida Ragu Ragu Teruskan Saman Azwan Ali

Maaf Tapi Masih Sindir Vida Ragu Ragu Teruskan Saman Azwan Ali

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 483 hits
Datuk Seri Vida masih terkesan dengan kata kata Azwan Ali walau permohonan maaf sudah dibuat Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR 12 Feb Pengasas produk Qu Puteh Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Vida berbelah bahagi untu...
Travel Bill Suit Now Targets Azmin Ali S Four Children

Travel Bill Suit Now Targets Azmin Ali S Four Children

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 244 hits
Economic Affairs Minister Azmin Ali s four children have been joined with him as defendants in a lawsuit seeking the recovery of RM328 901 for alleged unpaid flight tickets and hotel stays On Jan 23 the Kuala Lumpur Sessions Court allowed p...
Tiktok Kini Membolehkan Ibu Bapa Menetapkan Had Masa Penggunaan Untuk Anak Anak

Tiktok Kini Membolehkan Ibu Bapa Menetapkan Had Masa Penggunaan Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 617 hits
https ift tt eA8V8J Dengan perkembangan arena media sosial salah satu perkara yang sering menjadi kerisauan ramai pihak adalah berkaitan dengan masa lama yang dihabiskan untuk melayari media sosial dan internet Untuk mengatasinya sejumlah p...
Dsv Dakwa Azwan Ali Tidak Ikhlas Minta Maaf Teruskan Proses Saman

Dsv Dakwa Azwan Ali Tidak Ikhlas Minta Maaf Teruskan Proses Saman

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 380 hits
Semalam Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA telah membuat permohonan maaf secara terbuka atas penghinaan yang dilakukan kepada Datuk Seri Vida dan anaknya Cik B atau Edlynn Zamilleen Muhammad Amin Menurut Azwan ia bukanlah soal ka...
Dulu Berdoa Mahu Zuriat Di Mekah Kini Siap Bawa Anak Tunai Umrah

Dulu Berdoa Mahu Zuriat Di Mekah Kini Siap Bawa Anak Tunai Umrah

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 488 hits
fb comments fb comments span fb comments span iframe style min width 100 important width 100 important Pada usia 27 tahun usahawan Hafiz Mahamad disifatkan sangat beruntung kerana ini kali ketiga dia berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suc...
Syed Saddiq Dijangka Terima Peruntukan Parlimen

Concerned Malaysians Want Justice For Late Customs Tribunal Officer Lim Ju Vynn Prevent A Teo Beng Hock 2 0

Serangan Bom Tembakan Di Golok Polis Sahkan Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

Sudah Hampir 3 Tahun Dap Dalam Kerajaan Segala Tuduhan Seperti Yang Ada Dalam Vi

Video Nur Nilam Dedah Azlan Komeng Akan Kahwin Selepas Aidilfitri Dia Minta Saya Pergi Meminang

Fractional Reserve Banking

Nikah Kat Siam Pasangan Babitkan Remaja 14 Tahun Pun Ada Ke Sana Untuk Nikah

Mahathir Terkejut Dengan Siasatan Sprm Terhadap Ismail Sabri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Depresi

Misteri Dinding Megalitik Montana Yang Menggegarkan Dunia Sains Dan Sejarah

Fipper X Jujutsu Kaisen Langkah Bergaya Dengan Semangat Anime Raya 2025

Achey Tantari Baby Feaaa Ragam Raya Chord

Yaya Nadila Feat Zinidin Zidan Cinta Digaris Tangan

Kambing Perap Mendunia