Samakan Hukuman Terhadap Najib Umpama Nabi Yusuf Dan Nelson Mandela Keterlaluan



KUALA LUMPUR – Kenyataan Nizar Najib dalam ucapannya Ahad lalu yang melihat hukuman ke atas ayahnya memiliki persamaan dengan apa yang dilalui Nabi Yusuf agak keterlaluan dan ‘lucu’
Timbalan Setiausaha Agung DAP, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, walaupun sebagai anak wajar bersedih selepas bapanya dihukum, namun tindakan menagih simpati menggunakan sentimen agama amat tidak wajar.
“Sebagai seorang anak, adalah wajar bersedih dengan tuduhan bersalah dan hukuman penjara ke atas bapanya oleh mahkamah. Perasaan sedih, simpati ini adalah salah satu sifat manusiawi, fitrah yang Allah SWT.
“Tetapi tindakan menagih simpati menyamakan dugaan itu dengan Nabi Yusuf amat tidak wajar malah menimbulkan rasa meluat.
“Tidak hairanlah di akhir zaman ini agama sering diheret ke kancah politik murahan dan ditunggang untuk berkuasa dan mengaburi kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ahad lalu, Nizar ketika majlis Solidariti Untuk Najib Razak di Pekan, Pahang berkata, hukuman yang dikenakan ke atas bapanya itu ada hikmah di sebaliknya.
Nizar juga memberi persamaan dugaan yang menimpa Najib hampir sama seperti yang berlaku kepada Nabi Yusuf dan tokoh anti-apartheid, Nelson Mandela.
Kira-kira dua minggu bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dimasukkan ke dalam Penjara Kajang setelah Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Dalam pada itu, Tengku Zulpuri berkata, apa yang dilalui Najib merupakan proses undang-undang dan penghakiman daripada Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
“Malah mahkamah memberi peluang untuk beliau membuktikan dirinya jika tidak bersalah,” katanya.
Beliau juga bersetuju dengan titah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) bahawa pengampunan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya.
“Sejarah membuktikan kejatuhan kerajaan yang unggul pada ketika itu berlaku akibat salah guna kuasa, rasuah, pengkhianatan dan pemerintahannya menjalankan hukuman yang tidak adil serta berpilih-pilih. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/09/usah-guna-sentimen-agama-samakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Mereka Tak Sakau Duit Rakyat Anak Najib Diperli Samakan Dugaan Bapa Dengan Nabi Yusuf Nelson Mandela

Hiburan Mereka Tak Sakau Duit Rakyat Anak Najib Diperli Samakan Dugaan Bapa Dengan Nabi Yusuf Nelson Mandela

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 226 hits
Hampir dua minggu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dimasukkan ke dalam penjara dan keluarga terutamanya anak anak sudah beberapa kali meluahkan kesedihan mereka Nizar Najib semalam ketika berucap di satu acara berkata hukuman ya...
Nizar Samakan Pemenjaraan Bapanya Sama Seperti Yang Dilalui Nabi Yusuf Nelson Mandela

Nizar Samakan Pemenjaraan Bapanya Sama Seperti Yang Dilalui Nabi Yusuf Nelson Mandela

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 234 hits
Nizar anak kepada bekas perdana menteri Najib Razak berkata apa yang berlaku terhadap bapanya itu mungkin ada hikmahnya dan menyifatkan perkara itu mempunyai persamaan dengan apa yang dilalui Nabi Yusuf dan tokoh anti aparteid Nelson Mandel...
Membandingkan Pencuri Dengan Nabi Yusuf Dan Nelson Mandela

Membandingkan Pencuri Dengan Nabi Yusuf Dan Nelson Mandela

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 334 hits
Banduan sakit termasuk sakit perut di dalam penjara bukan sesuatu yang luar biasa Sakit perut yang berulang dan masalah ulser bukan pelik kerana kehidupan di sebalik tembok konkrit dan jeriji besi tidak sama dengan kehidupan di luar Gambar ...
Najib Perlu Diberi Masa Harap Ini Bukan Hukuman Politik Yusuf Azmi Nafi Sokong Parti Politik

Najib Perlu Diberi Masa Harap Ini Bukan Hukuman Politik Yusuf Azmi Nafi Sokong Parti Politik

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 348 hits
Pengerusi Semboyan Malaysia Yusuf Azmi berpandangan bahawa pihak mahkamah sepatutnya memberi Najib lebih banyak masa untuk membela diri bagi membentangkan bukti untuk menyangkal semua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dalam usaha mencar...
Dr Mahathir Nafi Pengaruh Hakim Jatuhkan Hukuman Kepada Najib

Dr Mahathir Nafi Pengaruh Hakim Jatuhkan Hukuman Kepada Najib

papar berkaitan - pada 28/8/2022 - jumlah : 299 hits
Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan bahawa beliau mempunyai sebarang pengaruh terhadap keputusan kes mahkamah membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak Ia selepas ada pihak mendakwa terdapat kemungkinan wujudnya pengaruh b...
Najib Bukan Mandela Rosmah Bukan Mother Theresa

Najib Bukan Mandela Rosmah Bukan Mother Theresa

papar berkaitan - pada 10/9/2022 - jumlah : 219 hits
Oleh Imlan Adabi mantan wartawan Berita Harian Banduan sakit termasuk sakit perut di dalam penjara bukan sesuatu yang luar biasa Sakit perut yang berulang dan masalah ulser bukan pelik kerana kehidupan di sebalik tembok konkrit dan jeriji b...
Adakah Mahkamah Berlembut Terhadap Najib

Adakah Mahkamah Berlembut Terhadap Najib

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 281 hits
malaysiakini comEKSKLUSIF Perbicaraan kes Najib Razak membabitkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd adalah proses yang panjang Ia mengambil masa selama empat tahun sebelum bekas perdana menteri itu dipenjara Bekas peguam negara...
The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

Kerajaan Pahang Meluluskan Peruntukan Sebanyak Rm500 000 Baik Pulih Rumah Tok Batin Di Seluruh Negeri Ini

Ets Diselenggara Secara Berkala

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Wekongsi Perlindungan Perubatan Rm1 Juta Sebulan Bawah Rm50 Sahaja

Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party

Aisha Retno Tak Adil Chord

Brisia Jodie Kisah Baru Orang Lama Chord

Sabtu Cari Makan Di Bandar Keningau

Just Because