Salleh Ingatkan Muhyiddin Zaman Internet Orang Tidak Mudah Lupa



KUALA LUMPUR : Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mendapati bahawa apa yang dikatakannya pada masa lalu dan apa yang dikatakannya sekarang akan dibangkitkan dan percanggahan di antara 'dahulu dan sekarang' pastinya sangat ketara

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, jika Muhyiddin fikir orang akan lupa tentang apa yang dikatakan dahulu dan percanggahannya dengan apa yang dikatakan sekarang maka, beliau tersilap besar. Dengan zaman internet atau era media sosial, katanya orang akan ingat tentang apa yang dikatakan Muhyiddin walaupun selepas beberapa dekad berlalu - dan jika tidak ingat, mereka boleh menyelidik dan mengetahuinya

"Jadi, anda bukan sahaja perlu berhati-hati dengan apa yang anda katakan, tetapi anda harus ingat apa yang anda katakan pada masa lalu

"Calon Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terpaksa berdepan dengan situasi sukar ini dan sekarang, beliau terpaksa memohon maaf atas apa yang dikatakannya pada masa lalu, yang kini menjejaskan kempennya," kata Salleh menerusi posting terbaharu dalam blog beliau pada Sabtu

Calon presiden Parti Republikan itu Sabtu memohon maaf kerana menyampaikan ucapan seksual yang kasar dan agresif mengenai wanita pada 2005 susulan video menggemparkan disiarkan oleh The Washington Post pada Jumaat

Salleh berkata sudah tentu, rakyat akan memahami apa yang Muhyiddin katakan pada masa lalu adalah atas kapasiti beliau sebagai pemimpin Umno, namun apa yang dikatakannya kini adalah sebagai musuh Umno

Sebagai contoh, katanya, dalam hanya beberapa bulan sahaja bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah mengubah nadanya dengan menyatakan apa yang cuba dilakukannya dahulu adalah kerana sayangkan Umno dan sekarang, beliau cuba memastikan Umno berkubur buat selama-lamanya

"Tidak syak lagi Mukhriz cuba menjustifikasikan tindakan beliau seperti peribahasa Melayu menyatakan 'menegakkan benang basah'

"Tetapi jika Mukhriz tidak dipecat daripada Umno, adakah beliau akan mengubah nadanya? Jadi, ini bermakna ia tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan kesetiaan kepada parti sebaliknya hanya untuk kepentingan peribadi," kata Salleh

Salleh berkata, Muhyiddin juga lebih mementingkan keperluan politiknya sendiri berbanding kepentingan negara

"Pada masa lalu, beliau (Muhyiddin) berkata beliau mendahulukan kepentingan Melayu dan semua yang lain sebagai perkara kedua

"Sekarang, beliau berkata PAS perlu bekerjasama dengan DAP untuk membantu menghancurkan Umno. Muhyiddin juga menyatakan tanpa bantuan DAP, PAS tidak dapat memenangi banyak kerusi," katanya

Salleh mempersoalkan bagaimana Muhyiddin mengharapkan PAS dan DAP untuk sekali lagi 'tidur sebantal' sedangkan isu yang menyebabkan perpecahan masih berlarutan

"Adakah Muhyiddin menyatakan bahawa PAS harus menarik balik rang undang-undang pindaan Mahkamah Syariah atau menyatakan bahawa DAP perlu menerimanya? Ia harus menjadi satu daripadanya atau yang lain bagi PAS dan DAP untuk kembali bergabung," katanya. -Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kluangtoday.blogspot.com/2016/10/salleh-ingatkan-muhyiddin-zaman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hisham Kecewa Muhyiddin Ambil Mudah Isu Keselamatan

Hisham Kecewa Muhyiddin Ambil Mudah Isu Keselamatan

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 300 hits
HASPAIZI ZAIN Bekas menteri pertahanan Hishammuddin Hussein kesal dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin yang mendakwa pas sementara Sabah tiada kaitan dengan isu keselamatan seperti pencerobohan di Lahad Datu beberapa tahun...
Wajib Baca Tips Cegah Anak Tidak Mudah Sakit Di Sekolah

Wajib Baca Tips Cegah Anak Tidak Mudah Sakit Di Sekolah

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 571 hits
Mak bapak manalah yang senang hati apabila anak kesayangannya jatuh sakit Segala kerja yang dibuat boleh jadi hilang fokus hanya disebabkan terlalu memikirkan kesihatan si anak Lagi lagi dengan penularan wabak influenza Kalau anak kurang si...
Cara Menanam Cabe Rawit Di Polybag Mudah Dan Praktis

Cara Menanam Cabe Rawit Di Polybag Mudah Dan Praktis

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 279 hits
Salah satu jenis cabe yang kerap ditemui yaitu cabe rawit Cabe rawit memiliki rasa yang cukup pedas yang akan menambah cita rasa makanan Cabe rawit sering digunakan untuk membuat sambal pelengkap masakan hingga dimakan langsung bersama anek...
8 Cara Mudah Menurunkan Berat Badan Cara Efektif Diet

8 Cara Mudah Menurunkan Berat Badan Cara Efektif Diet

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 307 hits
Hi berjumpa kembali sesi kali ini akan membawakan mengenai cara efektif diet 8 Cara Mudah Menurunkan Berat Badan simak selengkapnya Banyak orang yang cecap kesulitan menurunkan beban badan padahal sebenarnya ada berbagai cara encer menurunk...
Cara Mudah Daftar Di Rumah Belajar Kemendikbud Go Id Cara Belajar Di Rumah

Cara Mudah Daftar Di Rumah Belajar Kemendikbud Go Id Cara Belajar Di Rumah

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 793 hits
Hi berjumpa kembali artikel ini akan membawa pembahasan tentang cara belajar di rumah Cara Mudah Daftar di Rumah Belajar Kemendikbud go id simak selengkapnya Cara Mudah Daftar dengan Login masuk di Rumah Belajar Kemendikbud go id Rumah bela...
Belajar Efektif Di Rumah Sekolah Sangat Mudah Dan Praktis Cara Agar Efektif Belajar

Belajar Efektif Di Rumah Sekolah Sangat Mudah Dan Praktis Cara Agar Efektif Belajar

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 382 hits
Allow selamat pagi sesi kali ini akan membahas tentang cara agar efektif belajar Belajar Efektif Di Rumah Sekolah Sangat Mudah Dan Praktis simak selengkapnya Cara belajar berhasil dengan Quipper Video andaikata di rumah rutin belajar tapi s...
6 Langkah Mudah Menjaga Kesehatan Ginjal Cara Merawat Ginjal

6 Langkah Mudah Menjaga Kesehatan Ginjal Cara Merawat Ginjal

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 350 hits
Hallo berjumpa kembali artikel ini akan dibahas mengenai cara merawat ginjal 6 Langkah Mudah Menjaga Kesehatan Ginjal simak selengkapnya 26 Februari 2019 LiveWell
Sap Process Automation Malaysia Boosting Business Efficiency With Abeam Consulting

Masjid Al Alami Mitc

Ets Generasi Ketiga Kelas 94

Al Fateh Tak Sihat

Kepala Air Punca Tanda Kesan Dan Bahaya

Diy Heavy Duty Canvas Tool Roll Empowering Makers With Custom Storage Solutions

Saya Juga Teringin G Dragon Ulas Niat Ingin Berkahwin

Sempat Trending Ternyata Ini 5 Alasan Cowok Lebih Suka Belanja Di Tokopedia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengkhianat 2 Kakitangan Jpn Terima Rasuah Dipenjara Setahun Denda Rm10 000

15 Pemimpin Pkr Cabang Masjid Tanah Letak Jawatan

Menteri Perpaduan Seru Rakyat Jadi Ejen Keharmonian Ia Tidak Wujud Dengan Sendiri

Seorang Lelaki Ditemui Mati Lemas Ketika Mencari Emas Di Sungai Berhamah Merapoh Lipis Pada Rabu

Kena Bersabar Kalau Nak Buat Rawatan Gigi Di Klinik Pergigian Dr Fadzli Meru Perak

The Rise Of Nostalgia Tv Why Reboots Keep Winning Audiences