Salam Syawal 2021 Di Perantauan


 As Salam,
Tahun lalu kali pertama beraya di perantauan.Tahun ini pula, kali kedua beraya diperantauan.Perasaan sayu tu memanglah ada. Tambah lagi kami ada orang tua yang pastinya menunggu saat menyambut anak menantu dan cucu pulang ke kampung.Apapun, kita telah dipesan supaya selalu ambil yang positif.Tuhan mengingatkan kita, supaya bersabar dengan hal yang kita tidak suka, mungkin ia baik bagi kita.Bersabar juga dengan hal yang kita suka, mungkin ia tak baik bagi kita.Wallahualam.
Salam Aidil Firi kepada semua ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai dan kenalan walau dimana sahaja kalian berada.Semoga kita beroleh kegembiraan yang bermakna dalam bulan mulia Syawal ini

Tahun ini kami sepakat anak-beranak memilih tema colour Navy Blue untuk baju raya kami.Alhamdulillah.Allah permudahkan, walaupun baju raya kami hok yang pompuan ini sampai ke rumah sehari sebelum raya.Pasrahlah.Beli online last minute

satu-satunya Abang dalam keluarga kami.Walaupun anak nombor empat, tapi tetap anak lelaki pertama yang punya tanggungjawab besar.Sejak kecik dah panggil abang, si Kakak semua pun panggil dia ni Abang

Best friend Abang.Kami panggil yang ni Adik. Geng bergasak Abang kat rumah yang selalu buat sepah, lepas kena bebel baru nak kemas rumah.Tapi bila part dia kemas, memang wow sangat

Ayah n his Hero.Team ayah tetap tak boleh lawan team Mama yang selalu happening. Anak dara den lagi ganas dari anak bujang.sabo jelah.huhu


Dalam kesempatan ini juga, saya ingin ucapkan salam Aidilfitri kepada semua pembaca Blog Cik Matahariku:). Mungkin anda kalangan silent reader blog ini atau new visitor yang baru jumpa Blog saya sebab cari resepi kann.muehehhe.Siapa pun anda,saya sangat menghargai kesudian kalian berkunjung ke Blog ini, menghantar komen dan sudi menjadi Followers sama ada di Fanpage Cik Matahariku, Channel Cik Matahariku di Youtube atau Cik Matahariku di Instagram.
Kemain bagi ucapan raya! haha.Macam ramai sangat followers.


Anak-anak bulus pun nak beraya jugak.Dapat pulak geng anak bulus yang kaler itam.Baju raya dengan anak kucing pun lebih kurang.haha.Tak tau mana satu anak kucing, mana satu baju raya tuan rumah.hihi


Hari Raya tahun ini paling rare.Buat pertama kalinya, kami beraya tanpa tetamu datang berkunjung dan tanpa ziarah menziarahi keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Semuanya kerana kita cuba sedaya upaya mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh MKN. Saya secara peribadi dah terbiasa, suka ambik yang positif dalam apa situasi punn.Sehinggakan bila Encik Suami kata tak semangat nak raya tahun ini, Saya ingatkan suami banyakkan bersyukur.At least kita masih ada orang tua dan keluarga, semuanya sihat dan baik-baik sahaja.Walau tanpa mak ayah, kita tetap ada anak isteri di sisi untuk beraya bersama.Malah banyak lagi yang kita ada, yang orang lain mungkin sedang berharap, berdoa dan berimpian untuk mendapatnya..( dah macam membebel pun hado den ni ha..kiki ).


Anak dara bab bergambar memang sakan.Tak cukup dalam rumah, depa sambung luar rumah. bagi chance lah kan.Situ je pun depa boleh pi.luar pagar karang kena saman



pasrah jelah gambo muka tak ready pun.Si ayah kalau ambik pic, dia bukan kira okey ke tak okey.Bila kita tanya okey tak, okey dah ni dia kata.Hasilnya muka anak senget sebelah pun jadi.haha. Si Mama tetap jugak pilih pic ni masuk blog.Tak payah tunjuk anak dara lawa2 kat sosmed ni, biar pi bagi pic yang muka senget tu


Syawal tahun ini, saya sedaya upaya mewujudkan feel dan mood raya dalam rumah.Selain sediakan baju raya untuk sekeluarga, saya buat juga cookies dengan anak-anak, masak dan sediakan juadah hari raya. Bukan sebab terpaksa, tapi mencipta moment dan kenangan itulah yang mak-mak macam saya mampu untuk anak-anak ingat bila depa dewasa nanti.




Saya tak mahu bila depa kenang balik zaman sambut raya time PKP, pagi raya pakai baju kelawar dan lepak depan TV makan biskut cicah air kopi.Its not me and Encik Suami Style.Ceh..kemain kereksnya ko.haha.Lagipun benda kita boleh handle kan.Allah izin jika kita berusaha untuk memberi kegembiraan dan kebaikan dalam keluarga.InshaAllah.


Makan-makan pagi raya lepas sesi bergambar dan Munjung kat jiran-jiran.Tradisi Munjung ni kami buat sebab inilah tradisi orang Jawa pada hari raya. Alhamdulillah.Seronok dapat kongsi juadah raya dengan jiran-jiran



Eh, kuih raya pun hado kak.Tapi tulah.Asbab raya tanpa tetamu, kita pakat keluarkan kuih dengan balang sekali.kiki.Karang habis satu balang, kita keluarkan balang kuih hok lain pulak


Malam raya, saya dah bagi tentatif pagi raya.Dari bangun solat subuh berjemaah, mandi n solat sunat raya sampailah acara bergambar dan breakfast pagi.Alhamdulillah. Anak-anak pun follow the rules.hihi.Sementara kita boleh guide depa, kita cubalah buat yang paling baik untuk anak-anak dan keluarga kann.




Antara biskut raya yang saya sempat sediakan sebelum raya.Mazola ni favourite Encik Suami. Tahun ini saya ikut resepi Mazola Azlina Ina.Tak payah blend kacang bagai.Hanya guna peanut butter lady choice.Rasanya lebih sedap, lembut dan creamy! memang terbaik resepi ni.Nanti saya share resepi ya



Biskut Mazola in the house:) Buat dua versi.Satu jenis guna penerap, lagi satu balang guna tangan je buat bulat-bulat sebab nak cepat siap.hihi



Cornflakes madu ni pulak request dari anak-anak. Saya ikutkan je permintaan depa sebab cookies ni senang nak buat.Buat kuih sambil main phone pon boleh.ciss


Lagipun, sunnah menghidupkan syawal dengan bergembira. InshaAllah, marilah kita berdoa sama-sama semoga virus Covid-19 ini segera berlalu, dijauhi dan dilindungi kita semua dari musibah mendapat penyakit berjangkit ini.Jika ada kalangan pembaca blog ini yang positif Covid-19, atau ada ahli keluarga yang dijangkiti atau anda sedang dikuarantin, patuhilah semua SOP.Allah memilih anda dengan asbab untuk mendapat kebaikan yang banyak.Semoga bersabar dan mendapat kesembuhan yang syifa.aamin.




Tahun ni ada rezeki buat dan anyam ketupat sendiri.Tahun lepas merata cari daun kelapa tapi dah habis.Orang Joho ada ketupat nasi macam ni baru kira raya kann.heh



Rebus ketupat dalam 30 biji.Sekali nak buat Munjung kat jiran-jiran. Noxxa ada je kat dapo, tapi dah masuk periuk legend ni, den rebus terus.Alhamdulillah.Masak jugak ketupat ni cuma ambik masa dekat 1 Jam 30 minit. kalau guna noxxa, 40 minit dah setel



Menaip blog panjang berjela dah macam taip ucapan Guru Besar untuk mesyuarat PIBG pulak ni.kiki.Korang bertabahlah ya.Den ni dekat sebulan tak update blog.Nampak nau update kali ini nak tapau untuk sebulan raya nanti.heh.Sabar na.


Kuah kacang atau sambal kacang ini saya masak ikut resepi Che Nom. Tahun lepas saya buat ikut resepi lain.Alhamdulillah.Resepi ni sangat sedap dan menjadi kuah kacang saya. Rahsianya sila guna gula melaka, tambah air asam jawa dan juga sedikit udang kering. Nak warna cantik macam tu, masak sampai terbit minyak.Rasanya sedang elok manis, masam masin dan berlemak.Marvellous



Orang Jawa kalau raya, biasanya menu ayam masak kicap memang tak tinggal.haha. Tapi ayam kicap saya ni versi ayam kicap berempah yang juga saya tiru resepi Che Nom. Walaupun versi kicap, tapi rasanya macam kita makan kat kenduri ko.Bukan sebab masuk bakul angkat sendiri tau.Korang cubalah resepi Che Nom tu.memang menjadi dan five starlah rasanya



Rendang Daging yang ini saya ambik pic time atas dapur lagi.Belum siap pun lagi. Rendang daging ni versi saya sendiri dengan asasnya saya ambik resepi dalam Blog ini.Boleh cari resepi rendang daging yang saya ada kongsikan dalam blog ya



Sayur Kuah Lodeh versi saya.Pun asasnya saya ikut resepi Che Nom. Alamak.Dah macam made by Che Nom pulak juadah raya tahun ini.heh. Syukur ada Channel Che Nom, bolehlah kita follow resepi dia yang sedap-sedap tu kann.Menjadi pulak tu



Sambal Goreng jawa versi saya. Kalau nak tengok resepi sambal goreng ni, boleh search kat blog saya ya.InshaAllah, resepi yang lengkap, sedap mudah dan menjadi :)


yeahh.Yang ini ketupat palas.semua orang pun tahu kan. yang ni idoklah teman buat sendiri.saya order dengan orang dan saya suka betul ketupat palas depa ni sebab lembut, lemak manis dan sedaplah senang cakap.Tapi yang ini saya beli hok frozen, jadi bila-bila nak makan tinggal kukus je.Sonnang kann


Sambil baca blog ini, sudilah kiranya jamu mata dengan gambar-gambar raya kami sekeluarga dan juga hidangan raya kami sekeluarga.Nanti bila saya rajin lagi, saya kongsi resepi juadah raya dalam blog.InshaAllah.Doakan saya rajin berblog ya!


Salam Lebaran, Minnal aidil walfaizzin.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikmatahariku.blogspot.com/2021/05/salam-syawal-2021-di-perantauan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salam Aidilfitri 2021 Hari Raya Dalam Pkp

Salam Aidilfitri 2021 Hari Raya Dalam Pkp

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 598 hits
Salam Aidilfitri 2021 Hari Raya Dalam PKP Hari raya aidilfitri 2021 disambut dalam keadaan pandemik covid 19 masih belum reda Seperti tahun 2020 hari raya tahun ini pun tidak boleh kemana mana Masak sendiri makan sendiri dan yang kemas pun ...
Muhammadiyah Tetapkan 1 Syawal 1442 H Pada 13 Mei 2021

Muhammadiyah Tetapkan 1 Syawal 1442 H Pada 13 Mei 2021

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 301 hits
Maklumat tersebut ditandatangi oleh Ketua Umum PP Muhammadiyah Haedar Nashir dan Sekretarisnya Agung Danarto pada 26 Januari 2021
6 Cara Menjadikan Syawal 2021 Anda Lebih Bermakna

6 Cara Menjadikan Syawal 2021 Anda Lebih Bermakna

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 395 hits
Lebaran Mungkin Berbeza Tahun Ini Namun Tetap Membawa Makna Tersendiri Memandangkan penularan wabak Covid 19 masih berleluasa Kerajaan Malaysia baru baru ini telah mengumumkan tentang larangan aktiviti rentas negeri dan daerah sehingga 7 Ju...
15 Gaya Raya Sedondon Artis Malaysia Menyambut Syawal 2021

15 Gaya Raya Sedondon Artis Malaysia Menyambut Syawal 2021

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 2129 hits
Sambutan hari raya juga turut menjadi medan perang fesyen untuk artis kita melaram baju raya masing masing Kebiasaannya artis yang sudah berkahwin dan mempunyai anak akan mengenakan pakaian hari raya yang sedondon Disinilah para selebriti m...
Salam Aidilfitri 2021 1442h

Salam Aidilfitri 2021 1442h

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 1278 hits
EID MUBARAK SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI TO ALL MINAL AIDIN WAL FAIDZIN Wish you all a happy and peaceful Eid Ul Fitr and may ALLAH bless and reward all of you with the blessings of Heaven from home to home and heart to heart from one plac...
Salam Syawal

Salam Syawal

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 346 hits
Naik kapai selam gerenti takdak roadblock cheers
Salam Syawal 1442h Maaf Zahir Batin

Salam Syawal 1442h Maaf Zahir Batin

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 461 hits
Assalammualaikum wbtSALAM SYAWAL 1442H MAAF ZAHIR BATIN Gembira dan sayu Rasa yang menyatu Meraikan hari kemenangan umat Islam di mana pun berada Bersendirian Bersama sama keluarga Bersama sama rakan juga sahabat Di tempat kelahiran Atau di...
Direktur Logistik Dan Infrastruktur Pertamina Tinjau Langsung Satgas Rafi 2021

Direktur Logistik Dan Infrastruktur Pertamina Tinjau Langsung Satgas Rafi 2021

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 320 hits
PT Pertamina memastikan ketersediaan pasokan dan kelancaran penyaluran Bahan Bakar Minyak dan Liquid Petroleum Gas di seluruh wilayah Nusantara selama Ramadhan dan Idul Fitri 1442 H tercukupi dan aman
Cara Daftar Jaringan Prihatin 2021 Free Data Free Phone

Cara Daftar Jaringan Prihatin 2021 Free Data Free Phone

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 425 hits
TERKINI PENDAFTARAN DIBUKA 5 MEI 31 JULAI UNTUK JARINGAN PRIHATIN KELAYAKAN Untuk 8 4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat MANFAAT Bantuan perkhidmatan data internet atau pembelian peranti mudah alih NILAI MANFAAT RM3 5 bilion ADA ANAK 18 ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik