Salam Ramadhan Dan Selamat Menjemput Rezeki


Bismillah. Salam ramadhan buat semua pembaca blog. Hari ketiga barulah dapat meluangkan sedikit masa menulis. Alhamdulillah, 2 hari bercuti pada awal Ramadhan diisikan masa dengan aktiviti.

Kebiasaannya, hari pertama dan kedua badan kita masih tidak biasa berpuasa. Apatah lagi anak-anak kecil, cuba bertahan dengan mimik muka yang monyok. Dari air muka mereka meminta sedikit air bagi menghilangkan dahaga. Alahai, sayu hati si ibu. Namun, tegas harus ada demi mendidik mereka. Sedikit nasihat dilontarkan agar semangat mereka untuk terus berpuasa sehingga azan Maghrib diteruskan. Allahu akbar

Malangnya hari kedua, kami semua tidak sempat bersahur. Gara-gara tidur lewat dengan kepenatan siang saya dibangunkan pada jam 6.30 pagi untuk menunaikan subuh. Allahu. Paling saya terasa apalah nanti anak-anak mampu atau tidak. Memang sejujurnya, melepek mereka di sofa, di bilik. Hehe. Sungguh hari kedua ujian terhebat anak-anak syurga ini. Saya pula membenteng anak bongsu supaya tidak menyusu badan. Syukur, Allah bantu fahamkan. Seharianlah si kecil menyusu dengan botolnya sabar dan baik. Malam tiba, terus hilang kefahaman dan melekap sahaja di badan.

Saat itu, saya bersyukur sangat-sangat kerana Allah bantu permudahkan urusan kami di hari puasa kedua. Bila anak kecil itu mampu faham dan sabar akan situasi mama supaya tidak menyusu badan. Allah maha mendengar lagi maha mengasihani.

Empat hari kami bercuti dari sabtu ke selasa, betul-betul sibuk. Sibuk sebagai seorang isteri, pengurus rumah dan ibu buat keempat-empat anak ini. Tidak duduk untuk berehat ada sahaja kerja dan permintaan untuk ditunaikan. Hendak melihat kerja atau beriklan sedikit cuma terlalu sukar. Fokus hilang. Mama cuma mahu rehat untuk badan dan minda.

Beginilah kehidupan saya bila bercuti dengan keluarga. Keluarga atau bisnes?

Sungguh ini adalah soalan bukan sahaja untuk saya tetapi semua wanita bergelar isteri. Ini juga soalan dan keputusan yang saya lakukan. Jika mahu berniaga dan menjadi suri maka pilih keluarga sebagai penyebab utama kerana inilah sebabnya kita ibu tidak bekerja diluar. Maka, keluarga adalah keutamaan, insha Allah, rezeki kita Allah akan beri sebaiknya.

Mahu disangkal lagi?

Apakah Allah tidak beri kita secukupnya?

Ada insan lain berbisik:
eh mahu bisnes tapi tidak online.
Eh, mahu bisnes tetapi lewat reply.

Banyak lagi, tetapi bagi kita yang memahami akan Allah dan aturannya. Insha Allah kita tahu, Allahlah yang memegang hati setiap pelanggan kita. Dia jaga rezeki kita. Dialah juga yang memberi setiap sen kepada kita.

Lalu, jika nak jadi suri dan berniaga. Maka niaga di depan? Keluarga di belakang?

Fikirkan. Hehe.

Inilah prinsip yang saya pegang. Ada yang berkata, jangan beritahu pelanggan akan situasi kita. Mereka tidak mahu tahu. Tetapi mereka manusia bukan? Mereka seperti kita. Kita juga manusia. Kita berbahasa dan mendengar. Dan ya, saya maklumkan sahaja pada customer akan kenapa saya lewat. Mereka akan faham, dan jika rezeki itu bukan milik saya maka ianya tidak akan jadi milik saya. Redhalah kita dan usah bersedih akan rezeki yang bukan empunya.

Insha Allah ada rezeki lain menjelma.

Teruskan usaha ya sahabat. Kita semua boleh.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://emmemarinamohamad.blogspot.com/2019/05/salam-ramadhan-dan-selamat-menjemput.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Hari Merdeka Ke 62 Tahun Dan Salam Maal Hijrah

Selamat Hari Merdeka Ke 62 Tahun Dan Salam Maal Hijrah

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 820 hits
SAYANGI MALAYSIA Malaysiaku Bersih Alhamdulillah Masih bernyawa Dah 62 tahun Sekejap je masa Aku dah 26 Ehhh Tiba tiba Banyak perubahan berlaku kepada Malaysia dari tahun ke tahun Harapan aku semoga Malaysia terus aman Selamat dari persengk...
Doa Supaya Selamat Dari Tenggelam

Doa Supaya Selamat Dari Tenggelam

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 377 hits
Hadis riwayat Thabrani Dari Husain bin Ali ra Rasulullah saw bersabda Umatku selamatt dari tenggelam bila mereka naik kapal dan berdoa Surah Hud ayat 41 Dan Nuh berkata Naiklah kamu sekalian ke dalamnya dengan menyebut nama Allah di waktu b...
Kisah Abah Emang Selamat Usai Terkena 8 Tembakan Dan Tusukan Bayonet Belanda

Kisah Abah Emang Selamat Usai Terkena 8 Tembakan Dan Tusukan Bayonet Belanda

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 281 hits
Kakek lima anak ini tak sadarkan diri selama 40 hari Dalam ketidaksadarannya Emang sering meracau dengan menggunakan bahasa Belanda Bahkan ketika sadar makannya juga inginnya roti bukan nasi ataupun singkong
4 Cara Masak Daging Bbq Yang Sihat Dan Selamat

4 Cara Masak Daging Bbq Yang Sihat Dan Selamat

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 738 hits
4 Cara masak daging BBQ yang sihat dan selamat Daging korban kan banyak lagi Jom masak daging dengan resepi yang sihat Antaranya buat panggang BBQ atau buat sate Sekiranya merancang untuk buat BBQ atau bakar sate boleh gunakan tips ini untu...
Selamat Hari Lahir Ke 12 Muhammad Adam Iman

Selamat Hari Lahir Ke 12 Muhammad Adam Iman

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 730 hits
Selamat Hari Lahir Ke 12 Muhammad Adam Iman Alhamdulillah sedar tak sedar hampir masuk pertengahan bulan 8 dah kita Bulan 8 bulan kelahiran anak kedua KakYa Muhammad Adam Iman 13 8 2019 genap 12 tahun usia Iman Entri ni tertunda sebab KakYa...
Tentera Laut Libya Selamat Lebih 300 Migran Cuba Seberang Laut

Tentera Laut Libya Selamat Lebih 300 Migran Cuba Seberang Laut

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 423 hits
Tentera laut Libya selamat lebih 300 migran cuba seberang laut Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 18 Aug 2019 11 0
Kerana Wang Lynas Jadi Selamat Sekarang

Kerana Wang Lynas Jadi Selamat Sekarang

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 294 hits
Berikut adalah ulasan Dato Seri Najib dari FB beliau Media Australia pun faham maksud sebenar kenyataan PH berbelit belit semalam untuk melanjutkan lesen operasi Lynas Bayar duit sahaja kepada Menteri Kewayangan dalam bentuk levi tembahan d...
10 Nama Anak Bermakna Selamat Dari Berbagai Bahasa Demi Panjang Umur Dijauhkan Dari Marabahaya

10 Nama Anak Bermakna Selamat Dari Berbagai Bahasa Demi Panjang Umur Dijauhkan Dari Marabahaya

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 281 hits
Siapa yang nggak mau anaknya selalu aman bahagia dan dijauhkan dari segala bencana Biar anti mainstream ide nama Slamet nggak masuk di sini ya P
Nuri Mendarat Cemas 11 Anggota Tentera Selamat

Nuri Mendarat Cemas 11 Anggota Tentera Selamat

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 392 hits
Astro Awani Beginilah keadaan helikopter Nuri yang melakukan pendaratan cemas di dalam kawasan Kem Gubir Kedah pada Jumaat Gambar Sinar Harian SERAMAI empat anak kapal dan 11 anggota Tentera Darat Malaysia terselamat selepas sebuah helikopt...
Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order

Autoimmune Disease

American Airlines Flights Snarled By Computer Glitch


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Menerima Dan Menggunakan Dana Politik Untuk Tujuan Politik Bukan Kesalahan

Wekongsi Perlindungan Perubatan Rm1 Juta Sebulan Bawah Rm50 Sahaja

Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party