Salam Nuzul Quran


Assalamualaikum buat semua umat Islam

Cikilamenari ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Nuzul Quran buat semua.
Hari Nuzul Quran adalah hari untuk kita memperingati bahawa Al-Quran telah diturunkan oleh Allah s.w.t pada 17 Ramadan yang disebut sebagai Malam Qadar. Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia sekali gus ( 30 juzuk ) dan secara beransur-ansur mengikut suasana dan keperluan  kepada Nabi s.a.w.

Firman Allah S.W.T: "Sesungguhnya Kami(Allah) telah menurunkan Al-Quran pada Malam Qadar".

Malam Qadar dikurniakan Allah pada setiap datangnya Bulan Ramadan. Kelebihan dan kemuliaannya adalah lebih baik dari 1,000 bulan. Ini dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran: "Malam Qadar itu adalah lebih baik dari seribu bulan"

Bila berlakunya dan berapa lama Malam Qadar itu tidaklah dinyatakan secara tepat oleh Nabi s.a.w. Setengah pendapat menyebut pada malam-malam ganjil dan setengahnya menyebut pada 10 malam terakhir dalam bulan Ramadan.

Turunnya Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca semata-mata walaupun membacanya merupakan ibadah yang diberi ganjaran oleh Allah s.w.t. sebagaimana dinyatakan oleh nabi : "Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan itu diganjarkan dengan sepuluh. Aku tidak mengatakan bahawa Alif Lam Mim itu satu huruf tetapi Alif itu satu huruf, lam itu satu huruh dan mim itu satu huruf"

Tetapi turunnya Al-Quran adalah sebagai petunjuk dan panduan untuk diikuti dan diamalkan oleh manusia agar sejahtera dunia adan akhirat.
Allah nyatakan dalam Al-Quran: "Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran dimana al-Quran itu menjadi pertunjuk kepada manusia dan yang menerangkan tentang pertunjuk dan pembeza antara hak dan batil"

Sebagai seorang muslim kita menjadikan Al-quran,  As-sunnah, Qias dan Ijmak sebagai pedoman. Apapun perkara yang hendak dilakukan atau diputuskan, kita hendaklah merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah insyaallah kita tidak akan sesat di dunia dan diakhirat.

Firman Allah s.w.t: "Jika kamu berselisih tentang apa juga perkara maka kembalikan perselisihan itu kepada Allah (Al-Quran ) dan rasulnya (hadis)"
Nabi berpesan:
" Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang kepada keduanya iaitu Kitab allah (Al-Quran) dan Sunnah rasulnya"
(Sumber:  Jabatan Kehakiman Syariah Perak)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikilamenari.blogspot.com/2019/05/salam-nuzul-quran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salam Nuzul Quran Dan Salam Ibadah 10 Malam Terakhir Ramadhan

Salam Nuzul Quran Dan Salam Ibadah 10 Malam Terakhir Ramadhan

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 327 hits
Berbahagialah kepada yang meraikannya dengan memenuhi waktu malam tersebut dengan amalan dan ibadah kepada Allah SWT Kami menyedut kiriman doa ini untuk jadi panduan untuk tahun tahun mendatang jika dizinkan Allah insyaaAllah DOA MALAM NUZU...
Ayat Ayat Pelindung Diri Dari Al Quran

Ayat Ayat Pelindung Diri Dari Al Quran

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 1444 hits
Ayat Ayat Pelindung Diri Dari Al Quran Selain dari perlindungan panas dan hujan untuk kulit muka dan badan kita juga memerlukan pelindung diri secara rohaniah daripada anasir jahat yang kita tak boleh nampak dari mata kasar Kalau kita semua...
Eyra Hazali Dah Masuk Wad Bersalin Suami Teman Sambil Bacakan Al Quran Mohon Doa Dari Semua Agar Dipermudahkan

Eyra Hazali Dah Masuk Wad Bersalin Suami Teman Sambil Bacakan Al Quran Mohon Doa Dari Semua Agar Dipermudahkan

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 691 hits
Pelakon Eyra Hazali yang sudah sarat dan menunggu masa sahaja untuk bersalin berkongsi perkembangant terbaru dirinya yang akan melahirkan anak pertama pada bila bila masa sahaja lagi Dalam perkongsian yang dibuat di Insta Story milik suamin...
Hiburan Rizalman Ibrahim Dedah Mahu Tubuhkan Pusat Pengajian Al Quran Untuk Orang Dewasa

Hiburan Rizalman Ibrahim Dedah Mahu Tubuhkan Pusat Pengajian Al Quran Untuk Orang Dewasa

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 520 hits
Merancang untuk menubuhkan sebuah pusat pengajian al Quran nama pereka fesyen tersohor tanah air Datuk Rizalman Ibrahim mula disebut sebut netizen berikutan sikap mulianya yang semakin senang diikuti masyarakat Ujar Rizalman kepada umum di ...
Nak Anak Hafal Al Quran Sejak Kecil Ini Cara Ibu Ayah Boleh Mula Dari Bayi Lagi

Nak Anak Hafal Al Quran Sejak Kecil Ini Cara Ibu Ayah Boleh Mula Dari Bayi Lagi

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 595 hits
Ibu ayah yang mempunyai impian melihat anak menjadi penghafaz Al Quran rupanya boleh mulakan usaha sejak anak masih bayi lagi Perkongsian ibu ini tentang tip yang digunakannya kepada anaknya boleh anda praktikkan Sejuk perut bila melihat an...
Hiburan Rita Rudaini Akui Seronok Berlajar Al Quran Bersama Anak Anak Secara Online

Hiburan Rita Rudaini Akui Seronok Berlajar Al Quran Bersama Anak Anak Secara Online

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 457 hits
Mengakui dirinya dan anak anak kini sedang giat belajar membaca Al Quran secara atas talian dua kali seminggu bersama dengan Ustaz Haji Sazalie Nordin pelakon jelita Rita Rudaini mendedahkan perkara itu merupakan sesuatu yang indah dalam hi...
Nasib Remaja Didakwa Bunuh 21 Penghuni Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Akan Diketahui Jam 2 30 Petang Ini

Nasib Remaja Didakwa Bunuh 21 Penghuni Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Akan Diketahui Jam 2 30 Petang Ini

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 346 hits
Nasib remaja didakwa bunuh 21 penghuni Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah akan diketahui jam 2 30 petang iniSeorang remaja lelaki yang didakwa membunuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah hampir tiga tahun lalu a...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ultimate Healthy Ground Beef Recipes Bodybuilding

Makam Pahlawan Mat Kilau

Lunch Dengan Ikan Puput Goreng

Vietnam Tutup Lapangan Terbang Siap Sedia Hadapi Taufan Bualoi

Rahsia Nasi Kekal Segar Dari Pagi Hingga Malam

Cuba Pilih Mana Daun Sirih