Nasib Remaja Didakwa Bunuh 21 Penghuni Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Akan Diketahui Jam 2 30 Petang Ini


Nasib remaja didakwa bunuh 21 penghuni Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah akan diketahui jam 2.30 petang ini



Seorang remaja lelaki yang didakwa membunuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah hampir tiga tahun lalu akan mengetahui nasibnya hari ini, sama ada dia akan melangkah keluar dari mahkamah sebagai seorang yang bebas atau bersalah seperti yang dituduh. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah dijadualkan membuat keputusan itu pada 2.30 petang.
Pihak pembelaan mengakhiri kes mereka pada 19 Jun lalu selepas memanggil enam saksi.
Pada 28 Jan 2020, Azman memerintahkan remaja itu yang berusia 16 tahun ketika didakwa melakukan kesalahan berkenaan, membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh yang kini berusia 19 tahun.
Mahkamah bagaimanapun melepas dan membebaskan seorang lagi individu yang seusia remaja itu, yang dituduh bersama-samanya tanpa dipanggil membela diri.
Pada awalnya kedua-dua mereka dituduh secara bersama atas kesalahan membunuh namun pertuduhan tersebut dipinda susulan keputusan pada akhir kes pendakwaan.
Menurut pertuduhan yang dipinda, remaja itu bersama seseorang yang tidak dicamkan, dituduh membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz beralamat di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, di Kuala Lumpur antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi, pada 14 Sept 2017.
Dia didakwa dengan 23 pertuduhan, masing-masing menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati dan boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan Seksyen 97(2) akta sama.
Seksyen 94 akta sama memberi kuasa kepada mahkamah untuk memerintahkan ibu bapa atau penjaga dikenakan denda atau pampasan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim sementara tertuduh diwakili peguam Haijan Omar.
Seramai 71 saksi memberi keterangan semasa peringkat pendakwaan yang bermula pada 30 Mei 2018.
Antaranya ialah Pengarah (Bahagian Keselamatan Kebakaran) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Putrajaya Edwin Galan Teruki yang memberitahu mahkamah injap dua tangki gas yang ditemukan di lokasi kebakaran di pusat tahfiz tersebut telah ditebuk.
Seorang lagi saksi, pegawai sains di Makmal Siasatan Kebakaran JPBM Kuala Lumpur Yusnita Osman berkata kesan petrol ditemukan pada sampel yang diambil daripada bangunan yang terbabit dalam kebakaran.
Sementara itu, remaja berkenaan dalam pembelaannya menafikan berada di perkarangan tahfiz ketika kejadian.
Seorang lagi saksi pembelaan, remaja berusia 19 tahun, memberitahu Mahkamah Tinggi yang dia bersama-sama tertuduh serta rakan-rakan lain menghisap ganja sebelum kebakaran berlaku.
Saksi pembelaan ketiga itu berkata enam rakannya termasuk tertuduh, datang ke rumahnya dan mereka kemudian menunggang motosikal ke sebuah pondok di Taman Balak, Datuk Keramat di Kuala Lumpur untuk menghisap ganja antara 1 dan 2 pagi pada 14 Sept 2017.
Tragedi menyayat hati itu mengorbankan 21 pelajar dan dua guru yang terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz berkenaan.
Sumber: Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2020/08/nasib-remaja-didakwa-bunuh-21-penghuni.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Remaja Bunuh 23 Penghuni Tahfiz Dipenjara Selama Lamanya Selagi Diperkenan Agong

Remaja Bunuh 23 Penghuni Tahfiz Dipenjara Selama Lamanya Selagi Diperkenan Agong

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 322 hits
Hari ini seorang remaja lelaki telah dijatuhkan hukuman penjara selama lamanya selagi diperkenankan YDPA dan ia diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Pesalah telah dituduh membunuh 23 mangsa dalam dengan menyebabkan kebakaran di Pusat Tahfiz Daru...
Mahkamah Tinggi Dapati Remaja 19 Tahun Bersalah Bunuh 23 Individu Dalam Insiden Kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah 2017

Mahkamah Tinggi Dapati Remaja 19 Tahun Bersalah Bunuh 23 Individu Dalam Insiden Kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah 2017

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 446 hits
KUALA LUMPUR 17 Ogos Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang remaja lelaki ditahan di penjara selama diperkenankan Yang di Pertuan Agong setelah didapati bersalah membunuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Qur...
Tragedi Kebakaran Tahfiz Nasib Remaja Di Tuduh Bunuh Bakal Di Ketahui Esok

Tragedi Kebakaran Tahfiz Nasib Remaja Di Tuduh Bunuh Bakal Di Ketahui Esok

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 309 hits
nbsp KUALA LUMPUR nbsp Seorang remaja lelaki yang didakwa membunuh 23 individu dalam kebakaran di nbsp Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah hampir tiga tahun lalu akan mengetahui nasibnya esok sama ada dia akan melangkah keluar dari mahkama...
Bakar Pusat Tahfiz Remaja Dijatuhi Hukuman Penjara Hingga Dapat Pengampunan Agong

Bakar Pusat Tahfiz Remaja Dijatuhi Hukuman Penjara Hingga Dapat Pengampunan Agong

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 609 hits
Susulan daripada tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Dato Keramat hampir tiga tahun lalu yang menyebabkan 23 nyawa terkorban Hari ini remaja lelaki berusia 19 tahun dijatuhi hukuman penjara sehingga mendapat perkenan Y...
Lelaki Didakwa Bunuh Pensyarah Uiam Menangis Di Mahkamah

Lelaki Didakwa Bunuh Pensyarah Uiam Menangis Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 281 hits
Lelaki yang dituduh membunuh isterinya yang juga merupakan pensyarah di sebuah universiti awam dua minggu lalu didakwa di mahkamah hari ini Bagaimanapun tertuduh Mohd Hairil Izzuan A Samad 41 tidak membuat sebarang pengakuan selepas pertudu...
Anak Guam Saya Dengan Rendah Diri Memohon Maaf Peguam Remaja Kes Bakar Tahfiz

Anak Guam Saya Dengan Rendah Diri Memohon Maaf Peguam Remaja Kes Bakar Tahfiz

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 1123 hits
Kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada tahun 2017 tekah menjadi satu detik hitam buat seluruh rakyat Malaysia di mana 23 penghuninya telah dilaporkan meninggal dunia Rentetan daripada insiden itu seorang remaja berusia...
Hospital Adventist Penang Merekodkan 1 Kes Covid19 Jam 4 Petang Tadi

Hospital Adventist Penang Merekodkan 1 Kes Covid19 Jam 4 Petang Tadi

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 590 hits
Hospital Swasta Adventist mengesahkan 1 Kes baru covid19 di Pulau Pinang dikesan jam petang tadi Berikut adalah notis mengenai kes tersebut yang diambil dari Facebook rasmi hospital tersebut Berdasarkan kenyataan tersebut pesakit berumur 55...
Bacalah Ayat Al Quran Ini Untuk Elakkan Rumah Dimasuki Pencuri

Bacalah Ayat Al Quran Ini Untuk Elakkan Rumah Dimasuki Pencuri

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 1149 hits
Sudah semestinya kita yang memiliki rumah tidak ingginkan perkara perkara buruk terjadi termasuklah kejadian pecah rumah Namun kami kongsikan pengalaman seorang suami memagar rumahnya dengan ayat Al Quran Saya nak share sesuatu yang saya ra...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor