Salahuddin Pertahan Ceramahnya Di Tg Piai Didakwa Rasis


B Nantha KumarDiterbitkan Hari ini 7:11 malam 
BERITA

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub mempertahankan dakwaan ceramahnya ketika berkempen di Tanjung Piai bersifat perkauman.

Salahuddin ketika ditanya menjelaskan beliau hanya memberi peringatan mengenai pendirian Umno-PAS pada masa lalu.

"Apa bila berlakunya pertembungan ataupun isu-isu agama dan kaum itu dimainkan secara melampau sehingga berlakunya huru hara berlakunya pembunuhan rakyat tidak lagi dapat menikmati hidup dengan lebih baik dalam negara kita.

"Oleh itu saya mengingatkan jangan kita mengeluarkan kenyataan yang berbau sebagaimana saya maksudkan melalui ucapan-ucapan yang begitu rasis yang kadang-kadang berlakunya ucapan agama yang begitu melampau," katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Terdahulu hari ini, Anggota Parlimen Padang Terap, Mahdzir Khalid menyatakan rasa terkejut dengan sebuah klip video yang ditularkan dalam media sosial sejak semalam, yang mana Salahuddin didakwa menggambarkan suasana perkauman sekiranya Umno dan PAS menjadi kerajaan satu hari nanti.

"Dia membayangkan kalau Umno dan PAS menjadi kerajaan negara ini (menjadi) hura hara (akan) ada pembunuhan.

"Bagaimana seorang bertaraf menteri turun untuk berkempen mengeluarkan kenyataan sebegini? Pada saya tuduhan ini sangat rasis," kata Mahdzir kepada pemberita di lobi parlimen tengah hari tadi.

Malaysiakini turut melihat klip video berdurasi 1.23 minit itu yang mana Salahuddin berkata bahawa negara akan menjadi huru-hara jika Umno dan PAS menjadi kerajaan.Bagaimanapun, beliau tidak didengar menggunakan perkataan 'pembunuhan' seperti yang didakwa Mahdzir.

Salahuddin yang juga MP Pulai meminta calon BN, Wee Jeck Seng menyatakan pendiriannya sekiranya beliau bersetuju dengan ucapan seorang pemimpin daripada parti agama yang memberitahu bahawa Wee sebagai kafir zimmi, manakala bukan Islam di pihak lain sebagai kafir harbi.
"Semalam dalam satu ceramah BN di Tanjung Piai ada penceremah di bilik gerakan BN mengatakan bahawa calon yang kita sokong ini iaitu MCA, adalah kafir zimmi, dan menuduh pula yang bukan Islam di pihak lain sebagai kafir harbi," katanya.

Bagaimanapun, Salahuddin tidak menyebut nama parti yang dimaksudkannya itu.

"Adakah kita suka dengan ucapan itu? Saya nak tanya Wee Jeck Seng adakah dia gembira dengan kenyataan sebegitu?

"Jadi, itu yang saya peringatkan supaya jangan ada ucapan-ucapan seperti ini bermain dalam negara kita dan akhirnya esok akan menyebabkan negara kita tidak lagi aman dan timbulnya isu takfiri," tambahnya.

Sementara itu, Salahuddin juga mendakwa terdapat parti agama yang terus memainkan isu-isu perkauman.

"Kalau tak ikut kumpulan kami, kamu nanti munafik, kamu akan mati masuk neraka, ini berlaku negara kita dalam hari ini. Ini ideologi parti itu," katanya lagi.

Salahuddin turut mengimbas ucapan Najib Razak sewaktu menjadi ketua pemuda Umno pada 1987.

"Saya memperingatkan bahawa beberapa bulan sebelum menjelang Ops Lalang tahun 1987, pergerakan pemuda Umno yang dipimpin oleh Najib Razak waktu itu, berucap "basahkan keris dengan darah Cina"

"Dia tidak pernah minta maaf atas ucapan itu sehingga beliau menjadi perdana menteri keenam.

"Maka, mana-mana parti yang bermain perkauman dengan isu yang melampau berkawan dengan parti agama yang melampau maka kita kena berhati-hati," katanya lagi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/11/salahuddin-pertahan-ceramahnya-di-tg.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boikot Calon Dari Mca Peluang Cerah Ph Pertahan Tanjung Piai

Boikot Calon Dari Mca Peluang Cerah Ph Pertahan Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 766 hits
Pada artikel lalu blog ini melaporkan mungkin berlaku pemboikotan dikalangan UMNO sekiranya calon dari MCA di putuskan untuk menentang Pakatan Harapan di pilihan raya kecil Parlimen Tanjung Piai Walaupun blog ini tidak mengupas secara teper...
Kita Tabur Kepada Penduduk Tg Piai Bukan Masuk Poket Sendiri Salahuddin Bidas Najib

Kita Tabur Kepada Penduduk Tg Piai Bukan Masuk Poket Sendiri Salahuddin Bidas Najib

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 369 hits
November 4 2019 12 11 AMMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayob yang membantu kempen calon PH Karmaine Sardari berkata tidak mudah untuk menang di Tanjung Piai yang suatu ketika dahulu merupakan kubu kuat BN KUKUP Menteri P...
Ucapan Saya Bukan Rasis Tapi Satu Peringatan Kata Salahuddin

Ucapan Saya Bukan Rasis Tapi Satu Peringatan Kata Salahuddin

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 328 hits
Salahuddin Ayub mencabar Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki tidak berdiam diri apabila isu agama membabitkan soal syurga dan neraka dimainkan KUALA LUMPUR Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub mempertahankan ucapannya ...
Najib Pertahan Kehadirannya Di Penamaan Calon Tanjung Piai

Najib Pertahan Kehadirannya Di Penamaan Calon Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 397 hits
Najib pertahan kehadirannya di penamaan calon Tanjung Piai Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 3 Nov 2019 12 02PM
Prk Tanjung Piai Anwar Dan Dap Tidak Bantu Calon Mahathir

Prk Tanjung Piai Anwar Dan Dap Tidak Bantu Calon Mahathir

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 554 hits
Kalau dibaca 5 perkara utama yang perlu ditumpukan oleh calon PPBM di PRK Tanjung Piai pengundi pengundi kawasan parlimen itu sebenarnya tidak susah untuk memilih ahli parlimen mereka yang baharu Mereka tidak perlukan seorang lagi ahli parl...
Dominic Lau Gerakan S Revival Will Start At Tanjung Piai

Dominic Lau Gerakan S Revival Will Start At Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 904 hits
Gerakan is expected to field the party s deputy secretary general Wendy Subramaniam as candidate for the upcoming Tanjung Piai by election The revival of Gerakan as a political party in Malaysia will start at Tanjung Piai says Datuk Dr Domi...
Tanjung Piai Five Focus Issues For Harapan Candidate Says Muhyiddin

Tanjung Piai Five Focus Issues For Harapan Candidate Says Muhyiddin

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 393 hits
The cost of living is one of five main issues which the candidate fielded by the Pakatan Harapan alliance for the Nov 16 by election in Tanjung Piai will need to address announced Bersatu president Muhyiddin Yassin today Speaking at a cerem...
Untuk Apa Berbalah Berebut Jadi Calon Prk Tanjung Piai

Untuk Apa Berbalah Berebut Jadi Calon Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 589 hits
Bagai menghela rambut dalam tepung rambut jangan putus tepung jangan berserak Mungkin itulah yang dihadapi Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai Johor Seluruh rakya...
Prk Tanjung Piai Masuk Gelanggang Wajib Menang Zahid

Prk Tanjung Piai Masuk Gelanggang Wajib Menang Zahid

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 322 hits
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sekarang ini BN wajib menang apabila memasuki gelanggang pilihan raya termasuklah bagi pilihan raya kecil Parlimen Tanjung Piai Menurutnya ini ditambah berdasarkan kajian d...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti