Salahkah Aku Tidak Mengerti Hembusan Cintanya


Kisah pada satu petang, 18 tahun yang lalu, di Unit Virologi, Institut Penyelidikan Perubatan, Kuala Lumpur.


Aku bergegas turun memijak anak-anak tangga selepas mengetik kad perakam waktu di luar pejabat. Bella, rakan sepejabat mendahului aku bergegas menuruni anak tangga pejabat seolah-olah seperti kami ada perlumbaan

Menghampiri anak tangga paling bawah, sisi anak mata aku terkesan bayang seseorang. Di saat bayang itu semakin menghampiri aku, pandangan mata kami bertaut dan terakam sesuatu di situ. Aku terbius seketika dipanah pandangan tajam itu. Aku dapat rasakan panahan matanya mengalirkan sesuatu menjalari ke jantungku, seolah-olah mengharapkan pengertian tentang sesuatu

Tetapi aku langsung tidak mengerti saat itu

'Glurrp!', anak mata aku semakin membesar merakam sesuatu yang diluar kebiasaan yang pernah aku lihat. Beberapa kali aku melihat dia sebelum ini, kebanyakannya secara kebetulan kerana jabatan kami berjiran sebelah menyebelah dan berkongsi beberapa kemudahan yang sama

Aku terpaku dalam diam. Bukan kerana wajahnya yang tampan. Bukan. 
Kerana penampilannya

"Kenapa seorang doktor yang hebat berpenampilan sebegitu?", Aku bermonolog dalam hati dan mata terus terpaku pada wajahnya

"Kenapa berjambang?"

 'Sakitkah?"

"Sibuk sangatkah?"

"Tertinggal barangkah?"
Persoalan datang bertubi-tubi

Kerana di waktu ini, dengan masa tinggal berbaki beberapa minit ke jam 5.00 petang, dia muncul di tempat kerja, sedangkan pekerja yang lain bergegas dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing. 
Aku tidak pasti dan tidak tahu sudah berapa lama dia tidak menguruskan diri sehingga bulu-bulu liar halus tumbuh menutupi hampir separuh dari wajahnya. 
"Ahh, urusan orang lelaki masakan aku tahu". Dalam keluarga aku, ayah, abang dan adik lelaki aku tiada yang berjambang sebegitu. Seingat aku dari kecil, tidak pernah aku lihat ayah atau abang aku memegang pisau bercukur dan menghias muka

Aku meneruskan langkah menuju ke perhentian bas yang berdekatan. Sepanjang jalan pulang, fikiran aku masih terbayang insiden tadi. Aku cuba mengimbas peristiwa-peristiwa yang sudah lepas

"Hrmmm ... seperti sudah lama tak nampak dia"
"Dalam seminggu kot rasanya", Aku bercakap seorang diri. 
Pertemuan kami biasanya secara kebetulan. Beberapa kali sewaktu rehat dan makan tengah hari di kafetaria tempat kerja. Pernah bertembung di koridor jabatan menuju ke tandas. Pernah terserempak dua tiga kali di pejabat Ketua Jabatan. Setakat itu sahajalah yang aku perasan dan ingat kerana aku sedar siapa dia dan siapa diri aku.

Aku sedar akan kewujudan dia, seorang lelaki berkelulusan doktor perubatan bekerja di institut penyelidikan perubatan, dan dia lelaki ajnabi, biarlah dia kekal sebagai lelaki ajnabi untuk aku.

Kerana siapalah aku berbanding dia

Aku seorang gadis berasal dari kampung yang tidak punya apa-apa keistimewaan untuk ditonjolkan apalagi untuk membuatkan lelaki terpaut hati. Apatah lagi buat lelaki sehebat dia. Pilihannya tentulah yang setanding dan setara.

Jangan endahkan aku

Aku gadis kampung, berkelana seorang diri ke Kuala Lumpur menyambung cita-cita diri ke menara gading demi sebuah perjuangan untung nasib. Dengan harapan gedung ilmu segah Universiti Malaya mampu memberi corak yang lebih baik kepada masa depanku.

"Takkanlah sampai berjambang?"
"Sibuk sangatkah?"

"Sakitkah?"
Soalan-soalan itu aku bawa pulang ke rumah sewa aku sehinggalah mata dilelapkan dan hari pun bersambung lagi


#PART1#kisahkehidupan#kisahdarihati#sekolahpenulisanramadan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jurnalepalhijau.blogspot.com/2020/06/salahkah-aku-tidak-mengerti-hembusan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mungkin Suami Dah Tiada Tapi Tetap Jalankan Tanggungjawab Pada Isteri Anak Anak Itulah Bukti Cintanya

Mungkin Suami Dah Tiada Tapi Tetap Jalankan Tanggungjawab Pada Isteri Anak Anak Itulah Bukti Cintanya

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 309 hits
Seorang suami harus menjaga kebajikan isterinya sejak dari hari pertama bernikah sehingga bila bila Ketika isteri diminta untuk berhenti kerja dan menguruskan rumah tangga pastikan anda bersedia dengan kemungkinan yang bakal berlaku Apakah ...
Lewat 11 Gambar Kocak Ini Kamu Bakal Mengerti Arti Persahabatan Ya Meski Kadang Ngehe Juga D

Lewat 11 Gambar Kocak Ini Kamu Bakal Mengerti Arti Persahabatan Ya Meski Kadang Ngehe Juga D

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 248 hits
Kadang kita sering diuntungkan karena kehadirannya sering juga kita jadi repot sendiri karena kelakuan absurdnya D
Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Absolute Power Corrupts Absolutely

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

10 Toner Untuk Kulit Berminyak 2024

Overcoming Funding Challenges

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Bella Astillah Feat Didi Astillah Bermanja Manja Chord

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur