Salah Satu Post Video Di Tik Tok Kena Amaran
Alamak..Baru-baru ni k.fiezz post satu video di Tik Tok masa bercuti kat Kg minggu lepas. Video tu tak ada apa pun cuma aktiviti kitaorang mengutip durian. Dalam video tu ada lah rekod adik ipar naik motor, kitaorang naik Hilux untuk ke kebun. Lepas dari sesi mengutip durian, mandi sungai. Itu je. Tak ada lah apa-apa yang menunjukkan kitaorang buat aktiviti merbahaya pula.
SAJA POST VIDEO DI TIK TOKVideo tu pun idak lah k.fiezz aiming untuk FYP (for your feed) ke apa. Saja post je video di tik tok untuk diri sendiri & follower k.fiezz..hehe. Kalau ada yang tengok lah. Tak ada tak apa. Gitu konsepnya.
K.fiezz post video tu dalam tengahari. Biasa jumlah view video di Tik Tok k.fiezz 100+ macam tu je. Jarang sangat lah nak sampai berK-k ni.
Petang, lepas dah post video di Tik Tok ni, k.fiezz saja tengok balik berapa dah jumlah view. Haha. Saja lah. Sekali tengok 2k plus, weii..Terkejut...Siap dapat email lagi, dah cecah 2k plus macam tu. Uiii sis terkejut.
KENA WARNING DENGAN TIK TOK
Cuma view tinggi video tu sekali dapat amaran dari tik tok. haha. Video k.fiezz ni tak naik kat fyp sebab ada aktiviti berbahaya dalam video..
Eh aktiviti apa je kitaorang buat. Naik motor, hilux lepas tu kutip durian & mandi sungai. Idak pun buat stunt ke apa. Eiii sensitif benor lah pun Tik Tok ni.
Ni view video k.fiezz..2k plus beserta amaran dari tik tok..
Ni amaran dari Tik Tok, video ni tak sesuai sebab ada aktiviti berbahaya pada diri sendiri & orang lain.
Lepas tu ada lah nampak boleh buat appeal kat Tik Tok kalau k.fiezz rasa video ni tak ada pun aktiviti berbahaya. Mula k.fiezz malas lah nak buat rayuan bagai ni sebab risiko dia, kalau Tik Tok tetap kata video ni ada unsur berbahaya, video akan di padam. Alamakkk..Lantak lah di situ tak fyp pun.
Beritahu kat mr hubby pasal ni. mr hubby cakap nanti Tik Tok padam automatik video ni sebab dia dah bagi amaran. Errmm mr hubby ni, saja je kan.
Okey lah buat lah rayuan...try & error..
BUAT RAYUAN VIDEO DI TIK TOK YG KENA AMARAN
K.fiezz cuba je lah nasib. Kalau kena padam video ni, #pasrah je lah. Nak buat macamana,kan. Pandangan setiap orang berbeza
K.fiezz hantar rayuan petang dalam pukul 6 lebih.
Pukul 7 lebih dapat notification, rayuan telah di terima & dalam review tik tok.
Pukul 7.47, eh tetiba dapat notification lagi rayuan di terima. Video k.fiezz ni tak ada masalah untuk keluar di fyp. Yeay..Idak lah nak glamor pun tapi tetiba Tik Tok kata video ni ada unsur berbahaya kat diri sendiri & orang lain, agak tak puas hati di situ. Buat aktiviti kutip durian, mandi sungai & naik pengangkutan. Itu bahaya ke..Aih tak faham tau..Tapi tak apa lah dah diluluskan.
So lepas ni peringatan juga pada k.fiezz untuk post video di tik tok, kena hati-hati. Tak boleh semua nak di post. Risau kena macamni lagi. K.fiezz pun baru tahu Tik Tok ni strict. So reminder untuk diri sendiri.
Tik Tok ooo Tik Tok...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2023/06/Salah-Satu-Video-post-di-Tik-Tok-Kena-Amaran.html