Salah Satu Cara Tambah Income Untuk Hidup
Salah Satu Cara Tambah Income Untuk Hidup || Musim pandemik Covid 19 ni sangat menjejaskan ekonomi. Ada yang dibuang kerja, ada yang dikurangkan gaji, ada yang tak dapat bonus tahunan (macam aku lah, tapi ada token penghargaan katanya) dan macam macam lagi yang membuat ramai hilang sumber pendapatan.
Banyak dah keluhan hati rakyat tentang ini. Banyak perbalahan antara kita semua.. Nak cari rezeki, tapi segalanya kena tutup, kena cut...Hm...Hmm..
Ye, Rezeki memang Allah dah tentukan tapi usaha pun perlu.Walaubagaimanapun, jika dah berusaha, tapi masih lagi buntu..Mohonlah kepada Allah moga terus dipermudahkan..
Harini aku ternampak adik adik.. atau kata lainnya, anak anak kecil membawa bakul berisi kuih di kawasan tempat parking kereta demi mencari rezeki. Bukan tak pernah, tapi dah lama tak nampak budak budak menjual jual camni.
Zaman sekarang selalu nampak orang jual buah pelam kat tengah jalan tu jer.. Tapi ni kat kawasan parkir kereta. Dan selalunya, aku jumpa warga Bangla yang datang jual muqaddam atau sticker ayat Kursi tu kat parkir sini, tapi kali ni..bebudak bersama bakul kuihnya..
Moga dilimpahkan rezeki buat mereka yang gigih mencari rezeki
(Bagus, pakai mask! Safety!)Maka disebabkan kecomelan mereka tegur aku kat kereta, aku pun terrrbeli dua jenis makanan ni weh! At first aku cuma beli kuih karipap je..sebab ianya karipap sardin (Favourite)
Tiba tiba lepas beli..datang pulak lagi sorang.. Lahh.. Tiga orang rupanya.. Ternampak pulak egg tart, teruss beli jugak!!! Laju aku tanya, adik beradik ker.. Tinggal mana semua tu..
Bagus anak anak ni, bantu ibu bapa..Tapi kena hati hati jugak..So kalau korang nak try cara ni, boleh jugak..cuma keselamatan anak anak je yang mungkin kita risau..
Kesimpulannya, aku cheat day bila dah petang tadi...Beria sarapan roti wholemeal konon diet! Kahh!
RM2
Isi penuh, puas ngap gini!!
Kalau isi angin, aku tak cerita ah dalam blog.
Kihkih.
RM3
Semua ngam dengan tekak akuuu..cuma dah tak panas macam baru masak la...sebab maybe dah lama dorang sampai..aku je baru terserempak masa nak balik tu.
Gigih kan..Kalau ada 10 orang anak, syok jugak ni..tapi di kawasan yang selamat la...Jangan sorang sorang cover satu tempat..Seriau jugak.
Moga Covid 19 hancur segera...Nak harini jugak matilah virus Covid 19 ni... Aktiviti persekolahan pun banyak terganggu. Aku yang tengok ni pun stress walaupun belum ada anak..Sobbs.
Notahati: Pssttt, ada tak dalam kalangan reader blog ni, yang mencari rezeki seperti cara mereka? Anda memang terbaik! Saya doakan keselamatan anak anak korang dan moga sentiasa dilimpahkan rezeki buat seisi keluarga
SENYUM SAJA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nonasani.com/2021/01/salah-satu-cara-tambah-income-untuk.html