Salah Pilih Pemimpin Punca Malaysia Gagal Maju



Oleh AZNAN BAKAR
JOKO Widodo (Jokowi) yang penggalnya sebagai Presiden Indonesia berakhir pada tahun depan berpesan kepada rakyat negara itu supaya tidak tersalah memilih pemimpin jika mahu wawasan menjadikan mereka sebagai negara maju pada 2030-an menjadi realiti.
Katanya, Indonesia memiliki bonus daripada segi demografi, namun untuk memastikan ia mampu muncul sebagai negara maju maka memilih pemimpin di tahun 2024 adalah sebahagian daripada persiapannya.
Seandainya tersalah memilih pemimpin katanya, maka peluang itu akan hilang begitu sahaja.
“Peluang kita menjadi negara maju ada dalam 13 tahun di depan. Kesempatan kita itu hanya pada 13 tahun ke depan ini. Dalam sejarah peradaban negara-negara yang saya lihat kesempatannya hanya sekali dalam sejarah sebuah peradaban bangsa. Kalau kita tidak memilih pemimpin yang tepat untuk 13 tahun ke depan hilanglah kesempatan untuk menjadi negara maju,” katanya.
Oleh itu, katanya memilih siapa yang bakal memimpin Indonesia pada Pilihan Raya Presiden 2024 sangat penting dalam menentukan hala tuju masa depan negara itu terutama dalam mencapai status negara maju seperti yang dirancang.
Mendengar wawasan Jokowi ini mengingatkan kita kepada Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Keempat. Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika merangka Rancangan Malaysia Keenam pada 28 Februari 1991.
Sebaik sahaja Dr. Mahathir mengumumkan wawasan itu, para pemikir, penggubal dan pelaksana dasar merasa tempoh kira-kira 30 tahun itu mencukupi untuk merealisasikan impian tersebut.
Misalnya, pada 1994 pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah 8.5 peratus yang mana itu adalah tahun ketujuh berturut-turut Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh.
Walaupun terdapat gangguan ekoran krisis kewangan Asia pada 1997, namun ekonomi Malaysia bertahan dengan langkah-langkah mendepani krisis yang menggunakan acuan sendiri.
Walaupun KDNK menguncup sebanyak 7.5 peratus pada 1998, namun ia kembali pulih kepada 5.6 peratus pada 1999. Nafas baharu diberikan kepada ekonomi dengan perbelanjaan kerajaan secara besar-besaran telah dibuat.
Pemulihan ekonomi telah diterajui oleh pertumbuhan eksport terutama produk elektronik dan elektrik. Hasilnya, ekonomi Malaysia pulih dari Krisis Kewangan Asia 1997 lebih cepat dari negara-negara jiran
Ketika beberapa kuasa ekonomi Asia ketika itu tum­bang atau hampir tumbang, Malaysia terus bertahan untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju.
Malah, ketika itu ia dilihat sebagai bukan sesuatu yang mustahil kerana perkembangan negara dalam semua aspek berada di landasan yang betul.
Ketika itu, Malaysia menjadi contoh kepada negara-negara membangun lain malah pernah mendapat pengiktirafan daripada Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia kerana daya tahan berhadapan dengan tekanan krisis.
Namun ketika tahun 2020 tiba (iaitu kira-kira tiga tahun lalu), ketika Dr. Mahathir sekali lagi menjadi Perdana Menteri, impian yang matlamat yang diletakkan pada 1991 itu tidak menjadi kenyataan.
Bukan sahaja tidak mampu menjadi negara maju, malah negara kita terjebak dalam satu skandal yang menjadi perhatian di seluruh dunia.
Mungkin kebimbangan yang dinyatakan oleh Jokowi itu ada kebenaran iaitu untuk mencapai sasaran negara maju rakyat mesti memilih pemimpin yang betul, pemimpin yang boleh meneruskan kesinambungan dasar-dasar pemimpin sebelumnya.
Mengambil contoh kita di Malaysia, dalam tempoh 30 tahun Wawasan 2020 di meterai, Malaysia dipimpin oleh empat Perdana Menteri.
Bermula dengan Dr. Mahathir yang mencetuskan idea menjadikan Malaysia sebuah negara maju seperti Jepun, Taiwan dan Korea Selatan, kemudiannya digantikan oleh Tun Abdullah Ahmadf Badawi, kemudiannya Datuk Seri
Najib Tun Razak dan selepas itu kembali kepada Dr. Mahathir.
Kalau hendak dikatakan para pengundi Malaysia salah pilih pemimpin sebagai punca Malaysia gagal capai status negara maju tidak mungkin juga, kerana dua Perdana Menteri selepas Dr. Mahathir adalah dari Barisan Nasional atau lebih spesifik lagi dari UMNO.
Sepatutnya mereka tidak ada masalah untuk meneruskan kesinambungan dasar-dasar yang telah ditetapkan untuk mem­bolehkan Malaysia setanding dengan Singapura di Asia Tenggara.
Tidak tahu di mana silap­nya, pemimpin yang datang selepas itu seolah-olah hilang momentum untuk meneruskan dasar-dasar yang proaktif bagi mencapai status tersebut.
Pada 2003, iaitu tahun pertama selepas era Dr. Mahathir, pertumbuhan ekonomi negara adalah 5.2 peratus yang dilihat sebagai tidak mencukupi untuk memacu negara mencapai status negara maju.
Ketika Jokowi memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak tersalah pilih pemimpin jika mahu melihat Indonesia menjadi negara maju pada tahun 2030-an, kita pun tertanya-tanya di mana silapnya yang menyebabkan kita gagal mencapai negara maju.
Adakah disebabkan rakyat pilih pemimpin atau pemimpin yang dipilih oleh rakyat itu gagal melihat aspirasi negara melebihi daripada aspirasi peribadi dan kroni?
Persoalannya, dalam situasi sekarang adakah Indonesia bakal mendahului kita untuk menjadi negara maju yang kedua di Asia Tenggara selepas Singapura?
Dalam keadaan negara kita sekarang yang dipenuhi dengan ketidakstabilan dan politik dendam, adakah kita masih ada ruang untuk kembali bangkit mencatatkan pertumbuhan ekonomi dua digit dan seterus mencapai status maju.
Ada yang berpendapat dengan bebanan hutang lebih RM1 trilion dan sebahagian besar pendapatan negara terpaksa digunakan untuk membayar faedah akan menyebabkan ekonomi Malaysia tumbuh pada kadar yang perlahan.
Pemimpin sudah tentu memainkan peranan utama dalam mengubah acuan sesebuah negara dan sudah tentu mereka yang yang berkaliber akan dapat menggerakkan negara ke landasan yang betul.
Seperti mana yang ditegaskan oleh Jokowi ketika memberi semangat kepada rakyatnya untuk membantu mencapai cita-cita menjadikan Indonesia negara maju dalam tempoh sekitar 13 tahun lagi, pilihlah pemimpin yang betul.
Perkara yang sama juga terguna pakai di Malaysia. Jangan salah pilih pemimpin jika mahu negara berada di landasan yang betul.
Aznan Bakar adalah Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/06/salah-pilih-pemimpin-punca-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Dihina Kerana Pemimpin Korup

Malaysia Dihina Kerana Pemimpin Korup

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 172 hits
Menurut sesawang tersebut 82 peratus kertas siasatan masih dalam tindakan manakala 18 peratus kes telah diselesaikan dalam tempoh sama Untuk rekod selain PDRM EAIC menyelia 20 jabatan lain antaranya Jabatan Imigresen Jabatan Alam Sekitar Ja...
King Megah Di Malaysia Tapi Tak Laku Di Indonesia Ini Punca Sebenarnya

King Megah Di Malaysia Tapi Tak Laku Di Indonesia Ini Punca Sebenarnya

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 155 hits
8216 King 8217 megah di Malaysia tapi tak laku di Indonesia ini punca sebenarnya Saya masih ingat apabila pihak Daihatsu Jepun sangat terkejut dengan sambutan Perodua Myvi ketika mula diperkenalkan pada 2005 Ia adalah kereta bersaiz penuh p...
Malaysia Terima Pelaburan Australia Rm3 Bilion

Malaysia Terima Pelaburan Australia Rm3 Bilion

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 186 hits
Malaysia dijangka akan menjadi pusat data utama di rantau Asia Tenggara apabila menerima pelaburan dari syarikat Australia NEXTDC yang menjadikan Kuala Lumpur atau KL1 sebagai pusat pengoperasian pentingnya Menteri Komunikasi dan Digital Ah...
Malaysia Indonesia Selesai Isu Berlarutan 18 Tahun

Malaysia Indonesia Selesai Isu Berlarutan 18 Tahun

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 238 hits
Hubungan akrab antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Joko Widodo serta pegawai pegawai kerajaan telah menyaksikan beberapa isu berlarutan sekian lama berjaya diselesaikan dalam rundingan Pada sidang media be...
Running Lab Brings Top Running Brands To Malaysia With Opening Of Third Store In Ioi City Mall Putrajaya

Running Lab Brings Top Running Brands To Malaysia With Opening Of Third Store In Ioi City Mall Putrajaya

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 224 hits
Running Lab continues to revolutionise running gear with third store for Malaysians seeking the best gear and accessories Running Lab a specialty running store and exclusive retailer of top running brands in Malaysia is proud to announce th...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator