Salah Pilih Kerajaan Tak Dapat Bantuan Keluarga Malaysia Campak Longkang



Ungkapan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar rakyat Sarawak memilih Kerajaan Negeri yang ‘tepat’ dengan kehendak Kerajaan Persekutuan agar memudahkan kelulusan peruntukan dibidas oleh KEADILAN Sarawak.
Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit berkata, ucapan itu tidak wajar dikeluarkan dari mulut seorang PM Malaysia yang mempunyai tanggungjawab ke atas semua rakyatnya.
Malah, kata Abun Sui, perkataan itu seolah-olah menyemai budaya politik samseng ‘orang kuat’ menekan sesiapa sahaja tanpa rasa bersalah.
“Ini bagi saya seolah olah PM menyemai budaya politik samseng. You tak sokong saya, saya tak bagi you. Macam itulah perangai samseng. Kalau tak ikut, dia tak bagi
“Ini seorang PM yang katanya (mentadbir) Keluarga Malaysia. Buat Keluarga Malaysia tetapi kenapa dia awal awal sudah menunjukkan mahu menganaktirikan pembangkang? Buang ke longkanglah Keluarga Malaysia itu.
“Jangan hanya dibibir sahaja Keluarga Malaysia. Pada masa sama, peruntukan, projek akan batal semua (kalau tak undi parti rakan). Dia tidak patut buat macam itu,” katanya kepada Suara Keadilan.
Ketua Cabang Hulu Rajang itu juga memberi peringatan kepada PM agar tidak menganggap rakyat Sarawak warga kelas kedua atau boleh dipermain mainkan.
Katanya, PM perlu menunjukkan jiwa besar dan belajar menerima keputusan pilihan raya atau kerajaan mana yang mahu dipilih oleh rakyat.
“Sebab itu kita adakan pilihan raya. Siapa pun yang dipilih oleh rakyat, pembangkang kah, kerajaan kah, sama dengan kerajaan pusat atau tidak, itu adalah sah dari segi undang undang. Kenapa tiba tiba kalau mereka yang tidak sealiran memerintah maka nak sekat? Ini politik tidak betul
“Tidak patut (perkataan itu) keluar dari mulut seorang PM,” katanya.
Justeru, Abun Sui menyeru Ismail Sabri mengikut contoh kerajaan Pakatan Harapan pada 2018 lalu yang terus memberikan peruntukan kepada Sarawak, biar pun ketika itu Gabungan Parti Sarawak adalah pembangkang di peringkat nasional.
“Sebenarnya dalam demokrasi siapa yang rakyat pilih merekalah yang mentadbir negara ini dan memberikan peruntukan tanpa mengira bangsa, agama, politik dan sebarang latar belakang
“Yang layak dapat terus dapat, bukan kerana parti. Ini dilaksanakan oleh PH dengan memberikan peruntukan kepada pembangkang pada masa itu. Walau secara terang terang pembangkang (GPS) itu adalah lawan kita.
“Parti pembangkang (Ahli Parlimen) pun diberi peruntukan, apa lagi rakyat yang mengundi pembangkang,” katanya.
Semalam, ketika melawat ke pekan Kapit, PM Ismail Sabri berkata, lebih banyak peruntukan akan diberikan kepada Sarawak jika rakyat memilih kerajaan yang betul pada pilihan raya kali ini.
“Dan saya lebih senang dan lebih mudah kerja saya, sebab Ketua Menteri Sarawak Abang Jo (Tan Sri Abang Johari Tun Openg) adalah sahabat saya. Sebab itu, kali ini saya harap jangan membuat keputusan yang silap, banyak lagi yang hendak lulus ini tidak dapat dilaksanakan kalau lain pemerintah negeri dengan pusat,” katanya semasa Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kapit Town Square di Kapit.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33613

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Laksana Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia Kawal Kenaikan Harga Barangan

Kerajaan Laksana Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia Kawal Kenaikan Harga Barangan

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 364 hits
Oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertanyakan sesuatu kepada peniaga sayur sayuran ketika mengadakan tinjauan harga barang di Myfarm Outlet Kasih Putrajaya GAMBAR Abd Razak Aid KERAJAAN akan melaksanakan Skim Harga Maksimu...
Gaji Bawah Rm2 500 Layak Terima Bantuan Keluarga Malaysia Rm350 Ini Cara Mohon

Gaji Bawah Rm2 500 Layak Terima Bantuan Keluarga Malaysia Rm350 Ini Cara Mohon

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 310 hits
Bantuan Keluarga Malaysia adalah bantuan tunai yang lebih tertumpu kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah Kami kongsikan kepada anda jumlah Bantuan BKM yang...
Kerajaan Cakna Keluhan Pengguna 5g Berkualiti Untuk Penggunaan Mampan Pakej Keluarga Malaysia

Kerajaan Cakna Keluhan Pengguna 5g Berkualiti Untuk Penggunaan Mampan Pakej Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 267 hits
Susulan laporan media baru baru ini mengenai kekeliruan pengguna dengan kepelbagaian Pakej Keluarga Malaysia pihak kerajaan telah bertindak pantas untuk lebih memperincikan pakej ini dan segera mendapatkan maklum balas dari pengguna Forum P...
Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia 2022

Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia 2022

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 453 hits
Di bawah dikongsikan informasi berkaitan permohonan BKM Bantuan Keluarga Malaysia Ia merangkumi tarikh tarikh penting cara memohon dan maklumat lanjut The post appeared first on
Tarikh Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia Rm2 000 Keluarga B40 Gaji Bawah Rm2 500 Layak Mohon

Tarikh Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia Rm2 000 Keluarga B40 Gaji Bawah Rm2 500 Layak Mohon

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 413 hits
Berita baik untuk keluarga yang mempunyai Isi Rumah RM2 500 dan ke bawah kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia dengan nilai bantuan sebanyak RM2 000 untuk setiap isi rumah di Malaysia Nilai bantuan ini lebih banyak berband...
Ilham Centre O2 Research Beri Rating 8 10 Pada Kerajaan Keluarga Malaysia

Ilham Centre O2 Research Beri Rating 8 10 Pada Kerajaan Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 287 hits
ASPIRASI Keluarga Malaysia 100 Hari merupakan medan yang sesuai untuk menilai prestasi jemaah menteri di bawah pentadbiran Perdana Menteri kesembilan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Apabila Naib Presiden UMNO itu dipilih menggantikan Tan Sri...
Mohon Bantuan Keluarga Malaysia Rm2 000 Untuk Isi Rumah Keluarga B40 Semak Syarat Kelayakan

Mohon Bantuan Keluarga Malaysia Rm2 000 Untuk Isi Rumah Keluarga B40 Semak Syarat Kelayakan

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 509 hits
Berita baik untuk keluarga yang mempunyai Isi Rumah RM2 500 dan ke bawah kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia dengan nilai bantuan sebanyak RM2 000 untuk setiap isi rumah di Malaysia Nilai bantuan ini lebih banyak berband...
Meneliti Prestasi Kerajaan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia

Meneliti Prestasi Kerajaan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 268 hits
Meneliti prestasi kerajaan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia SEBAIK sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri Kesembilan penghujung Ogos lalu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menunggu lama memperkenal penggunaan frasa Keluarga Malaysia ...
People Can Study Govt S Achievements In 100 Day Keluarga Malaysia Do Pm

People Can Study Govt S Achievements In 100 Day Keluarga Malaysia Do Pm

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 204 hits
The rakyat can study the government s achievements through the 100 Day Aspirasi Keluarga Malaysia or AKM Programme which is being held for four days since last Thursday Prime Minister Ismail Sabri Yaakob said the people should take the oppo...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord