Salah Guna Kuasa Guru Besar Dipenjara 3 Bulan Denda Rm20 000


Siti Fatimah Lantik syarikat milik isteri bagi urusan bayaran pesanan sekolah KUANTAN – Mahkamah Sesyen di sini hari ini, menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM20,000 ke atas seorang guru besar selepas tertuduh mengaku bersalah atas dua pertuduhan melantik syarikat milik isterinya dalam urusan berkaitan sukan perahu layar, kira-kira lapan tahun lepas. 
Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain turut memerintahkan tertuduh Khairul Azizi Ab Aziz, 55, dihukum penjara tambahan selama 12 bulan, jika tertuduh yang beralamat di Pulau Tioman, Rompin gagal menjelaskan denda tersebut. 
Khairul Azizi didakwa melakukan kesalahan itu semasa berkhidmat sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Cherating di sini, dengan mencadangkan syarikat milik isterinya, Sueazizi Enterprise kepada guru besar sekolah tersebut bagi urusan bayaran pesanan sekolah. 
Ia melibatkan bayaran berkaitan peruntukan perahu layar bagi latihan Majlis Sukan Sekolah Pahang (MSSP) bernilai RM1,200 pada 19 Mac 2014 dan bayaran RM700 bagi program perahu layar anjuran Kementerian Pendidikan pada 15 Dis 2014. 
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. 
Pada prosiding itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memaklumkan bahawa dirinya telah berkhidmat dalam bidang pendidikan selama 31 tahun dan dilantik sebagai guru besar pada tahun 2016. 
“Kesalahan dilakukan semasa saya guru penolong kanan dan semasa itu, tidak pernah mengikuti apa-apa kursus formal berkaitan pengurusan kewangan kerajaan. Sebagai jurulatih MSSP, saya cuba memaksimumkan nilai ringgit yang diperuntukkan bagi memastikan sukan perahu layar berada di landasan yang betul. 
“Murid yang terlibat datang dari pelbagai daerah seperti Rompin, Jerantut, Bentong dan Kuantan. Saya mengorbankan masa dan wang ringgit membantu mereka kerana ada yang datang daripada keluarga susah sedangkan sukan perahu layar agak mahal. 
“Sepanjang saya menguruskan sukan ini sejak tahun 2010 hingga sekarang, sukan pelayaran telah melahirkan ramai atlet termasuk ke peringkat Olimpik di Jepun tahun lepas,” katanya yang kelihatan tenang sepanjang prosiding berlangsung. 
Khairul Azizi juga memaklumkan tidak pernah mengulangi kesilapan itu dan mengikuti setiap tatacara pengurusan kewangan kerajaan setelah dia mengikuti kursus berkaitan hal tersebut selepas bergelar guru besar. 
Selain itu, dia juga memohon ihsan mahkamah menjatuhkan hukuman rendah kerana dirinya menanggung beban hutang dalam menyara isteri yang kini tidak bekerja dan dua anak yang masih belajar di institusi pengajian tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Siti Sarah Zainal Abiddin. – Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/salah-guna-kuasa-guru-besar-dipenjara-3.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menakutkan Denda Rm 10 000 Jika Guna Paku Atau Dawai Kokot Bungkus Makanan

Menakutkan Denda Rm 10 000 Jika Guna Paku Atau Dawai Kokot Bungkus Makanan

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 245 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia memandang serius sekiranya ada peniaga makanan menggunakan paku atau dawai kokot sebagai alat pembungkusan makanan yang di jual Pesalah boleh dikenakan denda RM 10 000 Di bawah Peraturan 37 Peraturan Peraturan...
Guna Paku Atau Dawai Kokot Bungkus Makanan Anda Mungkin Dipenjara 2 Tahun Atau Didenda Rm10 000

Guna Paku Atau Dawai Kokot Bungkus Makanan Anda Mungkin Dipenjara 2 Tahun Atau Didenda Rm10 000

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 257 hits
Kementerian Kesihatan menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah tampil mengingatkan peniaga supaya tidak sesekali menggunakan bahan berbahaya seperti paku atau seumpanya bagi urusan pembungkusan makanan
Jihan Musa Didakwa Salah Guna Kuasa

Jihan Musa Didakwa Salah Guna Kuasa

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 181 hits
Jihan Musa didakwa salah guna kuasa Seorang ketua cawangan Agensi Pengangkutan Awam Darat Pahang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan di sini hari ini atas tuduhan menyalahguna kuasa bagi kepentingan diri Bagaimanapun tertuduh Nor Jihan Musa ...
Remaja Cuba Curi Tabung Masjid Dipenjara 10 Hari Denda Rm4 000

Remaja Cuba Curi Tabung Masjid Dipenjara 10 Hari Denda Rm4 000

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 267 hits
KUALA LUMPUR 13 Jan Seorang remaja yang videonya tular dalam media sosial kerana dimandikan seperti jenazah akibat cuba mencuri tabung masjid hari ini dipenjara 10 hari dan didenda RM4 000 oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini Majistret ...
Baru Guna 6 Bulan Perlu Rm60 000 Intuk Kos Naik Pulih Kereta Honda Selepas Banjir

Baru Guna 6 Bulan Perlu Rm60 000 Intuk Kos Naik Pulih Kereta Honda Selepas Banjir

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 293 hits
Tragedi banjir yang melanda sebahagian negeri di Malaysia pada akhir bulan Disember lalu ternyata telah mendatangkan pelbagai kerugian dan memusnahkan banyak harta benda lebih lebih lagi kenderaan yang tidak sempat dinaiki di kawasan yang s...
Guru Madrasah Pelajarnya Di Denda Rm1 500 Dakwaan Ceroboh Hutan Simpan Kekal

Guru Madrasah Pelajarnya Di Denda Rm1 500 Dakwaan Ceroboh Hutan Simpan Kekal

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 253 hits
SUNGAI PETANI Guru di sebuah madrasah bersama seorang pelajarnya didenda masing masing RM1 500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan menceroboh Hutan Simpan Kekal Rimba Teloi Sik tahun lalu Mahkamah turut memerintahkan tertud...
Uns Kukuhkan Guru Besar Termuda Usia Masih 37 Tahun

Uns Kukuhkan Guru Besar Termuda Usia Masih 37 Tahun

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 245 hits
Universitas Sebelas Maret Surakarta mengukuhkan guru besar termuda Guru besar ke 19 Fakultas Ekonomi dan Bisnis dan ke 245 UNS adalah Prof Irwan Trinugroho M Sc Ph D yang merupakan Guru Besar Bidang Ilmu Manajemen Keuangan
315 Istri Di Aceh Besar Gugat Cerai Suami Game Online Salah Satu Sebabnya

315 Istri Di Aceh Besar Gugat Cerai Suami Game Online Salah Satu Sebabnya

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 178 hits
Mahkamah Syar iyah Jantho menyebut perkara perceraian istri gugat suami di Kabupaten Aceh Besar sepanjang 2021 mencapai 315 perkara Dari jumlah tersebut sebanyak 308 perkara diakibatkan perselisihan terus menerus dalam rumah tangga hingga m...
Ketika Guru Besar Akabri Disangka Jongos

Ketika Guru Besar Akabri Disangka Jongos

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 230 hits
Karena kesederhanaan penampilannya Brigadir Jenderal Sahirdjan diperlakukan sebagai jongos oleh seorang taruna baru
Myguardian Rewards Fiesta Untuk Anda Yang Setia Jom Raikannya

Kenji Fukaya Penerima 2025 Shaw Prize Dalam Sains Matematik

Breakfast Di Ruang Makan Kitchen Double Tree By Hilton Hotel

Why Is A Non Muslim Dap Rep Be Allowed To Poke His Nose In The Running Of Islamic Affairs

Isu Hibah Takaful Rm1 Juta Dicabar Kenapa Isteri Hanya Dapat 1 8 Berapa Jumlah

Baju Raya Haji 2025

Mb Selangor Amirudin Goyang Mungkin Mangsa Seterusnya Yang Bakal Kena Kerat

Kurma Muda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kelantan 2 Pemandu Jentolak Maut Jatuh Cerun Gaung

Tengku Zafrul Keluar Umno Zahid Tuntut Kuota Menteri Dikembalikan Umno Layak Mohon Satu Kerusi

Bukan Wakil Rakyat Tengku Zafrul Tak Perlu Bayar Pampasan Rm100 Juta Tok Mat

Anwar Warns Against New Geopolitical Orthodoxy Reaffirms Asean Centrality

Has Malaysia Ever Seen Ministers Resign When They Lose Support

Online Debate Sparks Questions Over Anwar S True Persona Amid Ph Rule