Sakit Tapak Kaki Punca Kaedah Rawatan Dan Senaman


Kaki merupakan salah satu anggota badan yang sangat penting untuk aktiviti fizikal seperti berjalan, berlari dan melompat.
Disebabkan kita menggunakannya setiap hari, ada kalanya sakit tapak kaki boleh terjadi.
Sebenarnya terdapat beberapa masalah tapak kaki sakit yang boleh berlaku. Maklumlah, kaki kita yang terdiri daripada 36 tulang ini merupakan salah satu bahagian tubuh yang paling kompleks.
Ingin tahu masalah sakit tapak kaki apakah yang anda alami? Ayuh ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.
Punca Sakit Tapak Kaki 1. Plantar Fasciitis Plantar fasciitis boleh mengakibatkan rasa sakit di bahagian bawah tumit atau pada bahagian tengah tapak kaki.
Rasa sakit ini juga mungkin berbeza mengikut individu dan boleh menjadi lebih teruk dari semasa ke semasa.
Rasa sakitnya juga berbeza daripada ringan hingga sakit menyucuk.
Ia berlaku disebabkan oleh keradangan pada bahagian ligamen halus yang menghubungkan tumit dengan jari-jari kaki di tapak kaki.
Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan ketegangan plantar fascia antaranya kerap berdiri, berat badan berlebihan atau masalah kaki yang lain.
Bagi mengatasi masalah ini di rumah, anda boleh menggunakan tuam ais, mengambil ubat tahan sakit atau buat regangan setiap hari.
Doktor juga mungkin boleh mencadangkan beberapa kaedah perubatan seperti suntikan kortikosteroid, terapi fizikal, ortotik atau pembedahan bagi meredakan kesakitan.
2. Kematu (Corn) Penggunaan kasut yang tak bersesuaian, hammer toe atau bunion boleh menjadi penyebab kematu.
Jika dibiarkan ia boleh menjadi semakin teruk. Ia boleh muncul di jari kaki atau tapak kaki.
Penggunaan plaster kematu boleh mengurangkan tekanan dan membantu untuk cepat sembuh.
Sekiranya perlu, doktor mungkin akan mengesyorkan pembedahan untuk membuangnya.
3. Sakit Tumit Sakit tumit boleh terjadi akibat lebihan tulang yang tumbuh secara tidak normal di bahagian bawah tumit.
Lebihan tulang  tersebut akan menyebabkan tapak kaki terasa sakit ketika berjalan atau berdiri.
Antara punca sakit tumit kaki adalah penggunaan kasut tumit tinggi, banyak berjalan dan sindrom terowong tarsal.
Untuk mengatasi masalah sakit tumit, anda boleh gunakan kasut yang lebih selesa, turunkan berat badan dan lakukan regangan di rumah.
4. Lepuh Lepuh iaitu gelembung dipenuhi cecair yang muncul di kaki juga boleh menjadi punca sakit tapak kaki.
Ia merupakan masalah umum terutamanya bagi pejalan kaki atau pelari yang sering memakai kasut tidak sesuai atau mempunyai kaki yang berpeluh.
Pada kebanyakan masa, lepuh boleh dirawat dari rumah dengan mengeringkannya, sapukan krim antibiotik pada kawasan bermasalah dan menutupnya dengan pembalut.
5. Kaki Atlet (Kaki Makan Air) Kaki atlet atau nama asalnya Tinea Pedis adalah satu jangkitan kulat berjangkit yang mempengaruhi kulit pada bahagian kaki.
Antara punca utama berlakunya athlete’s foot ini adalah keadaan kaki yang panas dan sentiasa tertutup dan berada dalam persekitaran lembap. Ini merupakan keadaan yang cukup optimum untuk perkembangan kulat.
Tidak hanya terhad pada kawasan kaki, malah ia boleh merebak ke kuku kaki dan tangan. Ia juga boleh berjangkit melalui sentuhan dengan kulit atau memakai pakain tercemar.
Untuk mengatasi masalah ini, pesakit perlu sentiasa menjaga kebersihan kaki dan memastikannya kekal bersih dan kering.
Selain itu, pesakit juga boleh gunakan ubat sapuan anti kulat dalam bentuk losen atau semburan.
6. Stone Bruise Sone bruise atau metatarsalgia ini merupakan sakit tapak kaki yang boleh muncul akibat senaman berimpak tinggi atau pemakaian kasut yang tak sesuai.
Antara simptom yang boleh dialami pesakit adalah rasa kebas kaki dan sakit yang menyucuk seakan sedang memijak batu.
Antara kaedah rawatan yang boleh dilakukan adalah banyakkan berehat, gunakan tuam ais dan gunakan kasut yang sesuai.
Sekiranya keadaan masih berlarutan, anda perlu dapatkan rawatan daripada doktor kerana ia boleh jadi semakin teruk dari semasa ke semasa.
7. Ketuat Plantar Ketuat plantar (verruca) pula sering mula muncul di tapak kaki dan boleh tertumpu di kawasan yang menampung berat badan seperti tumit.
Ia boleh menjadi punca sakit tapak kaki kerana tekanan daripada aktiviti berjalan dan berdiri.
Ketuat yang muncul akibat virus HPV ini cenderung untuk tumbuh dalam persekitaran yang hangat dan lembap.
Untuk mengelakkan risiko daripada dijangkiti, anda disyorkan untuk gunakan kasut yang lebih terbuka seperti sandal terutamanya apabila anda pergi ke tempat yang basah seperti bilik persalinan dan kolam renang.
Senaman Untuk Kurangkan Sakit Tapak Kaki Memetik portal My Health, individu dengan masalah sakit tapak kaki boleh praktikkan beberapa senaman seperti berikut.
Senaman yang dicadangkan ini dapat membantu meringankan kesakitan dan mencegah kecederaan pada masa akan datang.
Regangan Otot Betis
Mulakan dengan posisi duduk dengan melunjurkan kaki. Seterusnya ambil, theraband, tuala atau tali pinggang dan lilit di bawah tapak kaki. Dengan perlahan, tarik jari kaki dan tapak kaki ke arah anda sehingga anda berasa regangan di belakang betis serta tapak kaki. Tahan regangan selama dalam masa tidak kurang daripada 30 saat. Seterusnya, ulangi langkah ini sebanyak 5 hingga 10 kali dengan regangan yang sederhana dan tanpa rasa sakit. Regangan Tapak Kaki
Duduk di atas kerusi dan silangki kaki atas lutut anda yang lain. Seterusnya, bengkokkan pangkal jari dan tarik ia ke arah badan sehingga anda rasa regangan yang selesa. Tahan posisi ini tidak kurang daripada 30 saat. Kemudian, ulangi langkah ini sebanyak 5 hingga 10 kali dengan regangan yang sederhana dan tanpa rasa sakit. Senaman Menguatkan Otot Betis
Duduk sambil lunjurkan kaki secara lurus Gunakan theraband dan lilit di hujung tapak kai. Dengan perlahan-lahan, gerakkan kaki serta tapak kaki ke bawah dengan rintangan pada theraband dan ketatkan otot betis anda. Tahan selama 10 saat. Ulangi latihan ini sebanyak 10 hingga 20 kali asalkan senaman ini tidak mengakibatkan kesakitan. Nota : Otot anda mungkin akan berasa sakit dalam tempoh 2 minggu. Namun, ia akan pulih dalam tempoh lebih kurang 4 hingga 6 minggu.
Pada kebanyakan masa, sakit tapak kaki ini boleh diatasi dengan rawatan dari rumah.
Namun, jika ia masih berlarutan dan sakit tidak berkurang, segeralah berjumpa doktor untuk dapatkan nasihat serta rawatan lanjut.
Sumber : Hello Doktor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/sakit-tapak-kaki/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sakit-tapak-kaki

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sakit Tumit Kaki Punca Dan Cara Atasinya

Sakit Tumit Kaki Punca Dan Cara Atasinya

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 216 hits
Pernahkah anda rasa sakit tumit kaki ketika berjalan Pastinya rasa sakit ini membuat anda risau untuk banyak berjalan Ia juga boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia tua atau muda Tumit sebenarnya adalah tulang terbesar dan pal...
Kencing Tak Lawas Punca Jenis Dan Kaedah Rawatan

Kencing Tak Lawas Punca Jenis Dan Kaedah Rawatan

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 170 hits
Masalah kencing tak lawas atau urinary incontinence merupakan suatu masalah yang membuatkan ramai rasa tidak selesa Meskipun ia sering dikaitkan dengan penuaan kencing tidak lawas sebenarnya boleh berlaku kepada semua jantina daripada pelba...
Mati Pucuk Simptom Punca Rawatan Yang Sesuai

Mati Pucuk Simptom Punca Rawatan Yang Sesuai

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 283 hits
Dianggarkan sekitar 3 5 juta lelaki di Malaysia khususnya lelaki muda dibawah usia 30 tahun mengalami masalah mati pucuk Angka yang dibicarakan ini bukanlah satu angka yang sedikit Malah dapatan laporan yang diperoleh mengenai permasalahan ...
2 Ahli Sakit Kini Ahli Buka Cerita Punca Ketiadaan Ji Sukjin Dalam Running Man

2 Ahli Sakit Kini Ahli Buka Cerita Punca Ketiadaan Ji Sukjin Dalam Running Man

papar berkaitan - pada 25/12/2023 - jumlah : 285 hits
Semakin lama sepertinya semakin berkurang ahli Running Man ARTIKEL BERKAITAN Terbaru ahli yang tinggal iaitu Yoo Jae suk Haha Kim Jong kook Song Ji hyo dan Yang Se chan telah menjalani misi istimewa untuk Krismas bersama tetamu TXT dan Kim ...
Kurap Gejala Kaedah Rawatan Dan Tips Kawalan Jangkitan

Kurap Gejala Kaedah Rawatan Dan Tips Kawalan Jangkitan

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 135 hits
Kurap atau tinea corporis merupakan sejenis penyakit kulit yang berlaku disebabkan jangkitan sejenis kulat yang dikenali sebagai dermatophyte Selain menjangkiti kulit kulat ini juga boleh menjangkiti rambut serta kuku Jangkitan kurap boleh ...
T24a03 Punca Tayar Bengkak

T24a03 Punca Tayar Bengkak

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 230 hits
Kandungan Punca Tayar BengkakTerdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan tayar bengkak mengelembung atau benjol Antara punca punca tersebut ialah Penggunaan tayar melebihi tempoh yang ditetapkanTayar yang sudah usang boleh mengalami keha...
Video Akhirnya Anak Tukang Ikan Yang Viral Kini Lulus Masuk Polri Bikin Haru Komandan Cium Kaki Sang Ayahanda

Video Akhirnya Anak Tukang Ikan Yang Viral Kini Lulus Masuk Polri Bikin Haru Komandan Cium Kaki Sang Ayahanda

papar berkaitan - pada 25/12/2023 - jumlah : 214 hits
Akhirnya Anak Tukang Ikan yang Viral Kini Lulus Masuk Polri Bikin Haru Komandan Cium kaki Sang Ayahanda
Punca Buasir Dan Cara Untuk Tanganinya

Punca Buasir Dan Cara Untuk Tanganinya

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 279 hits
Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur Ia boleh memberi masalah apabila ia menjadi bengkak atau keradangan Apakah punca buasir dan cara untuk tanganinya Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan le...
Kerjasama Malaysia Jepun Bangunkan Semula Gaza Dapat Pujian Rakyat

Headed To New Orleans For The Super Bowl Or Mardi Gras Here S The Safety Info You Need

Turn Your Startup Dream To Reality

Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Makan Malam Chicken Chop Viral Klang

Bahaya Vitamin Dan Suplemen Tanpa Nasihat Pakar

Cara Menghidupkan Kembali Percikan Cinta Dalam Hubungan

Bagaimana Orang Berjaya Menguruskan Masa Mereka Dengan Bijak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice


Bendang

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta

Utamakan Isu Negara Sebelum Bangunkan Semula Gaza Rafidah

Resepi Ikan Siakap Hong Shau Kredit Soyabelacan

Minta Semua Sedekahkan Al Fatihah Abang Tajul Meninggal Dunia

Tiga Cedera Selepas Kenderaan Melanggar Sekumpulan Lelaki