Sakit Dada Dan Mudah Penat


     Melihatkan gambar makanan yang lalu lalang di wall socmedia ni, semua buatkan Kak Ina terliur. Adeh, kalah budak-budak perangai Kak Ina ni kan? hari tu, ada seorang kawan post di FB stories pun terliur. Terus tanyakan minta dia post, dan Kak Ina sanggup bayar tau. 
 
 


 


    Khamis baru-baru ini, Kak Ina ada satu simptom. Sakit dada kiri. Jadinya, terus ke Klinik pagi itu juga. Akibat kesakitan, setelah solat subuh terus Kak Ina tertidur. Fuh! hilang terus rezeki seharian. Ya lah, selepas subuh kan kita tidak digalakkan tidur. Tapi hari tu, Kak Ina tidur. Kebiasaannya, tidak tidur pun. Sedihnya rasa. Dah lah selepas tidur tu pula badan jadi semakin lemah. Sebab tidur waktu dhuha kan..
 
    Berbalik kepada sakit dada tu, sebenarnya sakit dada tu berlaku hampir sebulan. Cuma ON OFF jer. Ianya bermula selepas memakan sup kateh. Suami belikan di satu kedai. Entahlah, benda nak berlaku kan? malam tu juga Kak Ina tak boleh tidur. Sakit sangat, seolah macam nak kena cabut nyawa jer masa tu. Kemudian, selepas beberapa hari. Suami bungkus sup perut pula, selepas beberapa jam pula sakit tu menyerang  kembali. Kak Ina syak, kolesterol masa tu. 
 
    Keesokan harinya, nampak orang jual makanan vietnam ( Miangla ) pun beli untuk juadah berbuka hari tu. Macam biasa, sakit tu tak tunjuk terus. Tengah malam tu, sakit dada pula. Menyesal sekejap dengan makanan tu. Seller tu berapa kali send whatsapp suruh Kak Ina repeat beli lagi. ehehehe.. 
     
    Dan, apa yang Kak Ina perasan kan. Dari kes by kes, semua penjual makanan diatas menggunakan sos ikan. Ia mempunyai sedikit bauan yang agak busuk. Tetapi apabila di masak, akan menghasilkan satu bauan yang sedap sebagai tarikan untuk di makan. Selepas tahu punca, Kak Ina dah tak makan lagi makanan yang boleh jadi punca kepada kesakitan. 
 
    Ke Klinik  
Sampai di klinik, doktor tanya sakit apa. Setelah Kak Ina ceritakan sakit dada, mata asyik nak tidur ( mengantuk bukan disebabkan kopi ), mudah penat. 
 
    ''Tengok daripada simptom ni, saya cadangkan awak buat swab test. Lagi pun, di Kuantan kes semakin kritikal." Seorang doktor perempuan bersaiz kecil molek orangnya, bersuara lembut tapi berwajah garang.
 
    "Ala, kena juga ker? Saya ni kat rumah jer. Tak bekerja pun." Jawab saya , dalam suara yang tersekat-sekat. 


    "Mesti buat. Saya berikan harga RM 95 untuk swab test, lepastu awak kena buat X-ray juga, memandangkan saya tekan dada awak ni sakit. Tapi saya nak tanya awak dulu. Mengandung? Ibu mengandung tak boleh buat X-ray yer." Doktor tadi cuba memujuk Kak Ina lagi.


    "Swab test tu sakit tak?" Kak Ina dari rasa tak nak kencing, tiba-tiba rasa nak masuk tandas. 


    "Tak sakit pun. Cuma akan rasa tidak selesa sedikit." kata doktor.


        "Boleh lah. Saya buat." Akhirnya berjaya di pujuk Kak Ina ni.
 
 
    Sementara di kerusi menunggu, luar bilik doktor.



    "Abang, lambat sikit checkup ni. Saya kena buat swab test juga. Dan X-tray termasuklah ujian air kencing, UPT test." Jelas Kak Ina kepada suami.


    "hah, apa? kena swab test juga?" kata suami sambil membuntangkan matanya kearah Kak Ina. 


    "Ya, betul bang. Pasal duit, jangan risau. Ayang ada duit. Lagipun result swab test selepas 5 minit terus dapat." Kak Ina menjelaskan kepada suami, dan sedikit kelegaan di wajah suami. Ya lah, PKP ni suami dah tak bekerja lagi. Gaji pun banyak kena potong.


    15 minit kemudian, Kak Ina terus ke bahagian yang memproses swab test. Mujurlah, ada 3 orang sahaja. Jadi tak perlu tunggu lama. Ikutkan suami, dia nak Kak Ina lakukan swab test di Klinik kesihatan sahaja. Tapi, oleh sebab nak tahu keputusan segera. Dan alang-alang dah ke klinik, terus lakukan ujian di sini. 
 
    "Ada resdung? hidung mana nak test ni?" soal petugas klinik.
 
    "resdung saya ni kak. Cuba hidung kanan lah ye." Muka Kak Ina berubah, setelah di soal petugas klinik tersebut.
 
    "Takpe, awak buat relaks jer. Tak sakit pun. Awak jangan gerakkan kepala, sewaktu saya masukkan alat ni ke hidung ya."  Terangnya lagi.


    "Baiklah."


    "bismillahirrahmanirrahim, saya masukkan yer. Relaks jer."
 
    Sewaktu hidung Kak Ina dimasukkan alat swab test tu, tak sakit. Apabila di tolakkan ke dalam hidung lagi, terasa perit hidungnya ( seolah baru makan sushi bersama wasabi ). Dan alat tu di tolak lagi serta di pulas, untuk mengambil cecair dalam rongga hidung. Terus tumpah air mata Kak Ina sebelah kanan. Berjaya! alhamdulillah. 
 
    "Kenapa awak buat swab test?" Soal petugas klinik tadi.
 
    "Sakit dada dan cepat letih. Asyik nak tidur." Jelas saya. 
 
    "Ohh, takpe. Keputusan nanti akan keluar selepas 5 minit. Jika betul awak positif, kejap jer tunjuk hasil." Petugas tadi menjawab dengan muka manisnya. 
 
    Nama Kak Ina di panggil untuk masuk ke bilik doktor.
 
    "Tahniah! awak mengandung yer. Tapi X-tray tu kita tak boleh buat."  Tangannya menunjukkan upt yang terpapar double line kearahku. Ya, double line yang jelas. Bukan kabur!

 
    "Oh, yeke?"  Seperti sudah kujangkakan jawapannya. Sedikit pun, tidak  membuatkan ku gembira. 
 
    "Jadi doktor? sakit dada , mudah penat dan mengantuk tu memang simptom mengandung yer?" soal aku.
 
    "erm, yang tu. Kita kena tunggu keputusan swab test pula. Keputusan belum siap lagi."  jelas terpampang di wajah doktor tadi sedikit kerisauan apabila aku bertanyakan soalan begitu.
 
    "Baiklah, kalau takde apa-apa, saya keluar."  Aku mengangkat punggung, sambil mengalas beg sandang yang dibawa.

 
Sebaik Kak Ina keluar daripada bilik doktor..
 
    "Keputusan, macam mana?" Belum sempat ku melabuhkan punggung di kerusi menunggu,suami bertanyakan hal ini.


    "Positif abang! Ujarku.

 
    "Habis lah, nanti dengan anak-anak kena swab test."


    "eh, dah kenapa ni abang? kenapa pula mereka nak kena swab test juga?" berkerut dahiku menyoal suami.


    "Tu positif!" suami dah mulai panik.


    "Bukan! Positif nak dapat anak nombor 5 pula kita." Usik Kak Ina kepada suami. 


    "tiiiit,tit,tiit." Bunyi papan kekunci smartphone di tekan, suami menghubungi seseorang.


    "mak, Ina positif! Mengandung lagi. Nada perbualannya bersama maknya, seperti baru sahaja dapat kehamilan pertama isterinya. 


 Kos tersebut, adalah RM 129. Termasuk UPT test, swab test, dan consultation doktor. Di Kaunter, suami yang membayar kos di klinik. Alhamdulillah, selamat duit Kak Ina. Haha..

 
     

 Bersambung...

     

 
 

 
   



    

 



 
     



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ehbelogaku.com/2021/07/sakit-dada-dan-mudah-penat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Susah Pun Ikuti Langkah Mudah Ini Untuk Permohonan Pengeluaran I Citra Kwsp Pemulih

Tak Susah Pun Ikuti Langkah Mudah Ini Untuk Permohonan Pengeluaran I Citra Kwsp Pemulih

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 224 hits
Kerajaan telah mengumumkan berita baik buat semua pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berkenaan pengeluaran I Citra sebagai penggantian I Sinar dan I Lestari yang terdahulu
Resipi Sup Telur Cantik Tak Pecah Menu Tinggi Khasiat Mudah Sedia Untuk Anak

Resipi Sup Telur Cantik Tak Pecah Menu Tinggi Khasiat Mudah Sedia Untuk Anak

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 429 hits
Menu ringkas dan jimat antara resipi yang begitu disyorkan untuk kita di musim PKP ini Menu berasaskan telur ini bukan hanya ringkas bahkan menjimatkan dan paling penting sihat untuk anak anak kita Pun begitu setiap kali memasak sup telur s...
Cara Mudah Buit Duit Dalam Usd Dari Rumah Tanpa Modal

Cara Mudah Buit Duit Dalam Usd Dari Rumah Tanpa Modal

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 382 hits
Assalamualaikum Selamat Malam Cara Mudah Buit Duit Dalam USD Dari Rumah Tanpa Modal Alhamdulillah di atas peluang dan ruang yang ada untuk Fiza kongsikan sesuatu yang bermanfaat terutamanya buat mereka yang baru berjinak jinak dengan dunia ...
Kompeten Maksud Mudah

Kompeten Maksud Mudah

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 358 hits
Kompeten Bahasa MudahRamai yang tanya Kompeten ini apa Maksudnya terampil Pakai baju masuk dalam Buatang pasang dikira terampilMasak Maggi siap 2 minit dikira terampilBaca buku boleh bagitahu apa di baca terampilMasak mee hon goreng Singapo...
Buang Gambar Background Guna Removebg Mudah Sangat

Buang Gambar Background Guna Removebg Mudah Sangat

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 409 hits
Buang gambar background guna Removebg Mudah sangat Hai korang entri kali ni busyra nak share satu website yang memudahkan kerja korang buang gambar background Boleh jimat masa untuk edit gambar dalam adobe photoshop atau illustration Busyra...
Laluan Anwar Pm Jadi Mudah

Laluan Anwar Pm Jadi Mudah

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 270 hits
Dengan syarat tolak DAP tolak dari diperalatkan dengan tipu muslihat DAP yang menyokong nya TerkiniDan dulu DAP punca PAS tarik balik sokongan kepada Anwar dan keluar Pakatan Rakyat Anwar Tak AKAN jadi Melayu kalau MASIH BERGANTUNG kepada D...
Cara Membuat Cornflake Madu Yang Senang Dan Mudah Ikut Resepi Cik Nom

Cara Membuat Cornflake Madu Yang Senang Dan Mudah Ikut Resepi Cik Nom

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 487 hits
Cornflake Madu ikut resepi Cik Nom ni memang paling mudah dan simple penyediaannya Bahan bahan pun senang untuk didapati Bahan bahan cornflake madu butter gula Cara penyediaan Masak butter madu dan gula dahulu dan selepas agak sebati tuangk...
Cara Goreng Ikan Yang Mudah Dan Hilang Bau Hanyir

Cara Goreng Ikan Yang Mudah Dan Hilang Bau Hanyir

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 348 hits
Penafian Gambar artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut Jika timbul masalah mengenai perkara ini anda boleh menghubun...
Tutorial Mudah Untuk Buang Broken Link

Tutorial Mudah Untuk Buang Broken Link

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 210 hits
Salam to all readers Tutorial Mudah Untuk Buang Broken Link Ikutkan benda ini rata rata blogger yang masih aktif berblog pasti lebih mengetahui Dan aku pula baru ada masa lebih PKP ini jadi bolehlah add on apa yang patut dalam blog Mana man...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Risks To Avoid Buy Sell Domains

Dua Hari Guna Hotspot

Us Tarik Diri Daripada Who Malaysia Perlu Menimbang Langkah Serupa Kenyataan Media Ppim 24 01 2025

Filem Bukan Hantu Biashe Biashe

Kkm Larang Jualan Produk Yang Dikesan Mengandungi Racun

Lirik Lagu Rayuan Nurani Saffone