Sakit Bisul Tanda Tanda Gejala Dan Cara Rawatan Bisul


SAKIT BISUL | TANDA-TANDA GEJALA DAN CARA RAWATAN BISUL . Assalamualaikum. Hari ni Cik Rose nak berkongsi tentang bisul. Ada yang pernah kena bisul? Sakitnya, aduhai tak tertahan. Kecil-kecil cili padi.
Jangan ambil remeh mengenai bisul. Bimbang melarat sakitnya tu. Bisul juga memakan masa berminggu untuk sembuh. Nanh berkumpul di tempat bisul, tu yang jadi sakit. Nak tunggu bisul pecah, aduhai menanggung sakit dahulu. Ada pula bisul yang tak ada mata, tu yang perlu buat rawatan di klinik. 
Tempat bisul terjadi pun memainkan peranan. Kalau terjadi di bahagian pangkal peha dan punggung, tu yang tak tertanggung rasanya. Bisul boleh tumbuh di mana-mana bahagian tubuh tetapi kerap muncul di muka, leher, ketiak, punggung atau paha.Kawasan berkenaan mempunyai rambut, kerap berpeluh dan mudah bergesel.Penyakit ini mungkin remeh bagi sesetengah individu dan sering diabaikan kerana diyakini tidak memberi kesan serius sedangkan tanpa mereka sedari, gangguan ini boleh mengancam nyawa.
Bisul seperti ketulan menyakitkan berwarna merah jambu atau merah dengan saiz lebih kurang setengah inci diameter. Kulit di sekelilingnya akan kelihatan merah dan bengkak, terasa panas, boleh menyebabkan demam dan lenguh di bahagian tertentu seperti ketiak.Bisul kecil selalunya pulih tanpa meninggalkan parut tetapi bisul besar mungkin akan meninggalkan tanda di kulit.
Jangkitan perlu dirawat dengan antibiotik atau pembedahan kecil bagi mengelak melarat. Jangkitan perlu dirawat dengan antibiotik atau pembedahan kecil bagi mengelak melarat.


Kenapa Cik Rose nak ceritakan mengenai sakit bisul ni? 


Dalam entry sebelum ni, Cik Rose ada cerita yang Cik Rose diuji dengan masalah kesihatan. Inilah dia sakitnya. Sehingga Cik Rose diberikan cuti sakit dan terpaksa sambung cuti rehat lagi. 
Cik Rose coretkan di sini, untuk memori diri sendiri. 


KRONOLOGI KENA BISUL
03.08.2022 (RABU)
 - Rasa demam tak demam. Cik Rose rasa seram sejuk. Tapi dalam badan panas. 
04.08.2022 (KHAMIS)
 - ada biji kecil macam jerawat tumbuh. Oh bisul nak naiklah ni.
05.08.2022 (JUMAAT)
 - rasa sakit di bahagian bisul dan sekelilingnya. Tak dapat nak duduk dengan betul. Suami pergi farmasi untuk beli ubat, tetapi hanya diberikan krim. Farmasi suruh rujuk doktor dahulu untuk ubat. Terpaksa makan ubat tahan sakit lagi. Hilang je kesan ubat, sakit semula. Masih boleh tahan sakitnya.
06.08.2022 (SABTU)
 - Sakit sangat rasanya. Bengkak makin besar. Di sekeliling bisul macam ada urat-urat merah. Cik Rose ada program di luar dengan kawan-kawan, jadi Terus makan ubat tahan sakit. Tu ubat last. Sebenarnya ubat ni Cik Rose tak beli pun. Ubat tahan sakit ni, mak Cik Rose pernah bagi masa balik kampung dulu. Pada sebelah malam, sakit sangat rasa bila kesan ubat tu dah habis. Berdenyut-denyut dan panas di sekelilingnya. Tak dapat tidur.
07.08.2022 (AHAD)
- Bangun pagi tu, ajak suami ke klinik. Cik Rose google klinik doktor wanita dan yang buka pada hari Ahad. Dalam pukul 9 pagi, bergerak ke Klinik Dr Hannani di Batu Pahat, Johor. Mungkin sebab hari Ahad, ramainya orang. hihi. Agak lama juga menunggu. Mungkin rasa lama sebab tak selesa nak duduk, rasa sakit kan. Klinik ni cantik! Tempat duduk banyak. Layanan mesra. Alhamdulillah. 






Setelah sampai giliran Cik Rose, masuklah jumpa doktor. Tapi, bukan Dr Hannani yang merawat. Malu-malu je nak cakap ada bisul. Doktor terus minta baring nak tengok bisul tu. Doktor cakap tengah meradang ni, tu  yang ada kesan macam jalur merah-merah di sekeliling bisul. Masih belum ada mata. Jadi, doktor berikan suntikan tahan sakit dahulu. Cik Rose dapat ubat antibiotik,  ubat surut bengkak dan ubat tahan sakit.
08.08.2022 (ISNIN)
- Bengkak membesar dan masih sakit. Makan ubat mcam biasa, ikut aturan.
09.08.2022 (SELASA)
- Pergi semula ke Klinik Dr Hannani. Alhamdulillah, berpeluang berjumpa dengan Dr Hannani. Doktor check bisul tersebut dan decide buat pembedahan kecil. Eh, panggil pembedahan ke ye? hihi. Sebab belah bisul tu, Cik Rose panggil pembedahanlah kan? hihi. Sebelum tu, cucuk bius dahulu. Ya Allah sakitnya masa cucuk bius tu. Dua jarum. Sempat juga air mata jatuh. Dalam hati, hanya zikir peneman diri.






Sementara bius tu 'jalan', Cik Rose sempat  tengok handphone. Hantar whatsapp pada suami, keluarga dan kawan Cik Rose yang bawakan ke klinik tu. Ok, masanya telah tiba. Doktor start buat rawatan. Cik Rose dapat rasa tangan doktor di bahagian bisul tu, tapi Alhamdulillah tak rasa sakit - sebab dah bius.
Setelah selesai, doktor bagi ubat tahan sakit dan ubat antibiotik. Lain ye ubat tahan sakit berbanding masa Cik Rose dapat hari Ahad tu. Dalam perjalanan balik rumah, Cik Rose makan ubat tahan sakit sebab dah mula rasa pedih dibahagian bisul tu. Luka lebih kurang berbentuk X. 
10.08.2022 (RABU) 
-Teruskan makan ubat. Cuci sendiri bahagian luka tersebut. Part ni yang Cik Rose takut. Sebab kesan luka tu, nak kena jaga betul-betul. Takut sangat luka tu lambat baik atau dapat infeksi lain. Cik Rose berpantang sementara makan. Pergi lagi farmasi. Kali ni beli kapsul minyak kelapa dara, kapas, tisu dan beberapa kelengkapan lain untuk cuci luka. Agak sukar nak cuci sebab di bahagian belakang. 






Setelah seminggu, Cik Rose masih tak dapat duduk betul-betul. Sakit di bahagian luka tu. Duduk rumah, memang jaga betul-betul. Baru nak baik, sakit semula sebab Cik Rose naik motor ke tempat kerja. 
Alhamdulillah, setelah dua minggu, Cik Rose dah sembuh. 
Di sini Cik Rose kongsikan info mengenai bisul yang diambil dari laman web myhealth.
Apa itu Bisul?
Bisul merupakan nanah yang terkumpul dalam satu rongga yang sangat menyakitkan. Ia biasanya mengeras dan terdapat di sekeliling pinggang, belakang bahagian leher, pangkal peha, atas kaki, punggung dan di bawah ketiak. Kelompok bisul dipanggil pekung (carbuncles) tetapi perubahan pada kulit seperti ini tidak biasa berlaku kepada kanak-kanak.
Apa penyebab Bisul?
Bisul disebabkan oleh bakteria pada rambut folikal dan sekeliling kulit yang mana pada mulanya muncul sebagai jerawat. Bakteria yang paling biasa membentuk bisul dipanggil Staphylococcus aureus.
Siapakah yang berisiko mendapat Bisul?
Mereka yang lebih berisiko mendapat bisul ialah :
Mereka yang kurang menjaga kebersihan diri.Kawasan penempatan yang sesak seperti di intitusi dan rumah kebajikan.Atopy (alahan).Ahli keluarga yang mengalami jangkitan kulit berulang.Sistem imuniti badan yang lemah.Kurang zat makanan.Pesakit diabetes.Apakah tanda-tanda dan gejala Bisul?
Gejala untuk bisul ini hampir menyamai penyakit kulit yang lain seperti:
Nanah di bahagian tengah bisul.Keputihan, lelehan mengandungi darah daripada bisul tersebut.Kemerahan di sekeliling kulit yang dijangkiti.Biasanya di ikuti rasa teramat sakit apabila disentuh.Bagaimanakah mendiagnosa Bisul?
Biasanya penyakit bisul di diagnosa oleh doktor melalui pengamatannya.
Bagaimanakah merawat Bisul?
Rawatan khusus untuk bisul ini akan ditentukan oleh doktor berdasarkan umur kanak-kanak tersebut, Keseluruhan kesihatannya dan bersesuaian dengan penyakit yang lain sekiranya ada. Ia juga bergantung kepada toleransi kanak-kanak terhadap ubatan khusus yang diberikan.
Rawatan termasuk :
Anti-biotik yang bersesuaian (semasa).Melakukan demahan suam untuk menggalakkan aliran nanah.Pemberian ubat antibiotik secara oral atau suntikan berdasarkan keseriusannya.Melakukan pembedahan kecil untuk mengeluarkan nanah.Memberi pendidikan kesihatan amat penting dalam merawat sebarang penyakit kulit yang bahaya.
Bagaimanakah Bisul dapat dicegah?
Menjaga kebersihan diri dengan baik.Pastikan kulit sentiasa bersih.Basuh tangan sebelum menyentuh muka.Jangan berkongsi tuala mandi atau pakaian.Elakkan dari menekan bisul terutamanya yang ada di sekeliling mulut atau hidung kerana ianya bahaya boleh menyebabkan jangkitan kepada bahagian kulit lain atau aliran darah.
Prognosis (Harapan untuk Sembuh)
Harapan untuk sembuh bagi bisul adalah baik.
Rujukan : http://www.myhealth.gov.my/bisul/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2022/09/sakit-bisul-tanda-tanda-gejala-dan-cara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cacar Monyet Pertama Di Indonesia Sudah Terdeteksi Pahami Gejala Dan Cara Pencegahannya

Cacar Monyet Pertama Di Indonesia Sudah Terdeteksi Pahami Gejala Dan Cara Pencegahannya

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 174 hits
Hingga saat ini lebih dari 16 ribu kasus cacar monyet di lebih dari 75 negara telah dilaporkan Yuk pahami seperti apa gejala dan pencegahan virus ini
Cara Memberi Ucapan Apabila Mendengar Berita Kematian

Cara Memberi Ucapan Apabila Mendengar Berita Kematian

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 250 hits
Ucapan Terbaik Apabila Mendengar Berita Kematian Hidup lawannya mati Sihat lawannya sakit Begitulah kehidupan ini Tiada yang kekal Segalanya pinjaman sementara Kelak kepada Allah kita dikembalikan Apabila menerima berita sedih atau musibah ...
Cara Daftar Program Affiliate Tiktok Mudah Je

Cara Daftar Program Affiliate Tiktok Mudah Je

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 327 hits
Cara daftar program affiliate tiktok dengan mudah Assalamualaikum and holla gais ketemu lagi kita di entry apa hari ni haha tiber je kan hari ni qaseh nak share tutorial atau cara yang sangat mudah untuk daftar program Affiliate di Tiktok c...
Cara Hilangkan Kesan Kuning Bau Cili Pada Blender Hanya Guna Bahan Di Dapur Je

Cara Hilangkan Kesan Kuning Bau Cili Pada Blender Hanya Guna Bahan Di Dapur Je

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 221 hits
Blender di rumah kita memang akan selalu ada kesan kuning akibat kunyit dan juga bau cili Lagi lagi kalau kerja memasak je setiap hari Makin lama akan makin jelas kesan kuning bau blender pun jadi kurang enak Jadi eloklah kita tahu cara yan...
Nak Daftar Anak Masuk Ke Prasekolah Ada 2 Cara Kena Daftar Setahun Awal

Nak Daftar Anak Masuk Ke Prasekolah Ada 2 Cara Kena Daftar Setahun Awal

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 150 hits
Apabila anak bakal memasuki usia 5 tahun sudah tentu ibu ayah sudah memikirkan tentang pembelajaran prasekolah buat anak anak Bagi yang memilih untuk menghantar anak ke prasekolah swasta sudah tentu ada pilihan tersendiri Manakalah ibu ayah...
Cara Buat Link Whatsapp Tak Perlu Save Nombor

Cara Buat Link Whatsapp Tak Perlu Save Nombor

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 153 hits
Kalau korang aktif berniaga secara online Sama ada di Facebook atau platform lain korang kena letak link Whatsapp tak perlu save nombor Bukan apa lecehnya kalau kami para pembeli nih save dulu nombor korang baru boleh Whatsapp Jadi untuk me...
Cara Nak Dapatkan Sijil Spm Yang Hilang

Cara Nak Dapatkan Sijil Spm Yang Hilang

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 296 hits
Penting kita simpan baik baik sijil SPM ini Lagi lagi kalau nak mohon ke Universiti ataupun Jadi kita sangat perlukan salinan asal sijil SPM untuk dilampirkan dalam permohonan Tetapi macam mana cara nak dapatkan sijil SPM yang hilang Jangan...
Cara Luruskan Rambut Kerinting Dan Kembang

Cara Luruskan Rambut Kerinting Dan Kembang

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 234 hits
Rambut kerinting dan kembang boleh menyebabkan individu yang memilikinya patah semangat dan kurang berkeyakinan untuk bergaya di khalayak ramai Bukan setakat dewasa malahan kanak kanak turut mempunyai kecenderungan tersebut Kanak kanak ramb...
Cara Penjagaan Orkid Phalaenopsis

Cara Penjagaan Orkid Phalaenopsis

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 313 hits
Orkid Phalaenopsis ialah tumbuhan tropika yang berasal dari hutan Asia Tenggara Indonesia Malaysia dan Filipina di mana ia ditemui di dalam hutan tebal Orkid Phalaenopsis ialah sejenis orkid epifit yang biasanya berpaut pada dahan pokok men...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba