Sakit Belakang Makin Teruk Sampai Terseliuh


AssalamualaikumBismillah
AMARAN : Post ini terlalu panjang dan membosankan. Boleh skip kalau tak nak baca sampai habis. 
Bermula Sakit BelakangAku kurang pasti bila bermulanya sakit belakang ini. Apa yang pasti aku mengalami sakit belakang pada tahun 2016 semasa aku berada di Tahun 2 semester 3, di Universiti Malaysia. Pada mulanya aku berasa lenguh pada bahagian bahu dan leher. Dalam fikiran aku mungkin disebabkan kurang rehat dan tidur. 
Aku ingat lagi setiap kali aku buat assignment, aku duduk di lantai dan laptop aku di atas meja. Dalam erti kata lain, aku tidak menggunakan meja belajar di ruang tamu. Masa ini aku menyewa di apartment bukan tinggal di hostel. So, aku memang kerap menghabiskan masa aku di dalam bilik sambil menonton anime, buat tugasan ataupun berblog dalam keadaan duduk tanpa kerusi (tidak bersandar).
Pada suatu hari tu, tengah malam tiba-tiba aku mengalami sakit belakang yang teruk. Setiap kali aku bergerak, berjalan, duduk atau baring aku rasa sakit sangat-sangat. Roommate aku temankan aku ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Malangnya, doktor hanya kata mungkin aku terlalu sibuk buat assigmnet, ataupun duduk terlalu lama. Jadi aku hanya diberi ubat tahan sakit dan ubat sapu belakang sahaja. 
Sejak itu aku sering mengalami sakit belakang. Setiap hari dan setiap saat. Selain makan ubat yang diberikan oleh doktor, aku terpaksa bawa tilam dari rumah ke rumah sewa aku. Selain itu, setiap kali buat tugasan aku mesti bersandar untuk kurangkan rasa sakit pada belakang. Malah roommate dan coursemate pula selalu urut-urutkan belakang aku setiap kali aku berasa sakit. 
Dah macam-macam ubat yang aku makan. Ubat sapu dah pelbagai jenis aku cuba and still sakit itu makin teruk. 4 kali pergi hospital, 2 kali pergi klinik tetapi doktor cakap aku hanya mengalami muscle pain saja. Sampaikan aku dibelikan yoko-yoko, ubat sapu, kuyuk dan macam-macam lagi untuk kurangkan sakit pada belakang. Kalau aku tak sapu ubat aku akan berasa tidak selesa dan sakit saja. 
Antara ubat sapu yang aku guna untuk melegakan sakit belakang. 




Nak duduk lama pun tak boleh, nak bergerak atau baring pun rasa sakit. Memang tidak selesalah. Terutama semasa exam. Memang menangis lah sebab tak tahan duduk di dewan exam. Paper yang 2 jam aku hanya jawab sejam saja. Aku mengalami sakit belakang ini pun hampir setahun dah. Bayangkanlah hari-hari terpaksa sapu ubat, makan ubat. 
Bukan itu sahaja aku kerap kali ponteng kuliah dan tutorial. Sampaikan ramai yang tanya kenapa aku selalu tak datang. Tetapi orang tak faham. Actually no one understand. Sebab sakit yang kau rasa orang tak nampak. Secara fizikal aku nampak sihat sahaja. Aku tahu aku banyak menyusahkan kawan-kawan aku masa itu tetapi kau sendiri tak boleh buat apa. Kalau jumpa doktor pun memang doktor tak dapat bagi MC. Rawatan FisioterapiPada bulan September 2017, aku dapat kerja part-time di sebuah shopping mall sebagai promoter. Aku bekerja setiap hari sabtu dan ahad sahaja. Walaupun aku sibuk dengan study, tetapi sejujurnya aku memerlukan belanja yang lebih untuk keperluan harian dan bayar sewa rumah aku ketika itu. Aku sedar aku sakit belakang tetapi begitulah kehidupan di universiti. Harapkan PTPTN yang dibayar sekali untuk 6 bulan sebenarnya tidak pernah cukup. Pada hari ahad aku seperti biasa turun kerja pada setiap hujung minggu. Then, sebelah tengah hari aku betul-betul rasa sakit sangat sampai tak dapat berjalan. Aku terus jumpa bos untuk berhenti kerja hari itu juga. Esoknya aku paksakan diri pergi ke Hospital Queen Elizabeth II dan memohon kepada doktor untuk membuat X-Ray kepada aku. Mulanya memang dorang tak mahu. Tetapi aku paksa juga. 
Setelah membuat pemeriksaan X-Ray doktor refer aku kepada fisioterapi. 23 Oktober 2017 aku menjalankan rawatan fisioterapi. Bayangkan sakit belakang sampai aku tak dapat bergerak baru aku disuruh jalankan fisioterapi? 6 bulan aku jalankan rawatan fisioterapi di Hospital Queen Elizabeth II. Aku berhenti fisioterapi pada 19 April 2018 sebab aku sibuk dengan latihan industri (internship). Dan aku masih belum sembuh. 
Berubat Secara Tradisional dan Perubatan IslamAku dah cuba rawatan secara tradisional dan ubat-ubatan kampung. Mungkin belum jumpa lagi ubat kampung yang sesuai. Manakala perubatan secara Islam pun aku sudah jalani. Dan kebanyakkan ustaz berkata mungkin ada masalah urat. Dan aku disarankan untuk pergi berurut. Ramai yang sarankan aku berurut. Bukan aku tak mahu tetapi nak cari tukang urut perempuan tu pun payah juga. Aku ada berurut di beberapa tempat tetapi nampaknya belum ada apa-apa perubahan lagi. Perubahan Yang Aku Terpaksa TerimaSejak aku menghidap sakit belakang ini terus terang banyak perubahan yang terpaksa aku terima. Pertama sekali aku sedar bahawa pergerakkan aku semakin terbatas. Di rumah aku dah jarang dapat tolong mak aku buat kerja-kerja rumah. Paling senang kerja aku buat adalah menyapu dan cuci piring. Itu pun kadang-kadang.
Aku bersyukur kerana ALLAH kurniakan aku dengan adik-beradik yang ramai dan memahami. Walaupun aku tahu dorang masih muda umur 9 - 13 tahun tetapi aku dah awal-awal dedahkan mereka dengan kerja di rumah seperti cuci pakaian sendiri, lipat kain, jemur kain, tanak nasi dan memasak yang makanan yang simple dan mudah. 
Kalau dulu aku suka jalan-jalan. Sekarang aku dah semakin jarang keluar rumah untuk berjalan. Even naik turun tangga shopping mall aku jadi cepat penat. Kadang kala kaki aku jadi kebas dan sakit. Dulu boleh berjalan dari pagi sampai malam. Sekarang tak sampai setengah hari dah rasa nak balik. 
Kalau dulu setiap kali cuti aku selalu cari kerja secara part-time. Tetapi sekarang sejak graduate aku dah tak boleh bekerja seperti biasa. Kalaupun aku dapat kerja, aku hanya bertahan 1 - 2 hari sahaja. Oleh sebab itulah aku memilih untuk bekerja sepenuh masa sebagai blogger. 
Baca Sini : Permulaan Kerjaya Sebagai Blogger Sepenuh Masa
Belakang TerseliuhBaru-baru ini sakin belakang aku makin teruk sampai terseliuh. Aku sendiri pun tak perasan yang belakang aku terseliuh. Sampai tak boleh beza dah guys sebab sakit terseliuh dengan sakit belakang tu rasa macam sama je. Aku tahu pun sebab aku langsung tak boleh nak gerakkan leher, nak angkat tangan pun sakit. Malah nak baring pun seksa. 
Pertama sekali kalau mana-mana bahagian badan kita yang terseliuh. Jangan diurut. Dan inilah punca belakang aku makin sakit sebab aku minta urut. Mujurlah aku ada kongsi tips kalau terseliuh dalam blog sebelum ini. Alhamdulillah sangat membantu kurangkan sakit bahagian terseliuh. 
Baca Sini : 8 Tips Rawatan Sejurus Kaki Terseliuh oleh Dr Kamarul Ariffin 
Walaupun rasa terseliuh dah semakin berkurang tetap kena buat pemeriksaan di hospital. Esok kena buat pemeriksaan di Unit Ortopedik pula. Hopefully everthing will be alright. Jangan Ambil Remeh Sakit BelakangAku cuma nak bagi nasihat kat korang jangan pernah ambil mudah sakit belakang. Jangan ingat kau masih muda kau sihat saja. Sakit belakang tidak kira umur. Aku cerita pengalaman, kesedihan, dan kesakitan aku ini bukan untuk menagih simpati. Cuma nak sedarkan korang semua bahawa sakit belakang ini ramai orang yang buat tak kisah.
Kalau kau takda sakit belakang, bersyukurlah sebab Allah kurniakan kau kesihatan yang baik. Aku tak minta pun korang jadi sakit macam aku. Cuma aku minta supaya korang faham orang yang menghadapi sakit yang sama macam aku. 
Orang buat tak kisah sebab yang mengalaminya pun secara luaran nampak sihat. Orang yang menghidap sakit belakang masih boleh ketawa, berjalan, berdiri dan duduk. Cuma yang orang tak tahu orang yang menghidap sakit belakang tidak dapat duduk lama, berdiri lama, berjalan lama. Malah nak buat aktiviti harian pun terbatas. Nak gelak pun boleh sakit pinggang kadang-kadang. 
Paling menyeksakan apabila senggugut. MasyaAllah boleh bayang tak senggugut yang memang orang perempuan sedia maklum sangatlah sakit ditambah dengan sakit belakang? Kenapalah kalau badan kau sado kalau penyakit dah datang. Hati batu pun boleh jadi tisu. Cegah Sebelum TerkenaPastikan postur yang betul dalam semua posisi semasa duduk, berdiri, baring atau semasa melakukan aktiviti seharian dengan mengambil kira pekara- pekara berikut :
Semasa baring
Pilih tilam yang tegap (firm). Ini dapat menyokong tulang belakang dengan baik.Posisi yang dicadangkan : mengiring dan melengkung tubuh ke hadapan dengan bantal diantara dua lutut.
Semasa berjalan
Memakai kasut bertumit rendah yang selesa.
Semasa duduk
Menggunakan kerusi bersandar (back rest) yang boleh menyokong tulang belakang dengan baik.Gunakan bantal kecil atau lumbar roll untuk menyokong bahagian belakang
Semasa berdiri
Sekiranya berdiri terlalu lama, rehatkan satu kaki secara bergilir- gilir di atas bangku kecil yang rendahGunakan teknik mengangkat / mengalih yang betul
Tambahan
Lakukan senaman secara tetapMenjaga berat badanKecergasan menyeluruh
Aku harap dengan entri ini sedikit sebanyak dapat beri kesedaran betapa pentingnya penjagaan tulang belakang dan kesihatan fizikal yang lain. Once dah sakit korang akan lebih hargai betapa nikmatnya kesihatan yang korang pernah ada sebelum ini tetapi tidak dijaga dengan baik. 

Please jangan jadi macam aku guys! Tiada yang bestnya apabila kita sakit. Inipun aku bersyukur sangat sekurang-kurangnya Allah masih bagi pinjam nikmat untuk bernafas. 

Kalau dah sakit apa yang korang dapat? Kerja tak dapat, pergerakkan jadi terbatas, banyak menyusahkan orang lain, semua benda jadi payah nak buat. Aku bukan mengeluh. Tetapi cuma ingatkan korang jagalah kesihatan. Bersyukurlah selalu.

Aku tahu apa yang jadi dengan aku pasti ada hikmahnya. Mudah-mudahan Allah ampunkan dosa-dosa aku.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ciknurul23.blogspot.com/2019/10/sakit-belakang-makin-teruk-sampai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Merawat Sakit Belakang Tanpa Urut

Cara Merawat Sakit Belakang Tanpa Urut

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 1201 hits
Petua Rawatan Sakit Pinggang Tanpa Ubat Dan Pembedahan Dengan Cara Mudah BerkesanSejak sepuluh tahun dulu ini adalah kali pertama saya melakukan senam aerobik melakukan gerakan regangan bahagian pinggang tangan kaki dan juga perut Pada wakt...
Punca Sakit Belakang Pada Masa Kini Yang Ramai Ambil Mudah

Punca Sakit Belakang Pada Masa Kini Yang Ramai Ambil Mudah

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 298 hits
Punca Sakit Belakang Pada Masa Kini Yang Ramai Ambil Mudah Sakit belakang adalah kesakitan yang mungkin di alami oleh semua orang tidak kira peringkat umur dan jantina Kesakitan yang di alami juga bergantung kepada beberapa aras iaitu kesak...
Senaman Melegakan Sakit Belakang Yang Ringkas Dan Selamat Diamalkan

Senaman Melegakan Sakit Belakang Yang Ringkas Dan Selamat Diamalkan

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 434 hits
Senaman Melegakan Sakit Belakang Yang Ringkas dan Selamat Diamalkan Kesakitan di belakang adalah kesakitan yang di akibatkan oleh tulang belakang terpaksa menampung beban yang lebih daripada sepatutnya Apabila terasa sakit belakang pasti ba...
Chauvinist Terrorist Barah Yang Makin Terserlah

Chauvinist Terrorist Barah Yang Makin Terserlah

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 322 hits
Jika sokong IS didakwa sokong LTTE pun patut kena kata AsriPETALING JAYA Sesiapa sahaja yang secara terbuka menyokong kumpulan pengganas harus ditahan dan didakwa termasuk pemimpin DAP kata Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin Beliau berkat...
Cegah Angka Bunuh Diri Makin Tinggi Hanya Dalam 40 Detik Yuk Ikut Kampanye 40 Seconds Of Action

Cegah Angka Bunuh Diri Makin Tinggi Hanya Dalam 40 Detik Yuk Ikut Kampanye 40 Seconds Of Action

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 250 hits
Dalam rangka memperingati Hari Kesehatan Jiwa Sedunia mari kita bersama sama wujudkan kepedulian publik terhadap kesehatan mental dan bunuh diri
Bubur Sup Ikan Tenggiri Buat Anak Lebih Rasa Makin Bulat Dan Sihat

Bubur Sup Ikan Tenggiri Buat Anak Lebih Rasa Makin Bulat Dan Sihat

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 544 hits
Bila anak sudah semakin membesar mereka terlalu teruja dengan satu satu makanan yang diperkenalkan kepada mereka Salah satunya adalah dengan memperkenalkan bubur nasi dengan campuran sumber protein seperti ayam ikan dan aneka sayur sayuran ...
Makin Kita Iri Hati Dan Dengki Makin Allah Tarik Kita Punya Rezeki

Makin Kita Iri Hati Dan Dengki Makin Allah Tarik Kita Punya Rezeki

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 4131 hits
Buanglah Rasa Iri Hati Dan DengkiHidup jangan terlalu dengki dengan kelebihan orang lain Masing masing ada kelebihan dan kekurangan Cuma sentiasa kena bersyukur dengan apa yang ada Jangan pernah iri terhadap kejayaan orang lain kerana kita ...
Toyota Senang Masyarakat Indonesia Makin Suka Mobil Hybrid

Toyota Senang Masyarakat Indonesia Makin Suka Mobil Hybrid

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 226 hits
Minat masyarakat Indonesia terhadap mobil listrik berbasis teknologi hybrid cenderung meningkat Buktinya tren penjualan mobil hybrid yang ditawarkan Toyota mengalami peningkatan signifikan pada tahun ini seiring bertambahnya jumlah varian p...
Mansuh Ruu Antiberita Tidak Benar Akan Jadi Sepertimana Gst Negara Makin Mundur Dr Adham

Mansuh Ruu Antiberita Tidak Benar Akan Jadi Sepertimana Gst Negara Makin Mundur Dr Adham

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 253 hits
Ahli Parlimen Tenggara Datuk Seri Dr Adham Baba penuh yakin dan percaya pemansuhan Rang Undang Undang Anti Berita Tidak Benar akan menjadi sepertimana pemansuhan Good And Sevices Tax sebelum ini Menurut beliau ini kerana akta yang sedia ada...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp