Sajat Terlepas Tindakan Undang Undang


Tidak ada peruntukan dalam undang-undang syariah di negara ini yang membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap ahli perniagaan kontroversi Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau Nur Sajat, berhubung tindakannya mengenakan telekung seperti wanita semasa menunaikan umrah.

Peguam syariah Nizam Bashir berkata, undang-undang syariah adalah terbatas dan tertakluk di bawah bidang kuasa tempatan sesebuah negeri sahaja, justeru tidak ada asas untuk tindakan diambil terhadap Sajat yang bertelekung di Arab Saudi.

“Undang-undang syariah terbatas di bawah negeri, jadi isu untuk mengambil tindakan adalah di luar bidang kuasa tempatan negeri. Saya rasa tidak ada asas untuk tindakan diambil menerusi undang-undang syariah negara ini.

“Perlembagaan persekutuan menetapkan bahawa bidang kuasa berkaitan agama Islam terhad kepada negeri masing-masing. Kalau jenayah berkenaan dilakukan dalam bidang kuasa tempatan sesebuah negeri, maka barulah tindakan boleh diambil,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusuf Rawa dalam kenyataan berkata, tindakan Sajat itu menimbulkan kontroversi dan secara tidak langsung memalukan imej Islam.

Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap Sajat atas perbuatannya melalui peruntukan undang-undang sedia ada dalam negara supaya perbuatan itu tidak berulang bagi menjaga kesucian agama Islam dan nama baik negara, selain hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi.

Sajat yang menjalankan perniagaan produk kecantikan wanita, mencetuskan kontroversi selepas memuat naik video beliau bertelekung ketika menunaikan umrah di Mekah.

Beliau dilaporkan berpakaian lelaki ketika menaiki pesawat dari Malaysia, tetapi bertelekung selepas tiba di sana.

Nizam berkata, dalam kontroversi yang berlaku melibatkan ahli perniagaan itu, tidak semua perkara dapat diselesaikan dengan tindakan menghukum semata-mata, sebaliknya percaya langkah menasihati dan memperingatkan perlu diberikan.

Sementara itu, peguam Shaharudin Ali berkata, berdasarkan perlembagaan persekutuan Sajat tidak boleh dipersalahkan atas perbuatannya di luar negara.

Menurutnya, sesuatu perbuatan salah laku hanya boleh dihukum jika ia bertentangan dengan undang-undang jenayah di Malaysia.

“Hanya beberapa kesalahan tertentu sahaja di bawah Bab 6 dan 6A Kanun Keseksaan yang jika dilakukan di luar Malaysia boleh didakwa iaitu kesalahan yang dipanggil “extra territorial offences” iaitu kesalahan terhadap negara dan terorisme.

“Sajat tidak melakukan apa-apa kesalahan keganasan mahupun kesalahan berperang terhadap Yang Di Pertuan Agong. Beliau juga tidak melakukan apa-apa kesalahan yang bertentangan dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1948 atau keselamatan negara,” katanya.

Menurut beliau lagi, di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1948, pendakwaan boleh dilakukan di dalam negara sekiranya pelaku melakukan kesalahan bertentangan dengan akta-akta berkenaan walau di mana sahaja mereka berada dan diperakui oleh peguam negara bahawa kesalahan itu menyentuh keselamatan negara.

Mengulas laporan bahawa Sajat akan disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah Seksyen 4 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Shaharudin berkata, seseorang boleh dikenakan tuduhan di bawah akta ini dengan syarat mereka diberi lessen di bawahnya atau memberi kemudahan atau perkhidmatan rangkaian berkaitan.

“Sajat bukanlah seorang yang berlesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan tiada kena mengena dengan aktiviti memberi perkhidmatan rangkaian,” katanya.

FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/02/sajat-terlepas-tindakan-undang-undang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lepas Dipecat Umno Lokman Adam Pertimbang Ambil Tindakan Undang Undang

Lepas Dipecat Umno Lokman Adam Pertimbang Ambil Tindakan Undang Undang

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 543 hits
Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan undang undang susulan pemecatannya daripada parti yang didakwa tidak mengikut prosedur Menurutnya pemecatan itu menyalahi Perlem...
Terkini Tindakan Sajat Bertelekung Tidak Jejaskan Kuota Haji Mujahid

Terkini Tindakan Sajat Bertelekung Tidak Jejaskan Kuota Haji Mujahid

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 477 hits
A PUTRAJAYA Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata perbuatan usahawan kosmetik Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau dikenali sebagai Sajat yang berpakaian wanita dengan bertelekung di Mekah tidak menjejaskan...
Ustaz Kazim Mahu Nur Sajat Dikenakan Tindakan Tegas

Ustaz Kazim Mahu Nur Sajat Dikenakan Tindakan Tegas

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 1105 hits
PERBUATAN sengaja menghina agama yang dilakukan jutawan kosmetik Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman 35 perlu dikenakan tindakan sewajarnya Penceramah terkenal Datuk Mohd Kazim Elias berkata tindakan itu perlu bagi m...
Henti Sebar Berita Tidak Sahih Atau Berdepan Tindakan Undang Undang

Henti Sebar Berita Tidak Sahih Atau Berdepan Tindakan Undang Undang

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 259 hits
MELAKA 5 FEB Polis memberi amaran agar semua pihak menghentikan segera penyebaran dan perkongsian berita tidak sahih mengenai penularan kluster koronavirus di negara ini atau berhadapan tindakan undang undang Ketua Polis Negara Tan Sri Abdu...
Sajat Perlu Dikenakan Tindakan Ustaz Kazim

Sajat Perlu Dikenakan Tindakan Ustaz Kazim

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 327 hits
PERBUATAN sengaja menghina agama yang dilakukan jutawan kosmetik Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman 35 perlu dikenakan tindakan sewajarnya Penceramah terkenal Datuk Mohd Kazim Elias berkata tindakan itu perlu bagi m...
Nanti Dulu Dia Baru Balik Mujahid Kaji Dulu Nak Ambil Tindakan Undang Undang Atau Sekadar Beri Nasihat Kepada Sajjad

Nanti Dulu Dia Baru Balik Mujahid Kaji Dulu Nak Ambil Tindakan Undang Undang Atau Sekadar Beri Nasihat Kepada Sajjad

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 415 hits
Sehingga ke hari ini ramai yang menunggu kerajaan mengambil tindakan terhadap usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Namun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa meminta semua pihak bersabar kerana lelaki itu baru sa...
Mufti Gesa Wujud Undang Undang Tangani Isu Seperti Sajat

Mufti Gesa Wujud Undang Undang Tangani Isu Seperti Sajat

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 264 hits
KERAJAAN perlu mengubal satu undang undang jelas membabitkan isu lelaki mengubah diri mereka menjadi perempuan dan melakukan perkara perkara yang dilarang dalam agama Ketika mencadangkan perkara itu Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria ...
Kumpulan Sabah Gesa Tindakan Terhadap Sultan Sulu Kerana Menghasut

Kumpulan Sabah Gesa Tindakan Terhadap Sultan Sulu Kerana Menghasut

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 334 hits
Kira kira 50 individu yang diketuai Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Jeffrey Kitingan membuat laporan polis terhadap Sultan Sulu Mohd Akjan Ali menuntut tindakan diambil terhadapnya Jeffrey berkata mereka mahu kerajaan mengambil tindak...
Sajat Luah Rasa Syukur Akhirnya Dapat Ke Tanah Suci

Sajat Luah Rasa Syukur Akhirnya Dapat Ke Tanah Suci

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 386 hits
Sebelum ini sudah beberapa kali menyatakan hasratnya untuk menunaikan ibadah umrah akhirnya usahawan kosmetik Nur Sajat berpeluang untuk menjadi tetamu Allah menjejakkan The post appeared first on
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi