Sajat Ber Telekung Buat Umrah
Tengah menaip blog post tentang pengalaman menunaikan Umrah tiba-tiba dikejutkan dengan berita Nur Sajat atau nama sebenarnnya Muhammad Sajad bin Kamaruz zaman menunaikan Umrah dengan bertelekung seperti wanita.
Hummmm .. sedih, kan. Kerajaan Arab Saudi hanya memberi kebenaran kepada dua golongan sahaja iaitu wanita dan lelaki untuk menunaikan ibadah berkenaan mengikut maklumat jantina di dalam passport dn borang permohonan visa mereka. Transgender tidak diterima di Tanah Haram.
Kalau seseorang itu transgender dan mahu menunaikan Umrah, dia harus mengikut fitrah semulajadi dia, kejadian dia semasa dilahirkan, kena ikut butir-butir di dalam passport dia. Kalau dalam pasport lelaki, maka dia harus berihram dan solat di ruang solat lelaki.
Menurut jurucakap Albayt Travel Sendirian Berhad, Muhammad Sajjad telah dimaklumkan tentang perkara ini dari awal lagi.
Tapi kena kah Muhammad Sajjad mengingkari arahan ini? Kenapa Muhammad Sajjad bertelekung? Kenapa Muhammad Sajjad solat di ruang solat wanita? Tak rasa bersalah ke? Dan sekiranya Muhammad Sajjad terleka atau terlupa, Mutawwif tak pantau pergerakan dan aktiviti para jemaah ke?
Semasa aktiviti ziarah luar juga, Muhammad Sajjad memakai telekung dan bukan pakaian lelaki. Mutawwif tak tegur ke?
Bila dah kecoh macam ni, barulah Misz-ella ambil tahu akan kejadian si Sajat ni, maka saya pun tontonlah video Youtube pengakuan dia. Dia mengaku dia adalah mak nyah dan mula mengambil hormon pada umur belasan tahun kerana hati nalurinya mahu menjadi perempuan.
Fitrahnya manusia dijadikan dengan dua akal - emosi (hati) dan rasional (akal fikiran) sebab tu kita ada dua otak, kanan dan kiri. Pandai-pandailah kita seimbangkan fungsi ke dua-dua otak ini. Jangan terlalu ikut emosi, asyik nak fikir diri tu perempuan dan terlalu desperate nak buktikan diri tu perempuan sampai ke Tanah Haram Mekah dan Madinah.
Ya Allah .. benda-benda ini menjadi pengajaran buat kita semua. Kita ini hambaNya yang lemah .. yang tak lepas dari diduga oleh Allah SWT. Berdoa lah banyak-banyak agar kita, anak-anak kita dan keturunan kita dilindungi dari perkara-perkara seperti ini. Kepada Muhammad Sajjad Bin Kamaruz zaman, hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://misz-ella.blogspot.com/2020/02/sajat-ber-telekung-buat-umrah.html