Saja Buat Sistem Baru Sebab Nak Buat Duit




YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan meluncurkan Pangkalan Data Utama (PADU) pada 2 Januari 2024 ini. Selepas itu, PADU akan dibuka selama tiga bulan untuk semua warga negara mengesahkan dan mengemaskini data sosio-ekonomi mereka.


Bila masuk ke PADU nanti, maklumat yang ada dalam semua pangkalan data kerajaan (lebih 270+ kesemuanya) memang sudah tersedia. Contohnya maklumat peribadi (nama, kad pengenalan, umur, jantina dll), maklumat pendapatan, maklumat kenderaan, maklumat anak dan tanggungan dan lain-lain. 


Tetapi ia perlu disahkan dan dikemaskinikan untuk memastikan data kerajaan itu berlaku adil kepada rakyat kerana data dari PADU akan digunakan untuk menyasarkan subsidi kepada golongan yang layak kelak.


Oleh itu, proses membina PADU ini melibatkan pembangunan sistem data yang paling besar pernah dibuat oleh sektor awam (mungkin juga paling besar dalam sejarah negara kita). Ia melibatkan berpuluh perincian data (nama, umur, jantina, isi rumah dll) bagi setiap dari 32 juta rakyat Malaysia yang membentuk ratusan juta titik data (data points) di dalam PADU.


Jadi saya tidak terkejut bila ada suara sumbang yang menuduh kononnya pembangunan sistem PADU ini adalah satu pembaziran kerana melibatkan kontrak beratus juta ringgit.


Saya memang tunggu perkara ini ditimbulkan.


Sebabnya:


1) PADU dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam dari tiga agensi utama (Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan – DOSM dan MAMPU) yang melibatkan kerjasama semua agensi lain. Bagi saya, padunya PADU ini kerana ia melibatkan keseluruhan kepakaran dan tenaga penjawat awam, bukan consultant dan kontraktor luar.


2) Penjawat AWAM membangunkan PADU menggunakan peruntukan sedia ada dan segala infrastruktur yang telah ada tanpa perlu membuka tender baru kepada pihak swasta. Maka ia tidak melibatkan perbelanjaan tambahan seperti yang selalu berlaku setiap kali ada sistem baru yang diperkenalkan kerajaan.


3) PADU dibangunkan dalam tempoh masa yang sangat singkat iaitu tujuh bulan (dari Mei 2023 hingga Disember 2023). Ia mengatasi pelaksanaan projek-projek sistem yang dikendalikan oleh pihak swasta sebelum ini dari segi keupayaan menyiapkan sistem untuk keperluan kerajaan dan rakyat dalam tempoh yang begitu singkat.


4) PADU tidak akan melibatkan pembayaran setiap tahun kepada penyedia sistem pihak swasta seperti yang selalu berlaku kerana ia dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam dan milik kerajaan sepenuhnya.


PADU berjaya disediakan dalam tempoh yang singkat dan tanpa peruntukan tambahan kerana hasil penat lelah penjawat awam yang bersengkang mata selama tujuh bulan.


Dari awal, saya telah lontarkan cabaran ini kepada pasukan teras dari Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan – DOSM dan MAMPU, bahawa PADU ialah satu peluang untuk membuktikan kepakaran yang ada di kalangan penjawat awam. 


Saya berdoa kewujudan PADU akan membawa perubahan besar kepada khidmat awam dari kerajaan kepada rakyat. Memang pasukan teras yang mengusahakan PADU akan terus berdepan dengan cabaran, tetapi jika ada pujian mengenai PADU, pujian itu layaknya kepada penjawat awam.


Terima kasih dari saya (secara terbuka) kepada semua penjawat awam dan keseluruhan anggota pasukan dari pelbagai agensi yang telah bertungkus lumus sejak Mei 2023 sehinggalah PADU dapat diluncurkan secara rasmi oleh YAB Perdana Menteri minggu depan.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/12/saja-buat-sistem-baru-padu-sebab-nak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Kata Pn Saja Yang Bagi Duit Cytro Ph Pun Ada Yang Dapat Duit Tapi Nak Lawan Cytro Pn Memang Tak Nampak Pun

Jangan Kata Pn Saja Yang Bagi Duit Cytro Ph Pun Ada Yang Dapat Duit Tapi Nak Lawan Cytro Pn Memang Tak Nampak Pun

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 165 hits
Ahmad Shukri MunirWang Yang berbillion Mungkin Trillion sebahagian nya Yg agak Besar dibelanjakan Untuk terus menjatuhkan kerajaan PMX Mungkin Media Utama Mereka tak Boleh control sangat seperti dulu Sekarang ni Hamlau Lahabau Macam Papagom...
Saya Terima Saja Apa Orang Nak Kata Bukan Sengaja Mengantikan Ernie Di Sfmm Nadeera Jadi Mangsa Kecaman

Saya Terima Saja Apa Orang Nak Kata Bukan Sengaja Mengantikan Ernie Di Sfmm Nadeera Jadi Mangsa Kecaman

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 247 hits
Baru baru ini kontroversi berkenaan lagu Astana yang dipertandingkan di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik musim ke 38 itu telah berjaya meraih perhatian netizen di media sosial Menurut penyanyi Nadeera yang menggantikan penyanyi Ernie Zakri ...
Pembekal Kedai Tomyam Bocor Rahsia Baru Tahu Ada Petua Nak Tanam Serai Gemuk Gemuk

Pembekal Kedai Tomyam Bocor Rahsia Baru Tahu Ada Petua Nak Tanam Serai Gemuk Gemuk

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 192 hits
Seorang pembekal serai telah berjaya mencuri tumpuan ramai selepas membuat satu perkongsian di akaun Facebook miliknya baru baru ini Mana tidaknya pemuda berkenaan sanggup membocorkan petua rahsianya dalam menanam serai bagi mendapatkan has...
Kenaikan Tariff Air Sebanyak 20 Sangat Tinggi Kerajaan Pemalas Hanya Tahu Nak Baham Duit Rakyat Sahaja

Kenaikan Tariff Air Sebanyak 20 Sangat Tinggi Kerajaan Pemalas Hanya Tahu Nak Baham Duit Rakyat Sahaja

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 283 hits
Ketua Menteri DAP Pulau Pinang umum pagi ini bahawa harga air di negeri itu akan naik mencecah 20 peratus tahun ini Kali ke empat harga naik bagi tempoh 10 tahun selepas DAP memerintah di sana Tak apa Cecah 20 peratus sahaja kali ini Kerana...
Ada Rombongan Datang Rumah Aku Nak Masuk Meminang Aku Tak Tahu Siapa Tapi Bila Aku Tanya

Ada Rombongan Datang Rumah Aku Nak Masuk Meminang Aku Tak Tahu Siapa Tapi Bila Aku Tanya

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 206 hits
Apa yang aku nak tulis ni kisah yang aku yakin terjadi dekat ibu tunggal di luar sana apa yang aku tulis tak panjang pendek je tapi cukup lah yang penting sampai pada makcik pakcik bawang kat luar Bagi mereka hadam Tahun 2004 suami aku meni...
Apa Nak Kalut Banjir Tunggu Dulu Kami Nak Selesai Bab Keta Nih

Apa Nak Kalut Banjir Tunggu Dulu Kami Nak Selesai Bab Keta Nih

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 249 hits
W Faudzin Semoga rakyat Terenganu yang menjadi mangsa banjir banyakkan bersabar ok Lupakan dulu bantuan itu ini berilah laluan kerajaan negeri beli kereta baru buat Exco2 mereka dulu Selesaikan masalah mereka dahulu ok Bukankah kita yang la...
Ismail Sabri Sprm Dan Sejarah Berulang

Ismail Sabri Diarahkan Sprm Isytihar Harta

Xiaomi 15 Ultra Dilancar Reka Bentuk Ikonik Fokus Fotografi Harga Dari Rm5 199

Ismail Sabri Diarah Isytihar Harta Sprm Sita Wang Tunai Rm170 Juta Jongkong Emas Rm7 Juta

Cycling 9 Februari 2025

15 Pantun Berbuka Puasa Klasik Bermakna Untuk Sahabat

Ikiru Hotel A Harmonious Fusion Of Architecture And Nature

Johor Princes Switch To Corvette For Gt Races


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Nenek Siapa Asyik Melompat Be Like

Startups Vs Established Industries

Nasi Lemak Lobster Jb

Salam Rmadhan Kareem 1446 Hijrah

Selamat Pagi 1 Ramadan Melayan Taman Kecilku

Jadual Perbandingan Berapa Langkah Perlu Berjalan Untuk Bakar Kalori Makanan Yang Anda Makan