Saiz Comel Tapi Bahaya Dikhuatiri Ada Pemanis Tiruan Elak Beli Baby Nenas Untuk Anak
Melihat saiznya yang comel pasti anak-anak teruja. Namun perlu berhati-hati dengan saiz comel baby nenas yang berlambakan di pasaran. Pemanis tiruan yang terkandung di dalamnya sememangnya kurang sesuai untuk kita. Jadi berhati-hati.
Malah menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, baby nenas ini mengandungi pemanis tiruan tanpa khasiat. Hati-hati!
Hati-hati kalau anak nak makan nenas. Elakkan beli baby nenas, kemungkinan ianya ada pemanis tiruan tanpa khasiat cylamate.
Cyclamate ni pengganti gula. Manis dia 30 – 50 kali ganda lebih dari gula. Letak sikit pun dah cukup untuk beri rasa manis.
Cylamate bukan je takde langsung nutrisi buat anak tau, tapi akan beri kesan buruk jika diambil.
Yang sebenarnya, cylamate dah diharamkan di beberapa buah negara. Tapi baru ni dalam Malaysia sendiri pun, masih dijumpai baby nenas yang ada kandungan cylamate.
Kita hati-hati ya. Lebih baik cari nenas saiz biasa, dari biarkan anak makan baby nenas yang kemungkinan ada kandungan cylamate.
Real food tu baik. Bagus sangat untuk anak. Tapi manipulasi sektor pemakanan zaman sekarang, merisaukan sangat.
Real food pun kena pandai pilih. Kita cuba sama-sama ya.
MENARIK:
Rezeki Terindah Dulu Ibu Sarat Bawa Perut Kini Bayi Kembar 3 Selamat Dilahirkan!
Suami Nakkan Yang Terbaik, Bukan Dayus, Suami Berkorban Lebih Dari Mampu Untuk Persiapan Isteri Bersalin!
Tak Berbaloi Stress Melampau, Rutin Simple Ni Buat Emosi Ibu Lebih Baik, Ubahlah!
Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) memaklumkan bahawa terdapat 11 sampel buah nanas kecil atau baby nanas telah dikesan mengandungi bahan pemanis zat, siklamat.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, menurut KKM, siklamat merupakan sejenis pemanis tanpa zat yang memberikan rasa manis 30-50 kali lebih daripada gula biasa.
Berdasarkan Codex General Standard for Food Additives (GSFA), penggunaan siklamat adalah dibenarkan dalam makanan tertentu seperti jem, jeli, dan lain-lain.
Namun begitu, penggunaan siklamat adalah tidak dibenarkan terhadap buah-buahan segar, termasuklah yang telah dikupas atau sedia untuk dimakan. Ini juga disokong dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Klik DAFTAR segera di https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Saiz Comel Tapi Bahaya, Dikhuatiri Ada Pemanis Tiruan, Elak Beli Baby Nenas Untuk Anak! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/saiz-comel-tapi-bahaya-dikhuatiri-ada-pemanis-tiruan-elak-beli-baby-nenas-untuk-anak/