Saintis Bantu Tangani Kempen Anti Minyak Sawit


BH ONLINE Gambar hiasan. KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi sedang bekerjasama dengan badan pemikir dalam industri minyak sawit untuk membentangkan kes menyeluruh kepada Kesatuan Eropah (EU) pada Januari tahun depan, membabitkan kempen anti-minyak sawit dan dakwaan buruh paksa.
Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin, berkata beberapa saintis sudah mengenal pasti penemuan baharu mengenai lemak tepu yang tidak berkaitan atau menyebabkan penyakit jantung.
"Ini adalah antara perkara yang saya akan bentangkan kepada EU. Kami telah membawa kes (anti-minyak sawit) di peringkat perundangan ke EU sejak tahun 1986 tetapi kini terdapat beberapa perkara yang perlu kami bangkitkan semula berikutan penemuan baharu ini," katanya kepada Bernama pada pelancaran e-platform Persatuan Ahli Sains dan Teknologi Minyak Malaysia (MOSTA), baru-baru ini.
Zuraida menegaskan beliau ingin mengemukakan kes itu daripada sudut saintifik bahawa minyak sawit adalah komoditi yang produktif dan tidak memudaratkan alam sekitar.
"Minyak sawit adalah tanaman dengan hasil minyak tertinggi di dunia dan tanaman serta industri yang menyokong 650,000 pekebun kecil dan lebih dua juta orang yang bergantung kepada industri kelapa sawit sebagai sumber pekerjaan mereka.
"Ia mampan dari segi ekonomi dan alam sekitar dan sihat," katanya.
Sementara itu, Presiden MOSTA, Tan Sri Dr Augustine S H Ong berkata, terdapat 17 minyak dan lemak di dunia dan semuanya boleh dimakan.
"Setiap satu mempunyai kekuatan dan sifat unik jadi marilah kita bersaing secara sihat. Bagi minyak sawit, ia boleh menghasilkan empat tan minyak sehektar setahun, iaitu 10 kali ganda lebih tinggi daripada minyak kacang soya.. dan ia hanya memerlukan sedikit tanah dan kos yang lebih rendah.
"Oleh itu, ia menyumbang kepada dunia. Selain itu, biojisim berasaskan sawit juga boleh diperbaharui", katanya.
Mengimbas kembali, sumber pertikaian terbesar antara Malaysia dan EU adalah membabitkan rancangan Brussels untuk menghentikan import minyak sawit secara berperingkat menjelang 2030.
Tanaman minyak itu telah diklasifikasikan oleh blok perdagangan akan mengakibatkan penebangan hutan yang berlebihan.
Pada akhir Mei, Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) menerima permintaan Malaysia untuk menubuhkan panel untuk membahaskan bantahannya dan pendapat, ia dijangka akan berlaku menjelang akhir tahun ini.
Sementara itu, Ong bersama saintis dari MOSTA akan menyertai Zuraida dalam 'war room' (bilik perang) untuk memberikan input dalam menangani diskriminasi oleh EU atau negara lain.
Pada masa yang sama, MOSTA juga cuba menangani maklumat salah mengenai minyak sawit dalam kalangan pengguna.
Maklumat lanjut mengenai perkembangan terkini mengenai industri ini boleh didapati di laman webnya mosta.org.my.– BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/saintis-bantu-tangani-kempen-anti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kabar Terbaru Malaysia Bersedia Barter Su 35 Rusia Dengan Minyak Sawit

Kabar Terbaru Malaysia Bersedia Barter Su 35 Rusia Dengan Minyak Sawit

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 175 hits
Rusia bersedia untuk meningkatkan pembelian minyak sawitnya secara drastis dari Malaysia kata Viktor Kladov Direktur Rostec State Corp international cooperation and regional policy Sebelumnya Rusia sudah membantu Malaysia memodernisasi arma...
Supercube Soothe Mist Natural Therapy Minyak Moden Bantu Legakan Badan Lenguh Dan Pening

Supercube Soothe Mist Natural Therapy Minyak Moden Bantu Legakan Badan Lenguh Dan Pening

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 515 hits
hai assalammualaikumSupercube Soothe Mist Natural Therapy Minyak Moden Bantu Legakan Lenguh Badan Dan Pening Kepala Kalau dulu minyak urut paling popular minyak gamat sekarang pun orang ada guna juga jenis minyak urut yang warna hitam tu un...
Kempen Turunhargabarang Akan Dilancar Amk

Kempen Turunhargabarang Akan Dilancar Amk

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 188 hits
Angkatan Muda KEADILAN Malaysia akan melancarkan kempen TurunHargaBarang dalam waktu terdekat bagi mendesak Kerajaan BN mengawal harga barang barang keperluan harian yang meningkat mendadak kebelakangan ini Setiausaha AMK Malaysia Syukri Ra...
Pelancaran Kempen Tasneem Prihatin Dan Ulangtahun Tasneem Naturel Kelima

Pelancaran Kempen Tasneem Prihatin Dan Ulangtahun Tasneem Naturel Kelima

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 203 hits
Baru baru ini Tasneem Naturel telah melancarkan kempen Tasneem Prihatin yang merupakan satu inisiatif bertujuan untuk mengurangkan beban ibu dan ayah yang bakal menyambut kelahiran cahayamata Melalui kempen Tasneem Prihatin Tasneem Naturel ...
Reaksi Eks Ketua Wp Kpk Dilantik Jadi Asn Polri Di Hari Anti Korupsi

Reaksi Eks Ketua Wp Kpk Dilantik Jadi Asn Polri Di Hari Anti Korupsi

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 155 hits
Mereka ditugaskan oleh Kapolri Jenderal Listyo Sigit untuk mengawal dana Covid 19 dan mengawasi proyek proyek strategis pemerintah dan dana pemulihan ekonomi nasional
Masalah Bintik Hitam Dan Kulit Berminyak Oxy Anti Blackhead Gel Ini Penyelesaiannya

Masalah Bintik Hitam Dan Kulit Berminyak Oxy Anti Blackhead Gel Ini Penyelesaiannya

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 232 hits
Hi Korang Bintik hitam dan kulit berminyak merupakan antara masalah kulit yang paling kerap dihadapi oleh remaja Apabila mencapai usia baligh kelenjar minyak remaja menjadi aktif sehingga menghasilkan minyak berlebihan Bintik hitam terbentu...
Tutorial Beberapa Cara Buat Ikatan Pancing Anti Kusut

Tutorial Beberapa Cara Buat Ikatan Pancing Anti Kusut

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 434 hits
Beberapa Cara Buat Ikatan Pancing Anti Kusut Assalamualaikum dan salam hormat semua hai kaki pancing jumpa lagi pada tutorial mancing kali ini Kali ini aku nak kongsikan beberapa ikatan atau aku lebih suka panggil perambut mancing Setip kal...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco