Saintis Antartika Berdepan Perubahan Tidak Dapat Dipulihkan


Saintis: Antartika Berdepan Perubahan Tidak Dapat Dipulihkan
CANBERRA, 21 Ogos (Bernama) — Saintis Australia dan antarabangsa memberi amaran bahawa Antartika sedang berdepan perubahan mendadak yang berpotensi tidak dapat dipulihkan terhadap ais, lautan dan ekosistemnya dengan kesan bencana, lapor Xinhua.
Penyelidik memberi amaran bahawa Lapisan Ais Antartika Barat berisiko runtuh akibat peningkatan karbon dioksida, sekali gus meningkatkan paras laut lebih tiga meter dan mengancam bandar pesisir di seluruh dunia, menurut kenyataan dikeluarkan Universiti Nasional Australia (ANU) pada Khamis.
“Keruntuhan sebegini akan membawa kesan bencana kepada generasi akan datang,” kata pengarang utama kajian itu, Nerilie Abram, ketua saintis di Bahagian Antartika Australia di bawah Jabatan Perubahan Iklim, Tenaga, Alam Sekitar dan Air.
Abram, yang menjalankan penyelidikan tersebut ketika berkhidmat sebagai profesor sains iklim di ANU, memberi amaran bahawa perubahan pantas telahpun diperhatikan dan akan “menjadi semakin buruk dengan setiap pecahan darjah pemanasan global.”
Kehilangan ais laut Antartika menjadikan rak ais terapung lebih mudah runtuh akibat ombak, kata Abram bersama pasukan saintis iklim antarabangsa dari Australia, Afrika Selatan, Switzerland, Perancis, Jerman dan Britain.
“Apabila ais laut hilang dari permukaan laut, ia juga mengubah jumlah haba suria yang disimpan dalam sistem iklim, dan ini dijangka memburukkan lagi pemanasan di rantau Antartika,” katanya.
Pengarang bersama, Profesor Matthew England dari Universiti New South Wales, Australia pula menegaskan perubahan itu mengancam negara dengan kenaikan paras laut yang menjejaskan komuniti pesisir serta lautan Selatan yang lebih panas dan kurang oksigen, sekali gus menyerap kurang karbon dan memburukkan pemanasan.
BACA: Bunga Mulai Mekar Di Benua Antartika Bukan Benda Yang Bagus – Pakar Kejatuhan ais laut Antartika turut mengancam habitat pembiakan penguin maharaja yang bergantung kepada ais stabil, manakala kril, anjing laut dan fitoplankton juga berdepan risiko akibat pemanasan serta pengasidan lautan, kata England. Beliau menambah satu lagi risiko ialah keruntuhan peredaran semula Antartika yang menyebabkan nutrien penting terperangkap di dasar laut dan mengganggu ekosistem marin.
Kajian itu menekankan bahawa usaha pemuliharaan melalui Perjanjian Antartika sahaja tidak akan menghentikan kesan iklim; pengurangan pelepasan gas rumah hijau hampir kepada sasaran 1.5 darjah Celsius adalah penting untuk mengelak perubahan mendadak seterusnya.
Penemuan yang diterbitkan dalam jurnal Nature itu menegaskan keperluan mendesak kerajaan, sektor perniagaan dan komuniti untuk mengambil kira perubahan pesat Antartika dalam perancangan iklim masa depan.
Sumber: BERNAMA
The post Saintis: Antartika Berdepan Perubahan Tidak Dapat Dipulihkan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/22/saintis-antartika-berdepan-perubahan-tidak-dapat-dipulihkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anna Jobling Titip Ucapan Manis Buat Ibu Di Hari Lahir Walau Sedang Berdepan Konflik

Anna Jobling Titip Ucapan Manis Buat Ibu Di Hari Lahir Walau Sedang Berdepan Konflik

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 620 hits
Walaupun sedang melalui fasa penuh cabaran dalam kehidupannya pelakon cantik Anna Jobling tetap meletakkan ibu tercinta Ariz Arop di tempat paling istimewa di hatinya Bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke 25 Anna berkongsi momen manis...
Mimpikita Cipta Revolusi Melalui Timelapse Rai Perubahan Gaya Pagi Ke Malam Maya

Mimpikita Cipta Revolusi Melalui Timelapse Rai Perubahan Gaya Pagi Ke Malam Maya

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 481 hits
JENAMA fesyen tempatan Mimpikita bersama Kita Co kembali menghiasi pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2025 dengan pelancaran koleksi musim bunga panas 2026 bertemakan Timelapse yang mengangkat keindahan perubahan dari Waktu pagi hingga malas...
Zara Qairina Lima Remaja Berdepan Tuduhan Buli

Zara Qairina Lima Remaja Berdepan Tuduhan Buli

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 545 hits
Zara Qairina Lima Remaja Berdepan Tuduhan Buli KOTA KINABALU 20 Ogos Lima remaja perempuan bawah umur dijadual didakwa di Mahkamah Kanak Kanak di sini pagi ini berhubung kes buli pelajar Zara Qairina Mahathir Mereka yang berumur di bawah 18...
Penakut Pukul Curi Ja Berdepan Dengan Anwar Dalam Dewan Tak Hadir Ponteng Ja

Penakut Pukul Curi Ja Berdepan Dengan Anwar Dalam Dewan Tak Hadir Ponteng Ja

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 2263 hits
Mukhlis Eddie Busuk hati betul asyik ulang naratif perkauman murahan semai kebencian cipta ketakutan sampai rakyat sendiri jadi berpecah
Harapan Baru Buat Anak Istimewa Saintis Jepun Padam Kromosom Punca Sindrom Down

Harapan Baru Buat Anak Istimewa Saintis Jepun Padam Kromosom Punca Sindrom Down

papar berkaitan - pada 26/8/2025 - jumlah : 2473 hits
Khabar gembira datang dari dunia sains apabila sekumpulan saintis di Jepun berjaya mencipta sejarah dengan memadam kromosom tambahan yang menjadi punca kepada Sindrom Down Penemuan ini dilihat sebagai satu game changer kerana buat pertama k...
Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Infinix Xpad Edge Bakal Dilancar Pada 18 Disember 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Selasa Dak Jasmine

Lirik Lagu Terang Bulan Zamzuriah Zahari

Siapakah Ahmed Al Ahmed Wira Yang Menyelamatkan Nyawa Dalam Serangan Tembakan Sydney

Sambal Bawang Homemade Paling Sedap Padu Resipi Viral Buka Selera

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Parti Keadilan Rakyat Temerloh Bantah Tuntutan Dikemukakan Penasihat Dap Kepada Kerajaan Berkaitan Pengiktirafan Uec