Sahihkan Hadis Tentang 30 Kelebihan Tarawih Untuk 30 Hari


Terdapat banyak ganjaran ibadah yang dijanjikan Allah untuk menaikkan semangat hambaNya untuk terus istiqamah dalam menunaikan ibadah.
Namun, dalam banyak-banyak ganjaran yang sampai ke telinga kita, pasti ada juga yang palsu dan berbeza seperti apa yang diriwayatkan oleh Baginda SAW.
Sebagai contoh, ada disebut mengenai hadis ganjaran memotong kuku pada hari-hari tertentu akan dihindari dengan musibah dan sebagainya. Sedangkan ia adalah hadis palsu.
Begitu juga di bulan Ramadan, banyak tular hadis palsu yang menceritakan mengenai ganjaran-ganjaran tertentu sesebuah amalan.
Antara yang mahsyur ialah berkenaan hadis 30 ganjaran yang diberikan setiap 30 malam jika melakukan solat sunat Tarawih.
Bentuk teks hadisnya dikatakan diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib, Baginda pernah ditanya berkenaan keutamaan solat Tarawih. Lalu, Baginda menyebut;
#1 – Pada malam pertama, seorang mukmin akan dikeluarkan dari dosanya seperti ia dilahirkan dari perut ibunya.
#2 – Pada malam kedua, dia akan diampunkan dosanya dan dosa kedua ibu bapanya jika mereka beriman.
#3 – Pada malam ketiga, Malaikat akan berseru dari Arasy; “Mulailah olehmu dengan beramal, Allah telah mengampunkan dosa-dosamu yang lalu.
#4 – Pada malam keempat, dia akan memperoleh pahala seperti pahala membaca Taurat, Injil dan Furqan.
#5 – Pada malam kelima, Allah akan berikan kepadanya pahala seperti pahala orang yang solat di Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Aqsa.
Dan begitulah seterusnya. Setiap hari ada ganjaran-ganjaran tertentu buat mereka yang menunaikan solat Tarawih sehingga ke malam terakhir Ramadan.
Hadis ini telah dinukilkan palsu oleh jumhur ulama. Ia telah disebutkan oleh Syaikh Utsman bin Hasan bin Ahmad al-Khubari dalam kitab Durrotun Nashihiin fil Wa’zhi wal Irsyad.
Dr Lutfi Fathullah telah menjelaskan apabila beliau meneliti kitab tersebut, sebanyak 30 peratus daripadanya terkandung hadis palsu.
Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz berkata – “Kitab ini tidak dapat dijadikan sandaran (dalam ilmu dan amal) kerana ia mengandungi hadis-hadis daif (lemah) dan maudhu’ (palsu).”
Jumhur ulama juga menyebutkan bahawa tiada sumber yang jelas dan sanadnya juga tidak bersambung dengan Nabi Muhammad SAW.
Imam ibn Qayyim juga ada menyebut – “Hadis palsu itu antara cirinya ialah padanya terdapat unsur berlebih-lebihan dalam menetapkan pahala dan dosa. Perkara yang kecil diletakkan hukuman yang terlalu besar ataupun ganjaran yang tidak munasabah.” (Al-Manar al-Munif, 51)
Kita dapat lihat ganjaran yang diberikan melalui hadis di atas adalah terlalu berlebihan dan tidak munasabah. Maka, menurut kepada pendapat Ibnu Qayyim di atas, ia adalah antara ciri hadis palsu.
Justeru, hadis ini tidak boleh disebarkan semata-mata memberi semangat kepada saudara seislam kita untuk beribadah kepadaNya. Hal ini bersangkut-paut dengan akidah mereka dalam beramal dengan hadis palsu.
Sebaliknya, ada sebuah hadis yang sahih berkenaan ganjaran Ramadan yang pernah diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Baginda SAW bersabda:
‎مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksud: “Sesiapa yang melakukan qiam (solat malam) Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran serta keampunan akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.”
(Hadis Riwayat Bukhari, no. 37)
Tuntasnya, sebelum menyebarkan sesuatu perkara, semak dahulu akan kesahihannya. Ia adalah tanggungjawab semua orang agar setiap dari kita diberikan informasi yang tepat.
Rujukan:
Mufti Wilayah
 
Sumber: tzkrh.com
The post Sahihkan Hadis Tentang 30 Kelebihan Tarawih Untuk 30 Hari appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/sahihkan-hadis-tentang-30-kelebihan-tarawih-untuk-30-hari/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doktor Ditemui Mati Selepas Beberapa Hari Gagal Dihubungi Tunangnya

Doktor Ditemui Mati Selepas Beberapa Hari Gagal Dihubungi Tunangnya

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 528 hits
Selepas gagal dihubungi beberapa hari seorang daoktor lelaki akhirnya ditemui mati di bilik sewanya di Kampung Nyior Sepohon Jalan Sultan Mahmud Kuala Terengganu Mohd Muaz Mohd Sabri 30 an ditemui pada pukul 10 40 malam selepas anak pemilik...
Niat Mahu Rai Hari Terakhir Lockdown Dengan Bergambar Berani Mati Bertukar Tragedi

Niat Mahu Rai Hari Terakhir Lockdown Dengan Bergambar Berani Mati Bertukar Tragedi

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 699 hits
Niat mahu Rai Hari Terakhir Lockdown dengan Bergambar Berani Mati bertukar TragediNIAT MAHU RAI HARI TERAKHIR BERKURUNG DENGAN BERGAMBAR BERTUKAR TRAGEDI Kawan Nampak Depan Mata Wanita Mavt Jatvh Teblng 35 Meter Ketika Bergambar Posing Untu...
Selamat Hari Mayday Atau Hari Buroh

Selamat Hari Mayday Atau Hari Buroh

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 545 hits
Salam sejahtera pembaca yang budiman 1 hb Mei merupakan hari yang selalu ditunggu oleh sesetengah orang Khususnya golongan pekerja Mereka gembira kerana ia menjadi sambutan hampir di seluruh dunia dengan tawaran cuti pada tarikh ini Manakal...
Hari Ini 8 Tahun Lalu Saya Masuk Islam Amp Saya Sendiri Luahan Gadis Korea Ayana Jihye Moon

Hari Ini 8 Tahun Lalu Saya Masuk Islam Amp Saya Sendiri Luahan Gadis Korea Ayana Jihye Moon

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 606 hits
May 1 2020 Ayana Jihye Moon merupakan seorang gadis Korea Selatan memeluk agama Islam dan berhijrah ke Indonesia Kisah Ayana Jihye Moon telah tular beberapa tahun lalu dan gadis korea ini menjadi bualan hangat netizen Gadis korea yang memel...
Perutusan Khas Hari Pekerja 2020 Yab Perdana Menteri

Perutusan Khas Hari Pekerja 2020 Yab Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 669 hits
RINGKASAN Perutusan Khas Hari Pekerja 2020 YAB Perdana Menteri Selamat Hari Pekerja buat Semua Tahun ini keadaan sambutan tidak seperti biasa dan dalam Bulan Ramadhan Sumbangan semua pekerja dari sektor awam dan swasta amat dihargai Bekerja...
Ayana Jihye Moon Hari Ini 8 Tahun Yang Lalu Saya Masuk Islam

Ayana Jihye Moon Hari Ini 8 Tahun Yang Lalu Saya Masuk Islam

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 820 hits
Kisah Ayana Jihye Moon dimana dia merupakan seorang gadis Korea Selatan memeluk agama Islam dan berhijrah ke Indonesia beberapa tahun lalu viral dan menjadi bualan hangat warganet Wanita berusia 25 tahun ini juga dikenali sebagai model musl...
Covid 19 69 Kes Baharu 39 Kes Pulih Satu Kematian Hari Ini

Covid 19 69 Kes Baharu 39 Kes Pulih Satu Kematian Hari Ini

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 598 hits
PUTRAJAYA Seorang pesakit positif Covid 19 meninggal dunia hari ini menurut Kementerian Kesihatan Malaysia Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mangsa direkodkan mempunyai latar belakang penyakit barah Beliau mempu...
Asal Usul Hari Pekerja 1 Mei Adalah Hari Lawan Majikan

Asal Usul Hari Pekerja 1 Mei Adalah Hari Lawan Majikan

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 1566 hits
Asal usul Hari Pekerja 1 Mei adalah hari lawan majikan Ditulis oleh Ayman Rashdan WongRamai ingat cuti umum Hari Pekerja 1 Mei adalah tanda penghargaan majikan kepada pekerja Sebenarnya asal usul Hari Pekerja adalah hari lawan majikan Asal ...
Billplz Memberikan Rm10 Percuma Sempena Hari Pekerja

Billplz Memberikan Rm10 Percuma Sempena Hari Pekerja

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 744 hits
Billplz memberikan RM10 kredit percuma sempena Hari Pekerja pada tahun ini kepada pengguna mereka dimana RM10 kredit percuma ini diberikan dalam bentuk coupon code dan nilai tersebut akan dimasukkan ke dalam Credit Balance akaun Billplz sek...
Sheraton Kota Kinabalu Sabah S Newest Luxury Landmark Opens

Anak Dara Ke Janda Baik

Hantar Borang Pencen

Itinerari Malam Sabtu Tahun Baharu 2026 Membeli Belah Dan Santai Di Pj Night Car Boot Sale

Di Sebalik Kehidupan Mengapa Bentuk Molekul Menentukan Segalanya

Kisah Adik Kucing Asrama Anak Beranak

Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Bagaimana Kemahiran Digital Memperkasa Keputusan Harian Dalam Kewangan Moden


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kenali Silkscreen Printing Untuk Botol Rahsia Cetakan Tahan Lama Elegan

Kicap Mee Sedap Dan Mudah

Penghargaan Cemerlang Skuad Futsal Harimau Malaya Terima Hadiah Tempat Ketiga

Arab Saudi Lancar Serangan Udara Di Mukalla Tindakan Strategik Di Pelabuhan Utama

Senarai Perdana Menteri Malaysia

Robot Humanoid Kini Boleh Disewa Untuk Majlis Perkahwinan Di China