Saharul Ridzwan Keluar Zon Selesa






Sengkang masa selama hampir 10 tahun bergelar anak seni seakan masih belum cukup memberi kepuasan kepada pelakon Saharul Ridzwan kerana selama ini dia sering diberi watak sebagai hero romantik dalam drama.

Jauh di sudut hatinya, ada satu impian yang sudah lama terpendam rapi iaitu keinginan untuk membintangi naskhah aksi.

Bagai bulan jatuh ke riba, penantian panjang itu akhirnya membuahkan hasil apabila dia terpilih selaku pelakon utama bagi naskhah Coast Guard yang bakal menembusi pawagam pada tahun depan.

Ujar pemilik nama lengkap Mohd. Saharul Ridzwan Hashim itu, selain memenuhi impian yang sekian lama terpendam, ini merupakan peluang untuk dirinya keluar dari zon selesa.

“Ini merupakan filem aksi pertama dan juga naskhah layar lebar sulung saya selepas sekian lama bergelar pelakon. Syukur alhamdulillah, saya sangat teruja dengan tawaran ini.

“Akhirnya saya dapat keluar daripada kepompong selesa. Selama ini orang melabelkan saya sebagai hero romantik sebab terlalu kerap melakonkan naskhah bersadur cinta.

“Naskhah Coast Guard telah memberi peluang untuk saya tampilkan sisi berbeza yang belum pernah penonton lihat sebelum ini,” ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang akhbar filem berkenaan di Red Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Coast Guard terbitan Arie Zaharie Sdn. Bhd. bakal menjalani penggambaran bermula awal Ogos depan dan dibintangi barisan pelakon popular seperti Emma Maembong, Julia Farhana, Fauzi Nawawi, Aziz M. Osman, Sabri Yunus, Wanna Ali dan Hazama.

Perbandingan

Filem aksi beruniform telah banyak diterbitkan sebelum ini dan antara karya yang berjaya menempa rekod tayangan pecah panggung adalah Polis Evo 2 (RM20 juta), Paskal (RM30 juta) dan KL Special Force (RM12.2 juta). Situasi itu membuatkan Saharul berasa khuatir.

Dia bimbang, penonton akan meletakkan jangkaan tinggi selain memberi perbandingan terhadap lakonannya dengan naskhah-naskhah aksi yang lain.

“Tekanan dan bimbang memang ada dalam hati saya. Bagaimanapun tidak adil buat saya atau pelakon lain kalau penonton cuba membuat perbandingan. Masing-masing ada kelebihan dan kelainan tersendiri.

“Tolak ke tepi semua tekanan itu. Saya ambil dari sudut positif dan melihat ini sebagai satu bentuk amanah supaya dapat lakukan yang terbaik buat penonton,” jelasnya.

Ketika menerima perkhabaran dirinya terpilih selaku bintang utama naskhah aksi tersebut, pelakon berusia 30 tahun itu mengakui ada meminta tunjuk ajar daripada pelakon aksi, Hairul Azreen terutama dalam soal persediaan rapi sebelum memasuki set penggambaran.

“Banyak kali saya berjumpa Hairul. Katanya, fizikal jatuh nombor dua kerana paling penting adalah mental. Sebab naskhah aksi memang jauh beza daripada cerita lain,” kata Saharul yang masih dalam proses menurunkan berat badan daripada 83 kilogram (kg) kepada 75kg.



Anak perempuan

Menyentuh tentang kehidupan peribadinya, Saharul yang sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan isteri, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir telah dikurniakan putera sulung bernama Muhammad Luth Ali pada 6 Jun 2017.

Menyedari Ali yang kini telah berusia dua tahun membuatkan Saharul kembali bersedia menerima kehadiran orang baharu dalam keluarga kecilnya.

Luah pelakon drama Hati Perempuan itu, jika ada rezeki dia menyimpan hasrat untuk menimang cahaya mata perempuan suatu hari nanti.

“Memang ada keinginan untuk menambah anak, kalau boleh mahu perempuan. Sebab Ali pun sudah besar dan dia perlukan kawan bermain. Insya-Allah, doa-doakanlah,” katanya ringkas.

Menyambung bicara tentang kerjaya seni, selepas muncul menerusi lagu Buku Putih bersama dengan komposer Ajai sekitar September tahun lalu, langkah Saharul dalam bidang muzik dilihat bergerak agak perlahan.

Mengakui perkara tersebut, Saharul bagaimanapun menjelaskan dia mengambil serius karier nyanyiannya. Namun disebabkan kesibukan masa membuatkan dia sukar memberi sepenuhnya fokus terhadap bidang nyanyian.

“Saya perlu kental kalau mahu jadi penyanyi. Saya tidak kisah kalau orang kata saya tidak boleh menyanyi. Sebabnya saya rap, bukan menyanyi.

“Sebenarnya saya boleh menyanyi cuma perlu jalani latihan yang betul dan banyak belajar. Tiada orang yang terus pandai dalam satu-satu bidang kerana itu perlu belajar dari bawah,” ujarnya yang akan meneruskan karier dalam bidang nyanyian selepas ini.

Kerap dihujani tawaran selaku hero dalam naskhah romantik, pelakon Saharul Ridzwan akhirnya menamatkan penantian impiannya selepas terpilih membintangi genre aksi menerusi filem Coast Guard.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/07/saharul-ridzwan-keluar-zon-selesa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Filem Coast Guard Lakonan Saharul Ridzwan Dan Emma Maembong

Filem Coast Guard Lakonan Saharul Ridzwan Dan Emma Maembong

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 1025 hits
Akan datang filem Coast Guard pengarah Pitt Hanif dan Hashim Rejab terbitan Arie Zaharie Production Flying Ideal Sdn Bhd bersama Maritim Malaysia Para PelakonSaharul Ridzwan Emma Maembong Julia Farhan Fauzi Nawawi Sabri Yunus Aziz M Osman B...
Banyak Siswa Terlempar Keluar Daerah Fx Rudy Minta Ganjar Evaluasi Sistem Zonasi

Banyak Siswa Terlempar Keluar Daerah Fx Rudy Minta Ganjar Evaluasi Sistem Zonasi

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 215 hits
Dia menilai sistem zonasi yang diterapkan saat ini merugikan warganya Pasalnya tak sedikit siswa dari Kota Solo yang tidak diterima dipilihan pertama Mereka justru terlempar di sekolah luar Solo seperti di Kabupaten Sukoharjo dan Karanganya...
Dell Hp Dan Microsoft Juga Merancang Memindahkan Pengilangan Peranti Keluar Dari China

Dell Hp Dan Microsoft Juga Merancang Memindahkan Pengilangan Peranti Keluar Dari China

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 241 hits
Presiden Trump berkata buat masa ini tarif tinggi tidak akan dikenakan ke atas produk China yang diimport ke A S minggu lalu Kedua dua negara masih sedang berusaha mencari jalan penyelesaian bagi isu ini Walaupun perbincangan sedang dilakuk...
Keluar Dari Rs Wali Kota Risma Jalani Rawat Jalan Di Rumah Dinas

Keluar Dari Rs Wali Kota Risma Jalani Rawat Jalan Di Rumah Dinas

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 249 hits
Alhamdulillah sudah sehat Bu Wali juga sudah menandatangani beberapa surat yang perlu ditandatangani kata Fikser
Nak Keluar Negara Pun Kena Bayar Cukai Oiii Nampak Sangat Ekonomi Negara Semakin Senak

Nak Keluar Negara Pun Kena Bayar Cukai Oiii Nampak Sangat Ekonomi Negara Semakin Senak

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 657 hits
Mulai tarikh keramat 1 Julai 2019 iaitu setahun selepas penaklukan PH di Putrajaya Cukai atau levi merupakan antara beberapa cukai baru diperkenalkan oleh rejim PH bagi menambah pendapatan negara setelah sumber pendapatan cukai yang terbaik...
Bapa Tampar Muka Anak Sampai Mata Tersembul Keluar Dari Soket Mata

Bapa Tampar Muka Anak Sampai Mata Tersembul Keluar Dari Soket Mata

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 398 hits
The ReporterTergamak seorang bapa menampar anak lelakinya dengan kuat sehingga menyebabkan mata kiri mangsa tersembul keluar dari soket mata Menurut laporan kejadian yang mengerikan itu berlaku di Tlaxiaco Oaxaca Mexico kira kira sebulan la...
Siapa Suruh Parking Sesuka Hati Halang Laluan Keluar Kereta Dicalar I Parked Like An Idiot

Siapa Suruh Parking Sesuka Hati Halang Laluan Keluar Kereta Dicalar I Parked Like An Idiot

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 289 hits
Umum mengetahui semua pemandu telah dididik di akademi untuk meletakkan kenderaannya di ruang yang telah disediakan Namun sikap sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab ini gemar meletakkan kenderaan mereka sesuka hati sehingga menim...
Fredo Tidak Akan Keluar Dari Bosskurr

Fredo Tidak Akan Keluar Dari Bosskurr

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 1229 hits
PERSOALAN sama ada pemain kompetitif e sukan Ahmad Fuad Razali akan terus kekal bersama Bosskurr Gaming sering timbul dalam kalangan peminat dan warganet Mungkin ramai yang tertanya tanya kerana skuad utama Bosskurr Gaming iaitu Shopee Boss...
Momen Yang Tidak Akan Terhilang

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Man City Bergaya Bedal Juventus

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Autoimmune Disease

Hassle Free Estate Liquidation Let Us Handle The Heavy Lifting

Dikecam Gara Gara Halau Lelaki Dari Surau Jmb Halaman 11 Akhirnya Bersuara Itu Video Lama Perkara Tu Dah Selesai

Hiburan Kieda Crepe Akui Bisnes Terjejas Tak Sangka Video Peribadi Undang Kritikan Saya Lupa Saya Influencer

21 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Hutan Melintang

Anwar Gagal Kawal Kes Serangan Seksual