Fredo Tidak Akan Keluar Dari Bosskurr
PERSOALAN sama ada pemain kompetitif e-sukan Ahmad Fuad Razali (Fredo) akan terus kekal bersama Bosskurr Gaming sering timbul dalam kalangan peminat dan warganet (netizen). Mungkin ramai yang tertanya-tanya kerana skuad utama Bosskurr Gaming (Bosskurr) iaitu Shopee Bosskurr sering dilihat bersama-sama sejak dahulu lagi dan agak janggal jika sekiranya ada di antara mereka tidak membuat kemunculan bersama.
Contohnya pada awal tahun ini, apabila salah seorang ahli Shopee Bosskurr Herwin Baharuddin (Rush) melakukan penstriman langsung selepas meraih kemenangan dalam satu kejohanan anjuran TODAK. kemenangan itu menyaksikan Rush membawa pulang RM50,000 bersama ahli-ahli pasukan yang lain sehingga ada yang bertanya sama ada duit kemenangan tersebut akan dibahagikan bersama Fredo memandangkan dia tidak boleh beraksi pada Grand Final Kejohanan Todak itu.
Jawapan Rush sangat mudah: “Menang tak menang, memang bahagi kena bahagi enam. Duit boleh cari geng. Kawan susah cari.” Fredo ketika itu menyertai kejohanan PUBG Mobile Malaysia National Championship yang berlangsung pada hari yang sama pada kejohanan Todak itu. Meski dia tidak dapat beraksi pada Grand Final itu, mungkin ada yang tidak mengetahui yang F redo juga terlibat pada peringkat kelayakan kejohanan itu sehingga ada satu pusingan Fredo menggunakan hero Alucard.
Pasukan utama Bosskurr itu terdiri daripada Rush, Fredo, Daddy, Andi Alfian Firman (Gripex), Abdul Wandi Abdul Kadir (Logan), Sofian Sultan (Penjahat) dan Mohd Faris Zakaria (Soloz). Mereka yang sebelum ini pernah bernaung di bawah nama AirAsia Saiyan pada tahun lalu, kini mendapat tajaan daripada platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee dan dijenamakan sebagai Shopee Bosskurr.
Sumber: WTM
Sumber: Oh! Media
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.terengganu11.com/2019/07/fredo-tidak-akan-keluar-dari-bosskurr.html