Sahabat Media Mmsos Gua Damai Xtreme Park
BILA CEMAS TEKAN JER ‘PANIC BUTTON’ MMSOS
MM Synergy Sdn. Bhd, Kuala Lumpur – Program Sahabat Media MMSOS ini merupakan pendekatan yang spesifik kepada keperluan dan aplikasi ‘Panic Button’ MMSOS di mana saja kita berada. Setiap aktiviti dan program yang dijalankan mempunyai input yang menjurus kepada objektif yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
Ini amat bersesuaian dengan visi ‘Panic Button’ MMSOS dalam ‘Creating Awareness’ bagi memberi efektif dalam menanam dan menyemai kesedaran peserta dalam kepentingan aplikasi ‘Panic Button’ ini.
Objektif program Sahabat Media MMSOS @ Gua Damai Xtreme Park ini adalah:
a) Para peserta dapat membina jati diri disamping memantapkan cara kerja.
b) Meningkatkan kemahiran asas kepimpinan dan keyakinan diri para peserta.
c) Menanam sikap kepekaaan terhadap peranan dan keyakinan diri para peserta.
d) Memberi pendedahan kepada aspek kemahiran berkomunikasi dan kemahiran interpersonal.
e) Mengetahui akan keperluan asas dalam aspek nilai tambah kemahiran individu.
f) Memupuk sikap dan semangat kerjasama di kalangan rakan sekerja.
g) Memberi pendedahan secara am terhadap cara penyelesaian masalah.
h) Para peserta dapat mengenali lebih rapat antara satu sama lain terutamanya ahli kumpulan masing-masing dari segi kebolehan individu memimpin, berkomunikasi, mengatur strategi dan tahap kerjasama dalam pasukan yang boleh diberikan.
i) Selain mengenali individu lain, para peserta juga berpeluang menegenali kebolehan diri sendiri dalam menghadapai sesuatu cabaran.
Secara ringkas mengenai Aplikasi ‘Panic Button’ MMSOS
MMSOS merupakan aplikasi bantuan kecemasan dengan hanya menekan ‘Panic Button’para pengguna yang berdepan dengan kecemasan seperti kes ragut, rompakan, serangan, jenayah harta benda, kecurian kenderaan, kebakaran, pembuli jalan raya, cubaan rompakan, perbuatan yang mencurigakan, membantu dalam memaklumkan ahli keluarga bila berlaku kecemasan, tunda kenderaan, tuntutan insuran, ‘jump start’ kereta, membantu ganti tayar pancit atau rosak dan mengatur ambulan.
Aplikasi ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, kerjasama bantuan ambulan, polis, bomba, hospital atau klinik, laporan jenayah, ‘motor assist’dan kaunseling yang mudah diakses.
MMSOS beroperasi 24 jam, tujuh hari seminggu dan 365 hari sepanjang tahun. Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja ketika mengalami kes kecemasan. Apabila berlaku kecemasan, mereka hanya perlu menekan butang kecemasan dan ‘Team SOS Response’ akan membantu pengguna mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang dihadapi serta mendapatkan bantuan yang terdekat dengan anda. Anda sebagai pengguna boleh ‘monitor’ status anda melalui aplikasi ini.
Aplikasi ini dimuat turun secara percuma di Play Store dan Apps Store dengan hanya klik http://bit.ly/2mC6Y03. Kemudian buat pendaftaran dengan memasukkan butiran diri anda.
Kelebihan Melanggan Aplikasi MMSOS :
a) Kelebihan melanggan aplikasi ini, percuma ‘Personal Accident Insurance’ bernilai RM50,000.00
b) Percuma Pemeriksaan Kesihatan bernilai RM365.00
c) Diskaun 70% untuk ‘Car Tinted’
d) Diskaun 40% untuk Pakej Percutian ke Marina Island (Pakej 3h2m dan Makan Malam untuk 2 orang).
e) ‘Harga Istimewa’ untuk memperbaharui Insurans Kereta.
f) ‘Harga Istimewa’ untuk Penyelengaraan Kereta.
g) Ambulance Fees
h) Percuma Perkhidmatan ‘Towing’
Pengenalan aplikasi ini adalah tepat pada masanya, sekaligus dapat membantu kerajaan dan polis memastikan kadar jenayah di seluruh negara terus menurun dan rakyat sentiasa berasa selamat. Ia juga membantu dalam mengurangkan kos bebanan pengguna.
Mengenai Gua Damai Xtreme Park
Gua Damai berkongsi dengan bukit besar Batu Caves iaitu terletak di bahagian utara bukit berkenaan. Berkeluasan kira-kira dua hektar. Gua Damai mempunyai lima gua iaitu Gua Kristal, Gua Anjing, Gua Chili Padi, Gua Ichibawa dan Gua Fig Tree. Namun, ramai tidak mengetahui kewujudan kawasan itu serta gua berkenaan.
Mustapha Al-Bakri Omar, 67, adalah individu pertama yang menjumpai kawasan terbatit 20 tahun lalu. Gelaran itu sangat sesuai dengan dirinya yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang berkenaan selepas diceburinya lebih 30 tahun lalu selain mendapat pengiktirafan dunia.
Beliau bukan calang-calang orang kerana peranannya begitu besar apabila membangunkan kawasan terbiar menjadi sebuah pusat rekreasi menarik yang terletak di Batu Caves.
Gua Damai Xtreme Park menyediakan banyak pakej pilihan yang sesuai dengan keinginan dan minat pelanggan. Antaranya ialah sukan mendaki, abseiling,memanjat pokok dan memasuki gua. Aktiviti abseilingdilakukan dari dinding batu dengan ketinggian 25 meter hingga 90 meter. Aktiviti memasuki gua pula mempunyai 150 laluan dengan pembentukan batu kapur di gua ini berusia kira-kira 60 juta tahun.
#MMSOS
#PanicButton
#GuaDamaiXtremePark
#xxtreme
#outdoor
#sukanlasak
#aderberan
#djrizz
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://djidrismohamad.blogspot.com/2019/01/sahabat-media-mmsos-gua-damai-xtreme.html