Sahabat Lama


SAHABAT LAMA. Semalam tiba tiba teringat seseorang yang aku pernah rapat dulu. Waktu umur aku masih remaja 18 tahun. Dialah orang aku rasa paling buat aku rasa bahagia. Bukan kekasih la.. Antara sahabat terbaik dalam hidup aku dulu. Mungkin faktor usia dia waktu tu lebih matang buat aku rasa macam ada seseorang yang bagi perhatian & kasih sayang. 
Budak remaja yang umur macam tu memang mudah sangat terbuai jika di beri perhatian. Yelah kita waktu tu nak kata dewasa belum dan bukan lagi kanak kanak. Jadi di usia macam tu perangai memang la tak matang kan cuma waktu macam tu mudah terpengaruh dengan semua perkara di sekeliling kita. Masih tak tahu nak uruskan perasaan sendiri secara matang banyak lebih ikut emosi dari akal. 
Aku cuba cari dia kat facebook.. Jumpa pula tu. Dah nampak berusia. Tak pelik la masa aku masih remaja umur dia pun rasanya dah masuk 30 waktu tu. Sekarang Dah berkahwin tu pasti la. Nampak kehidupan dia macam baik baik sahaja tapi itu gambaran kat facebook la. Aku pun tak tahu kehidupan dia sekarang macam mana cuma aku tetap doakan yang terbaik pada orang yang pernah melayan aku dengan baik dulu. Selalu pujuk bila aku tantrum & memberontak. Selalu tenangkan aku dengan kata kata yang lembut bila aku bersedih dan selalu buat aku ketawa dengan lawak lawak dia. 
Dia seorang sahabat yang tak pernah aku lupa. Bagi aku dia tak pernah pun buat salah apa apa dengan aku. Terpisah hanya kerana bagi aku satu perjalanan biasa hidup seorang manusia. Bertemu dan berpisah itu normal. Tapi apa yang di tinggalkan dalam kenangan itu sangat indah. Terima kasih pernah mencipta kenangan bersama.
Dia pernah hadiahkan aku 5 elor replika cicak sebab aku suka cicak? Pelik kan? Dari kecil aku suka tangkap & main main dengan cicak. Aku suka pegang badan cicak sebab lembut & sejuk. Antara perangai aku yang kawan kawan perempuan majoriti tak suka. Yelah tipikal perempuan geli dengan cicak tapi aku lain sikit. Aku suka pegang cicak, ulat daun.. Dulu kalau pergi memancing aku la tukang letak umpan cacing kat kata kail kawan aku siti. Siti ni memang tipikal perempuan. Geli dengan serangga, kucing.. Tapi suka sangat bunga. 
Sebab dia tahu aku suka cicak dia hadiahkan aku 5 ekor cicak. Maaf.. lepas dah berhijrah kesini 5 ekor tu aku tak bawa. Bila rumah kena renovate mak minah kemas kemas bilik mungkin dia dah terbuang semua termasuk buku diari untuk sahabat pernah aku tulis dulu. Kalau kau masih ingat tentang diari tu.. 
Semoga kau baik baik sahaja. Aku tak harap pun ada kesinambungan kisah persahabatan kita. Mungkin keadaan dan masa sudah tidak sesuai. Masing masing ada kehidupan & pasangan. Cuma sesekali rasa nak tahu je macam mana keadaan kau sekarang. Moga kau baik baik saja. Terima kasih pernah jadi sahabat yang terbaik pada aku dulu. 
Aku? Alhamdulillah ada suami yang hansome, kelakar & baik la. Ada sepasang anak (lelaki & perempuan). Dan kehidupan aku macam biasa sahaja. Ada naik & turunnya. Kalau nak di ceritakan perjalanan hidup aku ni tak cukup 1 buku diari dah. Sekarang aku dah dewasa bukan lagi budak belasan tahun atau seorang gadis muda lagi. 
Tanpa sedar dah jauh kita tinggalkan kenangan dulu. Kita mungkin bukan orang sama kita pernah kenal. Segalanya berubah bersama waktu. Tapi kenangan tu akan kekal takkan berubah atau di ubah. Tapi kenapa yer masa kau pilih untuk pergi dulu aku rasa sedih sangat.. Tapi aku tak pernah marah. Apa yang kau buat waktu tu tak salah.. Jika tidak di beri pilihan mungkin kau tak pergi cuma bila di minta pilih salah satu antara dua sesiapapun akan buat pilihan yang sama. Sedih tu satu perasaan yang normal untuk sesiapa saja yang berada dalam situasi aku waktu tu. Cuma kau pergi tapi tak tinggalkan kebencian di hati aku. Buat aku sentiasa letak diri kau sebagai sahabat yang paling terbaik dalam sejarah hidup aku. 
Dulu.. Aku takut kehilangan tanpa sedar aku banyak hadapi kehilangan dan aku lalui juga semua tu tanpa putus asa. Takut atau tak.. Lumrah kehidupan kita akan lalui semua tu. Cuma sewaktu ia datang adakah kita bersedia atau tak sahaja. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://duniamelekitku.blogspot.com/2025/06/sahabat-lama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sahabat Lama Menyembahkan Rayuan Kepada Tuanku Sultan Supaya Kerajaan Negeri Pahang Berhenti Menyaman Wartawan Tua

Sahabat Lama Menyembahkan Rayuan Kepada Tuanku Sultan Supaya Kerajaan Negeri Pahang Berhenti Menyaman Wartawan Tua

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 123 hits
Hari ini saya sungguh terharu apabila menerima mesej WhatsApp berikut daripada seorang sahabat lama yang juga rakan sekerjaya wartawan Assalam Dir terserempak Tuanku Sultan Pahang di IJN tadi Koi bagitau Tuanku suruhlah Kerajaan Negeri hent...
Cara Membuat Dan Menyimpan Cili Kisar Dan Bawang Merah Supaya Tahan Lama

Cara Membuat Dan Menyimpan Cili Kisar Dan Bawang Merah Supaya Tahan Lama

papar berkaitan - pada 14/6/2025 - jumlah : 224 hits
Jom kita baca cara nak buat cili kisar dan bawang kisar dan cara menyimpannya supaya lebih tahan lama CARA MEMBUAT CILI KISAR 1 Gunting cili kering lebih kurang 1 inci Masukkan dalam tapis yang berlubang agak besar untuk membuang biji cili ...
Politik Nilai Dan Idea Suara Baharu Anak Muda Menongkah Arus Lama

Politik Nilai Dan Idea Suara Baharu Anak Muda Menongkah Arus Lama

papar berkaitan - pada 14/6/2025 - jumlah : 179 hits
Oleh Faudsii Majid Al Yameni SU AKRABMalaysia kini berada di persimpangan sejarah politik Generasi baharu tidak lagi mahu menjadi penonton kepada sistem lama yang sarat dengan retorik kosong feudalisme dan ketaksuban identiti Sebaliknya mun...
Cover Al Quran Enuur Solusi Lindungi Mushaf Lama Tanpa Perlu Ganti Baru

Cover Al Quran Enuur Solusi Lindungi Mushaf Lama Tanpa Perlu Ganti Baru

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 217 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Saya nak kongsikan sesuatu yang mungkin nampak ringkas tapi sebenarnya sangat bermakna terutama buat kita yang sayangkan mushaf sendiri Saya ada satu Al Quran lama Kulitnya dah mula lusuh zip dah tak berf...
Dzulkifli Masuk Umno Aset Baharu Atau Tragis Liabiliti Lama

Dzulkifli Masuk Umno Aset Baharu Atau Tragis Liabiliti Lama

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 141 hits
Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad kini sah menjadi ahli UMNO Dia masuk parti bukan sebab ada tawaran jawatan atau rundingan dengan pemimpin atasan Sebaliknya dia daftar secara biasa melalui cawangan Merbau Kudong di bahagian Tase...
Ai Tak Ganti Semua Pekerja Tapi Kemahiran Lama Mungkin Tak Guna Lagi

Ai Tak Ganti Semua Pekerja Tapi Kemahiran Lama Mungkin Tak Guna Lagi

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 164 hits
Ramalan bahawa AI akan menyebabkan pengangguran besar besaran dalam masa terdekat dianggap keterlaluan menurut ManpowerGroup salah satu syarikat perekrutan terbesar dunia Namun mereka menjangka permintaan terhadap kemahiran pekerja akan ber...
Sultan Pahang Tidak Mahu Rakyat Derita Dan Menunggu Lama Laksanakan Segera Tindakan Bila Ditimpa Musibah

Sultan Pahang Tidak Mahu Rakyat Derita Dan Menunggu Lama Laksanakan Segera Tindakan Bila Ditimpa Musibah

papar berkaitan - pada 13/6/2025 - jumlah : 120 hits
TEMERLOH Saya tidak mahu rakyat saya menderita dan menunggu lama Apa boleh dilaksanakan laksanakan segera Demikian titah tegas Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ketika mencemar duli melawat mangsa ribut di...
Tidak Perlu Tukar Kerajaan Untuk Hadkan Penjualan Arak Kerajaan Pahang Sudah Lama Laksanakannya

Tidak Perlu Tukar Kerajaan Untuk Hadkan Penjualan Arak Kerajaan Pahang Sudah Lama Laksanakannya

papar berkaitan - pada 13/6/2025 - jumlah : 128 hits
KUANTAN Penjualan minuman keras di Pahang memang terhad sama seperti di negeri Serambi Mekah yang ditadbir oleh PAS iaitu Kelantan Maka tidak perlu menukar kerajaan semata mata atas alasan mahu hadkan penjualan arak sebenarnya Demikian dite...
Pkr Berada Di Persimpangan Untuk Jadi Macam Umno Lama

Pkr Berada Di Persimpangan Untuk Jadi Macam Umno Lama

papar berkaitan - pada 8/6/2025 - jumlah : 98 hits
Nazri HamdanUMNO jatuh bukan saja sebab parti lawan Ia jatuh disebabkan oleh pelbagai kem dalam parti sendiri Kepelbagaian kem akan membawa kepada sabotaj Sekarang PKR ada tanda tanda jadi macam tu Saya tak yakin kem RR akan bagi sokongan 1...
Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Drama Epok

Peserta Wanita Himpunan Turun Anwar Alami Sesak Nafas Dikejarkan Ke Hospital

About 25k Throng Dataran For Turun Anwar Rally

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

Aeon Mall Active Beat 3 0 Peluang Jumpa Lagenda Manchester United Edwin Van Der Sar

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu

Soto Hj Patoni Peranakan Place Cbtl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenduri Kahwin

Wanita Tidak Berbaju Berkeliaran Di Sebatang Jalan Raya Di Jontien

The Rise Of Virtual Influencers Redefining Fame In The Digital Age

Aplikasi Web Yang Makan Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar

Trak Bantuan Mula Memasuki Gaza Melalui Laluan Rafah

Infak Tempahan Seri Muka Durian Tupah Kedah