Sah Mahdzir Terajui Tnb Tajuddin Ketuai Prasarana



Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid hari ini diumumkan sebagai Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman pula dilantik sebagai pengerusi Prasarana Sdn Bhd.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan TNB, memaklumkan bahawa pelantikan Mahdzir bagi menerajui jawatan itu berkuat kuasa 12 Mei nanti.

Mahdzir menggantikan Ahmad Badri Mohd Zahir yang dilantik sebagai pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Amir Hamzah Azizan melalui kenyataan itu, berkata lembaga pengarah, pengurusan serta seluruh warga kerja TNB mengalu-alukan pelantikan Mahdzir sebagai pengerusi baru.

"Dalam suasana yang mencabar ketika ini, kami yakin kepimpinan beliau dapat membantu TNB mengharungi cabaran semasa serta mencapai aspirasi transfomasi syarikat ke arah menjadi antara 10 firma utiliti utama dunia menjelang 2025.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Badri yang sebelum ini adalah Ahli Lembaga Pengarah TNB mewakili Kementerian Kewangan sejak 2018," katanya dalam satu kenyatan hari ini.

Jelasnya, Mahdzir mempunyai pengalaman luas dan tidak asing dengan industri tenaga elektrik.

Mahdzir pernah menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air dari Mei 2013 hingga Julai 2015, sebelum memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan sehingga 2018.

Beliau juga adalah bekas Menteri Besar Kedah dari Disember 2005 hingga Mac 2008.

Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia (USM), Mahdzir pernah menjadi pengerusi Lembaga Pembangunan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), selain Timbalan Pengerusi Penggalakan Pelancongan Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan.

Sebelum ini nama Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dikaitkan akan menerajui TNB.

Nama Mahdzir pula sebelum ini dikaitkan dengan Telekom Malaysia Berhad.

Bagaimanapun Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rantau menolak sebarang pelantikan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Tajuddin terima surat hari ini

Dalam pada itu, Tajuddin ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan telah menerima surat pelantikan bagi menerajui Prasarana.

"Ya, sudah menerimanya hari ini," katanya ketika dihubungi.

Tajuddin yang juga Anggota Parlimen Pasir Salak ketika pentadbiran BN memegang jawatan sebagai bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/sah-mahdzir-terajui-tnb-tajuddin-ketuai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tolak Terajui Tnb Syed Saddiq Puji Keputusan Tok Mat

Tolak Terajui Tnb Syed Saddiq Puji Keputusan Tok Mat

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 412 hits
SHAH ALAM Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memuji tindakan Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan yang menolak pelantikan bagi menerajui Tenaga Nasional Berhad kerana mahu menumpukan perhatian kepada parti Beliau berkata pendi...
Loke Highlights Tajuddin S Ban Due To Money Politics In Comparing Prasarana Chairs

Loke Highlights Tajuddin S Ban Due To Money Politics In Comparing Prasarana Chairs

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 356 hits
Following the of Pasir Salak MP Tajuddin Abdul Rahman as Prasarana chairperson former Transport minister Anthony Loke has come up with a quick and unfavourable comparison between the new appointee and his predecessor former chief judge of M...
Mahdzir Khalid Dilantik Pengerusi Tnb

Mahdzir Khalid Dilantik Pengerusi Tnb

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 397 hits
Ahli Parlimen Padang Terap Mahdzir Khalid dilantik sebagai pengerusi Tenaga Nasional Berhad berkuat kuasa 12 Mei ini menggantikan Ahmad Badri Mohd Zahir Dalam satu kenyataan TNB berkata Mahdzir bukanlah asing kepada industri tenaga elektrik...
Tok Mat Tolak Tawaran Terajui Tnb Tumpu Kukuhkan Parti

Tok Mat Tolak Tawaran Terajui Tnb Tumpu Kukuhkan Parti

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 327 hits
SHAH ALAM Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan menolak tawaran pelantikan untuk menerajui sebuah syarikat berkaitan kerajaan Menurut laporan Free Malaysia Today Mohamad berkata tindakan itu diambil kerana beliau mahu memberikan tumpuan kepa...
Tnb Introduces Relief Package For Residential Customers Amir Hamzah

Tnb Introduces Relief Package For Residential Customers Amir Hamzah

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 276 hits
Tenaga Nasional Bhd has introduced a relief package comprising an Easy Payment Plan that offers surcharge waiver on late payment and an extension of supply disconnection suspension for its 7 5 million residential customers President and chi...
Tnb Perkenal Pelan Bayaran Mudah Untuk Bil Tertunggak

Tnb Perkenal Pelan Bayaran Mudah Untuk Bil Tertunggak

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 364 hits
Amir Hamzah Azizan KUALA LUMPUR Tenaga Nasional Berhad memperkenalkan Pakej Bantuan yang merangkumi Pelan Bayaran Mudah penangguhan surcaj lewat bayar dan lanjutan penangguhan pemotongan bekalan kepada 7 5 juta pelanggan kediaman PBM dilaks...
Jakel Curi Letrik Tnb

Jakel Curi Letrik Tnb

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 937 hits
Jakel menafikan menggunakan bekalan elektrik daripada pencawang Tenaga Nasional Berhad tanpa kebenaran pihak utiliti berkenaan di khemah di Seksyen 7 di sini Pengarah Jakel Shah Alam Mohamed Izani Mohamed Jakel berkata pihaknya mempunyai me...
Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Learn Sign Language Unlocking The World Of Visual Communication

Pet Care For Ameraucana Chickens From Hatchlings To Happy Hens

Frightening Panther Assault Leaves Lorry Driver Severely Injured Near Seremban

Pelajar Sekolah Wajib Pakai Pin Lencana Jalur Gemilang

Black Experiences In Switzerland A New Perspective

Tarif Trump Penerangan Kesan Ke Atas Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Overcoming The Funding Challenges

Menu Hari Raya 2025

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Korban Pak Tam

Tob Tobi Tob Asal Usul Lirik Arab Maksud

Kebakaran Putra Heights Kerja Sedut Air Dari Kawah Di Ground Zero Diteruskan