Sagu Gula Melaka
Sagu Gula Melaka Orang buat kita nak buat tapi nak buatnya nak membeli bahan tu satu masalah... Kalau nak beli kena beli sendiri. Kalau mintak tolong encik suami mahu dibebelnya kita panjang lebar.. Sebab dia tak pernah beli benda-benda tu pastu nak kena cari pulak tu, memang paling dia tak suka la.. Kecuali kalau barang dia, sampai ke lubang cacing dia carinya sebab dia tahu benda apa yang nak dicari tu.
So, kesimpulannya TB memang takkan buat kuih atau kek atau masak-masak kalau tak cari sendiri bahan-bahannya.. Lagipun kalau orang lain cari kang tak jumpa, bahan tak cukup TB yang geram..
Maka... Kita tepek je la dulu resepinya yea.. Jom la kita belajar sama- sama ye...
Bahan -bahan :-
Sagu
Pewarna
1 tin susu cair (pakai santan boleh, pakai susu segar pun boleh cume rasa lain-lain )
2 sudu gula Merah
1 ketul gula Melaka
1 helai daun pandan (tak ada pun tak apa)
Secubit garam
1/2 air
Isi jagung krimer, cendol, Kacang merah
Cara - cara
Masak sagu sehingga kembang (jadi clear).
Cuci sagu dan letak pewarna & biarkan selama 20 minit & selepas tu cuci lalu bawah air masak.
Untuk kuah,
Masak gula merah, gula Melaka, daun pandan, garam. Biarkan masak seketika.sejukkan.
Tuang dalam bekas..
Kemudian cedokkan sagu
Siram susu cair
Hiaskan dengan jagung krimer, cendol dan Kacang merah
TIPS SAGU
-Pastikan air betul-betul mengelegak baru masukkan sagu, kalau tidak nanti hancur dan hilang.
-Jangan basuh sagu, kalau basuh nanti hancur.
-Kacau setiap 5 minit supaya sagu tidak berketul.
-Cuci sagu pada air masak & masukkan ke dalam bekas berisi air masak supaya tidak melekat.
-Selepas warna, biarkan dalam 20 minit supaya warna melekat & cuci kembali sagu selepas itu supaya kuah susu tidak bewarna.
-Pastikan penapis dicuci selepas tos sagu, kalau tidak nanti sagu melekat dekat penapis.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.tengkubutang.com/2021/03/sagu-gula-melaka.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+SharingMyCeritera+(Sharing+My+Ceritera)