Safi Youth Gold Anjalkan Kulit Dan Runcingkan Dagu
Safi Youth Gold Anjalkan Kulit Dan Runcingkan Dagu. Badan kita menghasilkan kolagen secara semulajadi. Namun, semakin kita meningkat usia, penghasilan kolagen di dalam badan semakin menurun. Selain faktor usia, faktor pemakanan yang kurang seimbang, terlalu banyak pengambilan makanan berminyak dan gula dan garam yang tidak terkawal, faktor persekitaran seperti terdedah kepada sinaran UV juga menjadi penyebab kulit semakin kurang anjal, berkedut dan muncul tanda penuaan di kulit terutama sekali di bahagian wajah, dagu dan leher
Safi jenama penjagaan wajah Halal No. 1 di Malaysia yang tidak asing lagi, telah melancarkan rangkaian baharu, Safi Youth Gold iaitu rangkaian penjagaan wajah anti-penuaan & menganjal, yang merupakan penambaikan dari Safi Rania Gold. Rangkaian baharu ini menawarkan produk anti-penuaan dengan formulasi yang diperbaharui, packaging yang lebih menarik dengan harga yang berpatutan tanpa mengubah keberkesanan produk kepada pengguna
Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum & Lifting 24K Serum CleanserBertepatan dengan keperluan pengguna, Safi Youth Gold memperkenalkan dua produk terbaru ke dalam rangkaian penjagaan wajahnya yang membantu mengurangkan masalah penuaan kulit seperti dagu berlapis & kulit kendur yang berpotensi mengurangkan keyakinan terhadap wanita moden masa kini. Dua produk ini ialah Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum dan Lifting 24K Serum Cleanser.
1. Rangkaian baharu antipenuaan dan menganjal Safi Youth Gold dengan formulasi dipertingkatkan dari Safi Rania Gold
2. Menganjal dan mengurangkan dagu berlapis untuk wajah tampil lebih anjal, runcing & tirus
3. Berkesan dalam hanya 15 minit, tampil/nampak lebih muda dari usia
Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo SerumFormulasi serum ringan dan berkesan yang diperkaya dengan kuasa Aktif Duo Age-Correcting iaitu gabungan Golden C dan Ceramide 3 untuk memberikan °Pembaharuan Keremajaan Kulit 7D dengan menegangkan kulit, meningkatkan keanjalan, melindungi kulit dari pengoksidaan, meningkatkan kehalusan kulit dan memperbaiki kulit rosak. *Kulit kelihatan lebih tegang seawal 15 minit agar lebih muda, anjal dan berseri.*Berdasarkan ujian saintifik dan klinikal
Teknologi Golden C-Lift menggabungkan bahan-bahan dengan kuasa anti-penuaan dan menganjal Golden C dan Nano Emas 24K yang dapat meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk merawat secara mikro, menegang dan menganjalkan kulit matang, menjadikannya lebih awet muda, tegang dan anjal
Golden C – Antioksidan yang melindungi kulit dari pencemaran luaran merbahaya dan merawat struktur kulit secara mikro dengan menggalakkan regenerasi kulit
Nano Emas 24K – Mengembalikan ketegangan dan menghaluskan tekstur kulit untuk kulit yang lembut dan anjal
Ceramide 3 – Menguatkan lapisan kulit untuk mengunci kelembapan, menghaluskan tekstur kulit dan meningkatkan seri wajah
Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum ini boleh mengurangkan dagu berlapis sebanyak *50% dalam masa 15 minit sahaja supaya anda kelihatan lebih muda dengan kulit yang lebih terangkat, berkontur dan berseri. Berdasarkan ujian klinikal, *50% panelist merasakan pengurangan dagu berganda berdasarkan penggunaan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum
1. Merawat secara mikro dan mengurangkan tanda penuaan seperti dagu berlapis dan kulit kendur
2. Mengurangkan 50% dagu berlapis dalam hanya 15 minit
3. Tampil lebih muda dengan wajah lebih anjal, runcing dan tirus4. Diformulasi dengan Teknologi Golden C-Lift , kombinasi Vitamin C & Nano Emas 24K yang lebih berkesan dari Vitamin C biasa
5. Formulasi tidak melekit/berminyak yang mudah meresap dan selesa pada kulit
6. Diperkaya dengan Duo Age-Correcting Actives, gabungan Golden C & Ceramide untuk memberi 7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit: Menegangkan kulit Meningkatkan keanjalan Mengurangkan garis halus & kedutan Meningkatkan kelembapan kulit Melindungi kulit dari pengoksidaan Meningkatkan kehalusan kulit Memperbaiki kulit rosakReview Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo SerumPackaging cute dan mudah dibawa ke mana-mana. Disertakan dengan dropper, mudah untuk apply ke wajah. Textur serum sederhana pekat, warna kuning-emas cair. Serum bau soft lembut, wangi. Bila apply di wajah dan dagu serum blend rata dan tak melekit. Serum pun cepat menyerap ke kulit, tak perlu nak tunggu lama untuk serum kering di wajah. Paling suka, serum ni tak berminyak, best bila pakai di muka.
Result pula, kulit lepas apply serum rasa moist, lembap. Serum ni tak keringkan kulit. Nampak ada sedikit glowing dan nampak ada lifting, runcing dagu. Penggunaan jangka masa panjang adalah disarankan. Overall, serum ni best. Mesti cuba.
Safi Youth Gold Lifting 24K Serum CleanserPembersih wajah diformulasi dengan 24K serum emas yang lembut dan menganjal. Mengandungi bahan aktif yang mengembalikan keremajaan iaitu Triple Gold, Asid Hialuronik Super dan formulasi Anti PM2.5 dapat membersih dengan lembut sambil menghidrat secara intensif dan menganjal agar kulit tampak lebih halus, terhidrat dan anjal
Teknologi Golden C-Lift menggabungkan bahan-bahan dengan kuasa anti-penuaan dan menganjal Golden C dan Nano Emas 24K yang dapat meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk merawat secara mikro, menegang dan menganjalkan kulit matang, menjadikannya lebih awet muda, tegang dan anjal
Golden C – Antioksidan yang melindungi kulit dari pencemaran luaran merbahaya dan merawat struktur kulit secara mikro dengan menggalakkan regenerasi kulit
Nano Emas 24K – Mengembalikan ketegangan dan menghaluskan tekstur kulit untuk kulit yang lembut dan anjal
Triple Gold – Melindungi kulit dari radikal bebas, meningkatkan keanjalan kulit dan menaikkan seri wajah
Asid Hialuronik Super – Mengunci kelembapan kulit dengan berkesan, menghidrat dengan intensif dari dalam dan meningkatkan keanjalan kulit agar terhidrat dan anjal
Review Safi Youth Gold Lifting 24K Serum CleanserPackaging yang mesra pengguna, boleh nampak kuantiti pencuci muka yang berbaki. Menggunakan pump mudah nak ambil pencuci muka. Cleanser sederhana pekat, warna jernih. Bau pun best, sedap bau lembut. Pencuci muka Safi Youth Gold ni masa apply di wajah terasa lembut texturnya. Foam/buih sabun pun lembut sahaja. Sangat best. Lepas cuci muka, kulit rasa bersih. Overall, a nice cleanser to try
Kombinasi pencuci muka dan serum Safi Youth Gold ni agak menarik untuk dicuba. Harga berpatutan hanya RM59.00, boleh didapati di semua cawangan farmasi Watsons, Guardian, Aeon Wellness dan Caring serta laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee & Lazada
Lifting Golden C Duo Serum - https://bit.ly/3izM0fmLifting 24K Serum Cleanser - https://bit.ly/3FpssEj
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.byshadhira.com/2021/12/safi-youth-gold-anjalkan-kulit-dan.html