Safi Shayla Hair Fall Control Khusus Untuk Masalah Rambut Gugur Bagi Yang Bertudung
Rambut gugur. Siapa yang ada masalah ni? Majoriti kita kaum wanita mesti ada masalah ni terutama yang bertudung. Apa punca rambut gugur ni yea?Banyak faktor yang mempengaruhi punca rambut gugur. Secara umumnya genetik, perubahan hormon, menghidapi penyakit, pengambilan ubat/supplemen, stress & penggayaan rambut yang tak sesuai. Bagi yang bertudung faktor paling utama terjadinya rambut gugur sebab rambut tidak dapat udara luar untuk bernafas.
Ada ke cara untuk mengatasi masalah rambut gugur untuk yang bertudung ni?Secara jujurnya memang kita kena try & error mencari syampu yang sesuai. Kat sini k.fiezz nak cadangkan pada korang rangkaian syampu dari Safi Shayla Hair Fall Control yang telah dinaiktaraf dengan New Hijab Scalp Biotics khusus untuk mengatasi masalah rambut gugur yang dialami oleh mereka yang bertudung.
SYAMPU UNTUK RAMBUT GUGUR BAGI YANG BERTUDUNG
Terbaru SAFI melancarkan rangkaian set penjagaan untuk rambut gugur dengan teknologi New Hijab Scalp Biotics iaitu SAFI SHAYLA Hair Fall Control khusus untuk yang berhijab. Apa istimewanya Safi Shayla Hair Fall Control ni?Nanti kat bawah k.fiezz share info berkaitan.
Sebelum tu jom tengok dulu apa faktor kepada masalah rambut gugur untuk yang bertudung ni. Antara punca yang menjadi penyumbang kepada masalah rambut gugur kerap guna anak tudung yang sama, ikat rambut terlalu ketat, ikat rambut masa rambut masih basah, tak menjaga pemakanan & pilih syampu yang salah
APA ISTIMEWAnya SAFI SHAYLA HAIR FALL CONTROL Dengan New Hijab Scalp Biotics
Dirumus khas bagi yang bertudung untuk seimbangkan semula mikrobiom kulit kepala dengan formula probiotik. Ditambah dengan khasiat dari Habbatusauda menjadikan kulit kepala lebih sihat & rambut lebih lebat.
Bersama dalam rangkaian Safi Shayla Hair Fall Control ni didatangkan sekali dengan Tonik Pelebat Rambut & Penguat Akar) yang berkesan untuk menguatkan akar rambut, mengurangkan rambut gugur, melebatkan rambut dengan bahan utamanya Red Ginseng dari Korea & Niacinamide
SET SAFI SHAYLA HAIR FALL CONTROL
Nak pastikan masalah rambut gugur bagi yang bertudung ni memberi kesan seperti yang kita nak, seeloknya guna set safi shayla hair fall control ni dengan konsisten & mengikut langkah yang betul. Jom kita tengok apa yang ada dalam set Safi Shayla Hair Fall Control ni
Syampu - Dengan Teknologi Hijab Scalp Biotics khusus untuk membersih dan menguatkan struktur rambut dan kekal wangi sehingga 72 jamBahan dalam Set Safi Shayla Hair Fall Control ni terdiri daripada
7 Habbatus Saudda [Habbatus sauda, Zaitun, Kurma, Delima, Buah Tin, Saffron & Madu] - Membekalkan nutrien pada kulit kepala
Ginseng - Membekalkan nutrien untuk menguatkan rambut dari akar hingga hujung rambut
Pro Vitamin B5 - Menguatkan struktur rambut & mengurangkan keguguran rambut sehingga 83% yang berpunca dari kerosakan rambut
Refreshing Scalp Mask - Menyegarkan dan menjaga kulit kepala, mengurangkan sebum, menguatkan folikel rambut dan membuang bau kepam pada rambut
Hair Tonic - Dengan Teknologi Hijab Scalp Biotics, red ginseng & niacinamide menguatkan folikel rambut dari akar rambut dan kurangkan rambut gugur & menjadikan rambut 4.6x lebih lebatTambahan Bahan dalam hair tonic
Ginseng Merah Korea - Melebatkan rambut sehingga 4.6x, menguatkan folikel rambut dari akar rambut 73% dan mengurangkan 57% keguguran rambut dari akar rambut
Serum rambut - Memperbaiki dan menguatkan rambut rapuh dengan menembusi hingga ke dalam struktur rambutTambahan Bahan dalam Serum Rambut
Minyak Argan - Mengukuhkan & memberikan kelembapan kepada rambut kering, kusam atau rosak
Vitamin E - Antioksidan yang membantu meneutralkan radikal bebas untuk menjaga rambut supaya sihat dan kuat
Hair mist - Memberi perlindungan tambahan untuk rambut, lock & kekalkan nutrien rambut untuk lebih kuat dan dalam masa yang sama menghilangkan bau hapak untuk rambut kekal segar walaupun memakai tudung dalam tempoh yang lama.
Kelebihan Penggunaan Safi Shayla Hair Fall ControlMenjadikan rambut 73% kuat dari akarnyaMengurangkan 57% rambut gugur dari akarMenjadikan rambut 4.6X lebih lebatSelain itu juga Safi Shayla Hair Fall Control memberi kesan kepada pemakai dengan :-Instant coolingMenenangkan kulit kepalaCepat keringTidak berminyakBauan yang menyegarkanJadi untuk yang bertudung dan mengalami masalah rambut gugur ni, korang wajib cuba set Safi Shayla Hair Fall Control ni. Dah guna ni, sila konsisten tau. Jangan expect harini guna esok dah nampak hasil dia. Bagi lah masa Safi Shayla Hair Control ni untuk bertindak kat rambut korang.
Kat mana nak beli Safi Shayla Hair Fall Control ni
Watson/Guardian/Pasaraya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2022/04/Safi-Shayla-Hair-Fall-Control-Khusus-Untuk-Masalah-Rambut-Gugur-Bagi-Yang-Bertudung.html