Sadis Daftar Ipt Ditangguh Saat Akhir
Pendaftaran ke IPT ditangguh saat akhir. Saya lihat ramai yang dah bersedia dengan beli barang, tiket bas, flight, hotel, rumah sewa. Bukan sikit kos tu..beribu-ribu. Bukan semua mampu nak tanggung kerugian
Jadi atas sebab ini ramai pelajar dan keluarga terkesan.
Moga menteri-menteri yang berkaitan akan cuba selesaikan masalah ni. Betul, kes covid 19 naik di luar jangkaan. Harap mereka akan cari jalan penyelesaian.
Tak kira lah anda menteri kerajaan atau pembangkang. Sudah2 lah tu 'berkelahi' dan berebut kuasa waktu macam ni...hissh tak abis-abis
Di bawah ni antara inisiatif yang dilakukan oleh YB Dr. Maszlee Malik untuk membantu mereka yang terkesan...
Sumber FB YB Dr. Maszlee :
Hari ini sekali lagi kita melihat anak-anak siswa kita berdepan ujian akibat dari keputusan saat akhir Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang membuat penangguhan kemasukan pelajar IPT kemasukan Oktober, pada hari yang sama sepatutnya anak-anak siswa ini melaporkan diri
Ramai yang menghubungi saya dan memohon pelbagai bantuan, dari duit tambang tiket bas, keretapi, kapal terbang sehinggalah kepada duit bayaran semula penginapan hotel ibu-bapa mereka yang hangus terbakar begitu sahaja
Atas semangat rakyat jaga rakyat; saya kini melancarkan crowdfunding untuk mereka yang berkemampuan menyumbangkan dana untuk membantu anak-anak siswa kita
Untuk mereka yang mahu menyumbang boleh salurkan wang ke Pertubuhan Rejuvenasi Pendidikan di nombor akaun;
Maybank: 5647-1752-7213
Manakala untuk anak siswa yang mahu memohon sebarang bantuan boleh mengisi borang di bawah dan pihak Pertubuhan Rejuvenasi Pendidikan akan berusaha menyalurkan bantuan secepat mungkin
bit.ly/siswajagasiswa
Terima kasih kepada semua yang menyumbang. Saya mohon disebarkan makluman ini agar lebih ramai anak-anak siswa yang dapat kita semua bantu.
Salam hormat, #rakyatjagarakyat & #siswajagasiswa
YB Dr Maszlee Malik2 Oktober 2020
Cikguzim : Moga membantu. Perkara baik kita share jer...
Tapi pelik, budak sekolah boleh...Pelajar IPT yang dah besar dan dah tentulah lebih mudah untuk patuh SOP, tak boleh sambung belajar
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikguzim.blogspot.com/2020/10/dah-beli-tiket-dan-persediaan.html