Sabar Ada Batas
Kita sering 'gagal' untuk mengetahui dengan siapa kita 'bermain'. Kita hanya fikir kita sahaja yang betul. Disebabkan orang itu buat tidak kisah, maka semakin galak dan berasa hebat untuk terus bermain.
Orang itu senyap dan tidak melakukan tindak balas mungkin disebabkan tidak mahu buat kecoh. Tidak mahu memperbesar-besarkan isu atau menambah buruk keadaan. Atau, mungkin juga untuk memberitahu sebenarnya dia tidak pernah mengambil pusing tentang perkara itu. Biarkan sahaja tanpa mengambil hati apa yang orang lakukan itu.
Namun, kita perlu ingat. Tahap kesabaran manusia pun ada batasnya. Jika terus-terusan diusik dan dipermainkan seperti orang tiada perasaan, manusia boleh bertukar sifat.
Dari bersabar mungkin bertukar ganas. Dari pendiam boleh menjadi mulut murai yang tidak berhenti bercakap. Ketika itu, baru bertemu buku dengan ruas.
Jadi tolong hormati satu sama lain sepanjang sisa hidup anda. Dalam kehidupan ini, apa yang kita lihat hanyalah bahagian yang sangat kecil dari kebenaran. Terkadang, kita pikir tidak ada yang tahu apa yang kita lakukan, namun kenyataannya mereka telah lama ada pihak lain memperhati kan kita.
Jadi hati-hatilah kita dalam berucap dan bertindak. Tidak perlu menunjukkan siapa diri kita dan siapa dirimu. Kerana yang terlihat kecil dan lemah itu bukan bererti juga kalau kita sudah lebih besar dan lebih kuat dari dia.
Yang paling penting itu ialah mari saling menghormati dan menghargai. Menghormati hak orang lain. Orang lain juga ada perasaan dan maruah. Orang lain juga ada pendirian dan kepercayaan.
Jangan bermain api, kelak membakar diri. Kalau kita suka memperseda dan mendedahkan keaiban orang lain, maka tunggulah kita dan masanya orang lain pula akan memperlakukan perkara sama kepada kita.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bicaramentari.blogspot.com/2019/02/vdx.html