Sabah Fc Percaya Embalo Masih Tercari Cari Rentak


“Gol akan datang pada masa yang tepat” – Jose Embalo
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Embalo masih tercari-cari rentak – Kim Swee Kota Kinabalu: Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee agak kecewa dengan persembahan pemain import, Jose Embalo meskipun beliau diturunkan sebagai pemain gantian pada aksi suku akhir Piala FA menentang Selangor FC, di stadium Likas, malam tadi.

Kim Swee berkata, beliau kecewa walaupun tidak diturunkan pada kesebelasan utama tetapi apabila diberi peluang sekali lagi, Embalo masih lagi tercari-cari rentak ataupun corak permainan yang diinginkan.

“Namun saya katakan di sini, beliau harus cuba mengadaptasi dengan corak permainan kita walaupun beliau bermain di liga yang lebih baik sebelum ini tetapi corak permainan berbeza.

“Beliau (Embalo) perlu cuba mengikut apa yang kita biasa lakukan dan kita akan lihat selepas ini apa langkah seterusnya sama ada beliau diturunkan ataupun tidak.

“Namun saya percaya semua pemain yang ada dengan pasukan mampu menggalas tugas jika diberi peluang,” katanya mengulas aksi Piala FA malam tadi.


Dalam pada itu, Kim Swee turut kecewa selepas tewas pada aksi suku akhir Piala FA sekali gus terkeluar daripada saingan berkenaan.

Katanya, kecederaan pemain pertahanan Dominic Tan yang terpaksa dikeluarkan mengubah corak permainan.

“Namun Hanafi masuk menggantikan Dominic bermain agak baik walaupun perlawanan pertama beliau, tetapi secara keseluruhan pemain gagal untuk memanfaatkan peluang-peluang yang dicipta dan ini memberi kelebihan kepada pasukan Selangor FC.


“Tentu kita harus memikirkan pengganti untuk Jackson de Souza dan Dominic. Kita mempunyai beberapa pemain lagi yang perlu diberikan peluang dan pastu satu tugas yang lebih mencabar apabila kita bermain dengan Petaling Jaya (PJ) City FC dalam Liga Super nanti,” katanya.

Sementara itu, pengendali Selangor FC, Michael Feichtenbeiner berkata, pasukannya bermain dengan baik malam tadi dengan jaringan awal.


“Ia sudah semestinya memberi kami keyakinan untuk bermain dengan lebih baik. Kami mampu mengawal perlawanan dengan baik meskipun pasukan Sabah FC membuat beberapa gerakan balik. “Selepas ini, kami perlu meneruskan kecemerlangan dengan perlawanan seterusnya. Kami perlu terus fokus kepada perlawanan seterusnya kerana memerlukan kutipan lebih banyak mata dalam saingan Liga Super,” katanya.



Dalam aksi suku akhir Piala FA di Stadium Likas, malam tadi, skuad ‘The Rhinos’ tumpas kepada Selangor FC 0-2.

Skuad ‘The Red Giant’ tidak perlu menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila Hyuri Henrique De Oliveira Costa berjaya meledak gol pada minit pertama permainan.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee cuba bangkit menyamakan kedudukan namun serangan-serangan mereka gagal diterjemahkan kepada jaringan.


Keadaan hujan lebat di separuh masa kedua, rentak kedua-du pasukan sedikit terjajas namun nasib lebih memihak kepada Selangor FC apabila memperolehi go kedua menerusi Herlison Caion pada minit ke-80 menerusi sepakan lambung yang berjaya menewaskan Damien buat kali kedua.

Dengan kekalahan itu, Sabah FC terkeluar daripada saingan Piala FA manakala Selangor FC layak ke separuh akhir yang akan menentang Terangganu FC pada 5 Ogos depan.

-Deasoka

SOURCE: Deasoka

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://obsesbola.blogspot.com/2022/07/sabah-fc-percaya-embalo-masih-tercari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Usul Undi Percaya Di Dewan Rakyat Pm Masih Ada Majoriti Kukuh

Tiada Usul Undi Percaya Di Dewan Rakyat Pm Masih Ada Majoriti Kukuh

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 213 hits
agendaily com20 07 2022Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Setakat ini Dewan Rakyat tidak menerima sebarang sebarang usul undi percaya dikemukakan di Dewan Rakyat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menurut su...
Bekas Pembaca Berita Dilaporkan Hilang Masih Tidak Dijumpai Kata Polis

Bekas Pembaca Berita Dilaporkan Hilang Masih Tidak Dijumpai Kata Polis

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 181 hits
Bekas pembaca berita dilaporkan hilang masih tidak dijumpai kata polis Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 18 Jul
Rafizi Cemas Dan Ketakutan Pru15 Sudah Hampir Rakyat Masih Bual Tentang Penyelewengan Ph Dan Tun Mahathir

Rafizi Cemas Dan Ketakutan Pru15 Sudah Hampir Rakyat Masih Bual Tentang Penyelewengan Ph Dan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 169 hits
Oleh Sirajuddin AhmadPada PRU14 yang lalu seluruh jiwa raga jentera Pakatan Harapan termasuk jentera Tun Mahathir dan DAP dicurah kepada serangan terhadap Najib Razak Apa sahaja yang berbau Najib akan di serang baca sini
Love Dive Masih Popular Ive Umum Bakal Comeback Ogos Ini

Love Dive Masih Popular Ive Umum Bakal Comeback Ogos Ini

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 214 hits
Belum habis lagi demam lagu Eleven dan LOVE DIVE IVE disahkan bakal buat comeback tak lama lagi Menurut laporan media mereka akan menemui peminat pada Ogos ini untuk comeback musim panas Respon agensi Starship Entertainment IVE sedang beker...
Indonesia Disebut Masih Jauh Dari Resesi Ini Indikatornya

Indonesia Disebut Masih Jauh Dari Resesi Ini Indikatornya

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 142 hits
Chief Economist PT Bahana TCW Investment Management Budi Hikmat memperkirakan ekonomi Indonesia masih relatif jauh dari resesi di tengah proyeksi krisis ekonomi akibat gelombang inflasi pasca pandemi Covid 19 dan ketegangan geopolitik dunia...
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Opening Young People S Eyes To Workers Rights

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats

Penyokong Diseru Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pemilik Sabah Fc

Bila Duit Nak Masuk

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Rahsia Katil Homestay Bonda Banda Hilir Melaka

Kembali Menulis

Lagu Popular Thailand Tahun 2024

Starting Somewhere

Ktm Kenalkan 4 Model Motosikal Duke Sempena Ulangtahun Ke 30

Sambutan Ulang Tahun Ke 30 Dan Pelancaran 4 Model Motosikal Ktm Duke