Sabah Fc Catat Kemenangan Pertama Di Stadium Likas Kalahkan Kuching City Fc
SABAH 2 KUCHING CITY 1.
(📸 ©stadiumastro.com)
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)
Derby Borneo: Jafri Firdaus Chew jamin Sabah tiga mata penuh
Sabah FC mencatatkan kemenangan pertama di laman sendiri selepas menewaskan Kuching City FC 2-1 pada saingan Liga Super, malam ini.
(📸 ©sabahnewstoday.net)
Sabah bangkit untuk mencetuskan keceriaan ketika membenam Kuching City 2-1 di hadapan 5,000 penyokong sendiri, sebentar tadi.
Pemain gantian, Muhammad Jafri Firdaus Chew muncul wira apabila meledak gol kemenangan Sabah ketika menewaskan Kuching City FC 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Likas, malam ini.
Pertembungan 'Derby Borneo' itu menyaksikan Kuching City bertandang ke Stadium Likas yang menyaksikan gol Darren Lok seawal minit ke-7 tuan rumah dibatalkan video bantuan pengadil (VAR).
Anak-anak buah Aidil Shahrin Sahak sebaliknya hampir membuat kejutan pada masa kecederaan separuh masa pertama apabila tandukkan Jordan Mintah sipi melepasi tiang gol Sang Badak.
Tuan rumah menguasai permainan dalam babak kedua, namun tiada sebarang percubaan berbahaya yang berjaya dihasilkan hinggalah detik serangan balas Kuching City pada minit ke-64 yang menyaksikan gawang kawalan Khairul Fahmi Che Mat dibolosi oleh Pedro Hendrique buat kali pertama.
Sabah mendapat talian hayat pada minit ke-74 berikutan tindakan Jordan Mintah yang memijak kaki Kwang Min-ko di dalam kotak penalti.
Dan Darren mudah menyempurnakan sepakan itu untuk meletakkan kedudukan 1-1.
VAR sekali lagi memainkan peranan untuk menafikan jaringan Tchetche Kipre pada minit ke-80 akibat ofsaid.
Pemain Sabah FC, Muhammad Jafri meraikan jaringannya ketika menentang Kuching City FC dalam saingan Liga Super di Stadium Likas malam ini.
(📸 ©NSTP/MOHD ADAM ARININ)
Selang 4 minit kemudian, Jafri Chew yang masuk menggantikan Darren meledak dengan kaki kiri untuk akhirnya meletakkan barisan kendalian Datuk Ong Kim Swee itu menikmati kemenangan.
kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan termasuk tambahan masa selama sembilan minit.
Penyerang berasal dari Pulau Pinang itu berjaya menyudahkan sepakan dengan baik selepas menerima hantaran Saddil Ramdani dalam situasi kucar kacir di hadapan gawang Kuching City.
Perlawanan seterusnya bagi Sabah FC akan menerima kunjungan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim pada 13 Julai ini di Stadium Likas.
SOURCE:
stadiumastro.com
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://obsesbola.blogspot.com/2024/05/sabah-fc-catat-kemenangan-pertama-di.html