Saat Sangkakala Ditiup Oleh Malaikat Israfil Hingga Menyeberangi Titian Sirat


Saat Sangkakala Ditiup Oleh Malaikat Israfil Hingga Menyeberangi Titian Sirat. Sekarang adalah dunia akhir zaman dimana kita berada di dalam Fasa ke 4 iaitu Mulkan Jabbariyyan atau Pemerintah Kuku Besi. Kita sedang menuju ke Fasa yang terakhir iaitu kembali semula ke era Khilafa ‘Ala Minhajun Nubuwwah. Ini merupakan salah satu tanda-tanda besar akhir zaman atau Tanda-tanda kiamat.
TANDA-TANDA KIAMAT Menurut islam kiamat itu mempunyai beberapa petanda besar. Antara tanda-tandanya ialah: Munculnya Imam Mahdi (kita kembali ke era khilafah
Keluarnya Dajjal. Turunnya Nabi Isa AS. Munculnya Yakjuj dan Makjuj. Matahari terbit dari Barat ke Timur. Pintu Taubat ditutup. Dab’bat al-Ard akan keluar dari tanah dan meletakkan tanda pada orang-orang islam. Kabus selama 40 Hari yang akan mematikan semua orang beriman dan mereka tidak akan merasai tanda-tanda kiamat yang lain. Sebuah kebakaran besar yang menyebabkan kerosakkan. Kemusnahan dan runtuhnya Kaabah. Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap. Sangkakala ditiup kali pertama. Ad Dukhan.
Tanda besar kiamat salah satunya adalah Ad-Dukhan yang sangat ditakuti oleh Dajjal
1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala seluruh makhluk akan mati kecuali Malaikat Izrail dan beberapa lagi malaikat yang lain. Bunyi sangkakala sangat dahsyat dan menakutkan sehinggakan semua manusia bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri. Bayangkan pada masa itu semua orang mementingkan diri sendiri akibat ketakutan. Ibu yang mengandung keguguran dan meninggalkan janinnya tanpa sedar. Dahsyatnya apabila sangkakala ditiupkan dan berbunyi. Selepas itu, Malaikat Izrail akan mencabut semua nyawa malaikat yang tinggal. Akhirnya Malaikat Izrail mencabut nyawanya sendiri.
2. Selepas semua makhluk mati, Allah berfirman mafhumnya:
“Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?”
Tiada sesiapa pun yang mampu menjawab sehingga Allah swt sendiri yang memberi jawapan tentang keagungan-Nya:
“Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.”
Ketika ini Allah menunjukkan kebesaran dan keagungan-Nya sebagai Tuhan yang Maha Berkuasa. Allah telah membuktikan kepada seluruh makhluknya yang Allah tidak mati dan kekal selamanya.
3. Selepas 40 tahun berlalu, Allah menghidupkan Malaikat Israfil as kembali. Lalu Malaikat Israfil meniupkan sangkakala buat kali yang kedua. Ketika ini seluruh makhluk dihidupkan kembali di atas hamparan bumi yang putih berupa padang Mahsyar (diumpamakan seperti di padang Arafah). Keadaannya ibarat hamparan yang rata tanpa bukit bukau atau bulat seperti bentuk bumi.
Suasana dipadang mahsyar amatlah dahsyat
4. Seluruh manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah sekelian manusia itu umpama anak pokok yang berkembang dan membesar dari biji benih.Pada waktu itu manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Tiada lagi rasa malu karena terlalu takut dan bimbang tentang nasib yang akan dilalui.
5. Lalu jin, manusia dan binatang dihalau ke satu tempat perhimpunan yang sangat luas. Mereka di halau oleh satu bentuk api yang berterbangan dengan bunyi yang menakutkan seperti guruh. Mereka bergerak ke tempat perhimpunan itu dengan berbagai cara. Bagi yang banyak amalan mereka akan menggunakan tunggangan, yang kurang amalan akan berjalan kaki dan bagi yang banyak dosa akan berjalan dengan muka. Diketika itu semua hanya memikirkan diri sendiri. Ibu melupakan anak, suami melupakan isteri dan sebagainya.
Semua makhluk dihalau ke tempat perhimpunan oleh satu bentuk api yang berterbangan dan bunyi seperti guruh yang lebih dahsyat.
6. Setelah semua berkumpul di padang mahsyar, Allah menghapuskan cahaya matahari dan bulan. Maka suasana menjadi sangat gelap dan berlaku huru hara yang sangat dahsyat di dalam kegelapan itu.
7. Fasa seterusnya adalah langit yang tebal pecah secara tiba-tiba dengan bunyi yang amat dahsyat. Terdengar suara bertasbih. Rupa-rupanya malaikat turun dari langit sambil bertasbih kepada Allah swt. Semua makhluk sangat terkejut melihat betapa besarnya malaikat tambahan dengan suara mereka yang menakutkan.
8. Tiba-tiba matahari kembali muncul dengan suhu panas berlipat kali ganda. Pada ketika itu seluruh makhluk merasakan matahari seolah-olah berada pada jarak sejengkal di atas kepala mereka. Ulama mengatakan jika matahari yang naik di akhirat muncul di bumi nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering kontang. Berbalik keadaan di Padang Mahsyar, seluruh makhluk merasakan panas yang sangat dahsyat. Mereka bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelamnya mereka ketika itu adalah bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan seperti itu berlarutan sehingga 1000 tahun. Allahu akbar!
Matahari seolah-olah berada sejengkal di atas kepada ketika di Padang Mahsyar
9. Telaga Al-Kautsar kepunyaan Nabi Muhammad saw mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang-orang mukmin sahaja. Bukan orang mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaga telaga tersebut. Sesiapa yang meminum airnya nescaya mereka tidak akan haus selama-lamanya. Telaga atau Kolam ini berbentuk segi empat tepat. Saiznya adalah sebesar sebulan perjalanan. Bau airnya lebih harum dari kasturi manakala warnanya lebih putih dari susu. Rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai sumber saluran yang mengalir dari syurga.
10. Seluruh makhluk berada di bawah panas matahari yang dahsyat kecuali tujuh (7) golongan yang mendapat perlindungan dari Arasy. Tujuh golongan tersebut ialah:
Pemimpin yang adil. Orang muda yang taat kepada perintah Allah swt. Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. Lelaki yang diajak berzina oleh wanita tetapi dia menolaknya dengan berkata:“Aku takut kepada Allah”. Lelaki yang memberi sedekah secara sembunyi yakni tidak diketahui oleh orang lain. Lelaki yang suka bersendirian dengan mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takut kepada Allah.
Antara golongan yang mendapat perlindungan 11. Setelah terlalu lama menunggu di padang mahsyar, akhirnya mereka terdengar suara berkata:
“Pergilah berjumpa dengan para Nabi.”
Lalu berpusu-pusu mereka bergerak mencari para Nabi. Nabi Adam adalah nabi yang pertama sekali dijumpai oleh kumpualn manusia ini. Usaha mereka gagal karena Nabi Adam a.s menyatakan bahawa beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah swt.
12. Seterusnya kumpulan itu bergerak dan berjumpa dengan Nabi Nuh as, Nabi Ibrahim as, Nabi Musa as dan Nabi Isa as. Kumpulan manusia itu hampa kerana semua nabi-nabi itu memberikan jawapan sepertimana Nabi Adam as. Akhirnya mereka bertemu dengan Rasullullah saw.
13. Untuk bertemu setiap seorang nabi bukannya mengambil masa yang singkat. Mereka terpaksa mengambil masa yang sangat lama untuk bertemu kesemua nabi. Jarak masanya adalah 1000 tahun perjalanan untuk bertemu dengan setiap seorang nabi. Maka setelah bertemu baginda, Nabi Muhammad saw pun berdoa ke hadrat Allah swt. Lalu doa baginda diperkenankan oleh Allah swt.
14. Selepas itu mereka (seluruh makhluk) terdengar bunyi pukulan gendang yang sangat kuat sehingga menakutkan mereka kerana mereka menyangka ada lagi azab yang akan turun. Pada waktu itu mereka terlihat langit terbelah. Maka turunnya Arasy Allah yang dipikul oleh lapan malaikat yang sangat besar saiznya iaitu sejarak perjalanan 20 ribu tahun sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehinggalah Arasy itu tiba.
Arasy yang turun setelah langit terbelah dua dipikul oleh 8 malaikat yang gagah perkasa
15. Arasy adalah jisim nurani yang sangat besar berbentuk seperti kubah (bumbung bulat). Ianya mempunyai empat batang tiang yang senantiasa dipikul oleh empat malaikat yang besar dan gagah. Ianya diibaratkan sebuah istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
16. Kursi adalah jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy dan dipikul oleh empat malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy. Perumpamaan seperti cincin ditengah padang. Ibarat singgahsana yang terletak dihadapan istana.
17. Seluruh makhluk pada ketika itu menundukkan kepala kerana terlalu takut. Diwaktu ini bermulalah timbangan amal. Maka berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan ia akan tergantung di leher sehinggalah nama dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh Malaikat Hafazhah/Raqib dan ‘Atid/Kiraman Katibin.
18. Manusia pada ketika itu beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing manakala orang-orang kafir dan munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut mempunyai tanda tersendiri untuk dibezakan.
19. Yang pertama dihisab adalah umat Nabi Muhammad saw. Amalan yang pertama dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama diputuskan adalah perkara yang melibatkan pertumpahan darah. Apabila tiba giliran untuk dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab di leher mereka lalu diserahkan. Orang mukmin akan mengambilnya dengan tangan kanan manakala yang bukan mukmin dengan tangan kiri.
Solat adalah amalan pertama yang akan dihisab
20. Tidak terkecuali, semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan yang sangat besar saiznya. Ia mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan dua daun. Daun yang mempunyai cahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. Proses ini akan disaksikan oleh Nabi Muhammad saw dan para imam empat mazhab.
21 Perkara pertama yang diminta adalah Islam. Jika bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang manakala amalan buruk mereka tetap akan ditimbang. Ketika dihisab, mulut tidak akan berfungsi, hanya tangan akan berkata-kata dan kaki akan menjadi saksi. Pada ketika ini tiada lagi hujah-hujah yang menipu atau berdolak dalih. Semuanya di adili dengan Maha Bijaksana oleh Allah swt.
22. Selesai timbangan amalan, mahkamah Mahsyar dibuka kepada semua makhluk untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehingga seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkan menyeberangi titian sirat.
SYAFAAT NABI 23. Syafaat Nabi Muhammad saw di akhirat adalah untuk:
Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa dihisab. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman walau sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat yang diberikan nanti adalah tertakluk kepada keizinan Allah swt 24. Para nabi dan rasul serta golongan khawas diberikan keizinan oleh Allah swt untuk memberi syafaat kepada pengikut mereka. Kesemua mereka berjumlah 70 000. Setiap seorang daripada mereka akan memberi syafaat kepada 70 000 orang yang lain.
25. Manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat seusai hisab. Siratal Mustaqim ialah jambatan yang terbentang di bawahnya api neraka jahanam. Lebar jambatan sirat adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh. Tajamnya adalah melebihi mata pedang. Bagi orang-orang mukmin ia akan dilebarkan dan dipermudah untuk menyeberanginya.
26. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di atas jambatan Sirat mengambil masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasi Sirat pantas seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan ada yang berjalan kaki. Tidak kurang juga ada yang tidak berjaya melepasinya kerana api neraka itu sendiri sentiasa menarik kaki mereka sehingga terjatuh ke dalamnya.
Titian sirat Gambar Hiasan. Keadaan sebenar adalah jauh lebih dahsyat daripada gambaran manusia.
27. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri jambatan Sirat mengawasi setiap makhluk yang melaluinya. Setiap 1000 orang yang melaluinya hanya seorang sahaja yang berjaya manakala 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Samalah kita mempersiapkan diri kita sebelum terlambat. Dunia yang kita hadapi sekarang adalah dunia fitnah yang amat besar. Jauhilah menyebar perkara yang menjurus kepada fitnah. Bayangkan betapa dahsyatnya saat sangkakala ditiupkan oleh malaikat israfil hingga menyeberangi titian sirat. Sesungguhnya kita makhluk yang lemah. Wallahu a’lam.
Sumber: facebook
*Foto sekadar Hiasan
The post Saat Sangkakala Ditiup Oleh Malaikat Israfil Hingga Menyeberangi Titian Sirat appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/saat-sangkakala-ditiup-oleh-malaikat-israfil-hingga-menyeberangi-titian-sirat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Viral Pernikahan Baru Dinikahi 20 Menit Langsung Diceraikan Hingga Minta Pulang Saat Resepsi

Viral Pernikahan Baru Dinikahi 20 Menit Langsung Diceraikan Hingga Minta Pulang Saat Resepsi

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 323 hits
Pernikahan merupakan momen sakral yang dinanti nantikan oleh sebagian besar orang Momen tersebut merupakan saat dua sejoli mengikrarkan janji suci untuk sehidup semati dan setia mendampingi pasangan dalam suak dan duka Namun tak semua pasan...
Diberi Sgd 18 Ribu Oleh Idrus Marham Eni Saragih Klaim Pinjaman

Diberi Sgd 18 Ribu Oleh Idrus Marham Eni Saragih Klaim Pinjaman

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 210 hits
Mantan Wakil Ketua Komisi VII DPR Eni Maulani Saragih mengaku pernah meminjam uang ke Idrus Marham untuk biaya Pilkada suaminya di Kabupaten Temanggung Permintaan itu kemudian disanggupi Idrus Marham dengan memberi Eni SGD 18 ribu
Tidak Cukup Diberi Bonus 3 Bulan Gaji Pekerja Contoh Dihadiahkan Sebuah Kereta Volvo V40 Baru Oleh Majikan

Tidak Cukup Diberi Bonus 3 Bulan Gaji Pekerja Contoh Dihadiahkan Sebuah Kereta Volvo V40 Baru Oleh Majikan

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 323 hits
Sebuah syarikat yang pemurah dan baik hati telah mengumumkan kepada para pekerjanya yang mereka akan menerima bonus 3 bulan gaji pada akhir tahun Semua pekerja berasa sungguh gembira Hasil usaha keras mereka kerana menaikkan nama syarikat t...
Panduan Pengiklanan Oleh Kkm Kepada Selebriti Untuk Mengiklankan Produk

Panduan Pengiklanan Oleh Kkm Kepada Selebriti Untuk Mengiklankan Produk

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 375 hits
KKM telah mengeluarkan garis panduan pengiklanan yang perlu di ikuti oleh para selebriti dan founder untuk di iklankan agar tidak menudaratkan masyarakat umum Selebriti bukan hanya terdiri dari pelakon penyanyi pelawak dan pemuzik tetapi ju...
Panas Respon Tun Mahathir Isu Malaysia Digugurkan Oleh Ipc Kerana Israel Nak Batal Batallah

Panas Respon Tun Mahathir Isu Malaysia Digugurkan Oleh Ipc Kerana Israel Nak Batal Batallah

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 441 hits
Panas Respon Tun Mahathir Isu Malaysia Digugurkan Oleh Ipc Kerana Israel Nak Batal Batallah
Indef Nilai Serangan Menteri Pencetak Utang Oleh Prabowo Tak Tepat Ini Alasannya

Indef Nilai Serangan Menteri Pencetak Utang Oleh Prabowo Tak Tepat Ini Alasannya

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 161 hits
Peneliti dari Institute for Development of Economics and Finance Bhima Yudhistira menanggapi pernyataan Calon Presiden Nomor Urut 02 Prabowo Subianto yang menyinggung soal penyebutan menteri keuangan menjadi menteri pencetak utang Menurutny...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik