Saat Saat Diburu Maut Sultan Bertaubat


TAUBAT ALMARHUM SULTAN PERAK KE 33 DI MASJIDIL HARAM:”AKU TAK MINUM ARAK LAGI,AKU MINUM TEH CINA”.
Tersebutlah sebuah kisah bagaimana kononnya seorang Sultan telah mangkat ketika sedang minum-minum.
Disebabkan adanya orang politik yang memusuhi Sultan tersebut,maka cerita yang tak betul itupun disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan.Cerita mengenai Sultan ke Mekah dan bertaubat tidak pula disebutkan.
Baginda yg di maksudkan ialah bekas Sultan Perak ke 33 iaitu Almarhum Raja Idris Shah Ibni Sultan Alang Iskandar.
Saya kongsikan sebuah tulisan yang bertajuk ‘Dari Istana Ke Bilik Suluk’ oleh Muhamad Jihad.Cerita mengenai Sultan tersebut di tulis oleh Akhdiat Miharja itu saya petik seperti berikut.
*******************
Kekuasaan dan kemewahan hidup menjadikan manusia lupakan Allah dan melakukan segala kemungkaran, tetapi ketika diburu maut, penyesalan dan taubat menggantikan titik terakhir bagi kehidupan.
Demikian juga yang berlaku ke atas Almarhum Sultan Perak, Raja Idris Shah Ibni Sultan Alang Iskandar.Baginda mengakui melakukan berbagai-bagai maksiat dan kemudiannya bertaubat dalam masjid Haram.
“Saya banyak dosa, tak lalu nak bilang, macam gunung, macam Sungai Perak,” titah baginda kepada saya.
“Saya tau saya banyak berpura-pura kepada rakyat, depan mereka saya macam orang alim, tapi di belakang, di luar negeri saya berbuat maksiat,” titahnya.
“Allahu Akbar, saya tau dosa dan pahala, halal dan haram, tapi kerana saya Sultan yang berkuasa, mewah hidup dan lupakan Allah, saya buat semuanya,” titah Sultan lagi.
“Saya syukur, saya sempat bertaubat dalam Masjid Haram…saya menangis, saya menyesal…saya harap Allah terima taubat saya sebelum saya mati,” tambahnya.
Demikian suatu madah rendah diri dari seorang Sultan kepada saya di Istana Tambun, Ipoh kira-kira jam 3.00 pagi dalam tahun 1983.Baginda baru kembali dari melakukan ibadah umrah di Makkah.
Saya dijemput ke Istana Tambun oleh baginda sehari selepas baginda pulang dari Makkah dan pertemuan saya dengan baginda pada pagi itu benar-benar terasa sedih dan pilu dalam diri saya.Ketika saya tiba di ambang pintu Istana Tambun kira-kira jam 11.00 malam, seorang pegawai istana memberitahu saya, yang Sultan sedang menunggu saya dalam bilik di tingkat atas.
“Ada siapa bersama baginda?”,saya bertanya.
“Tak ada, baginda sedang baca Quran,” jawab pegawai itu.
Sebaik baik saja saya mendengar kata-kata pegawai yang lurus seperti pegawai istana Harun Amirul Rasyid itu, timbul sesuatu yang luar biasa dalam hati saya.
“Kalau Sultan dah baca Al-Quran, ini dah ganjil,” hati saya berkata lalu saya memanjat tangga istana.
Sebagai penulis, saya diberikan kebebasan oleh Sultan Perak untuk masuk ke dalam mana-mana istananya di Kuala Kangsar dan di Ipoh hingga Istana Perak di Kuala Lumpur.
Sebaik-baik saja saya melangkah masuk ke dalam bilik dan belum sempat saya memberi salam, Sultan Perak dengan nada bergurau bertitah, “Orang dah kaya, aku yang dah nak mati ni pun tak ingat.”
“…Tuanku belum nak mati, umur Tuanku panjang,” saya berkata sambil menghulurkan dua puntung tangan kepada baginda lalu baginda menyambut.
“You kata aku panjang umur, Allah kata you tak tau,” titah Sultan dengan wajah tenang.
Saya diam dan duduk atas kerusi di hadapan baginda.
“Nah, minum air zam-zam ni, aku ajak pergi ke Makkah tak nak, bukan kena keluar duit, aku yang nak belanja,” titah Sultan sambil menghulur gelas kosong kepada saya.
Waktu itu saya diam dan hanya mecapai jag berisi air zam-zam lalu menuang ke dalam gelas dan saya minum.
“Tuanku sihat di Makkah?”,saya menyapa.
“Sihat tu sihatlah, tapi hati…Allah yang tahu,” titahnya.
“Ngapa, ingatkan yang baru ni (isteri)?”,saya bergurau.
“Tak, aku tak ingat siapa, yang aku ingat mati…, aku akan mati tak lama lagi…,”jawab baginda.
Saya sedar Sultan Perak ada menuntut ayat Al-Quran dari Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim di Kepala Batas dan sekiranya ayat Al—Quran yang dihafal itu tidak dapat dibaca atau lupa, maka bererti maut hampir tiba kepada yang menghafal ayat tersebut.
“You buat tak tau, kan guru kita dulu ajar ayat Quran tu.Di Makkah aku lupa ayat tu,”titah Sultan.
“Tak tuntut ayat tu, Tuanku.Patik tuntut ayat lain,” saya berkata serius.
“Aku lupa ayat tu sebaik-baik masuk ke Makkah…, aku menangis kerana aku banyak buat maksiat, doa…,” titah Sultan sambil mengunjukkan sebuah Al-Quran kepada saya.
“Allah tau, aku ni Sultan, berkuasa, mewah hidup, rakyat jelata sanjung aku sebagai ketua agama Islam di negeri ini, tapi aku…,” titah Sultan dan kelihatan baginda mengesat air matanya dengan belakang tangan kirinya.
“Tapi aku menyesal, aku bertaubat dalam Masjidil Haram, aku menangis kerana insaf akan diri aku yang telah banyak buat dosa,” titah Sultan.
“Tuanku usah sedih, Allah tetap menerima taubat Tuanku, sekadarkan Tuanku jangan ulangi lagi, jangan tau buat, bukan taubat…” kata saya sambil senyum.
“Tak, aku tak buat lagi, aku tak minum arak lagi.Aku hanya minum air teh China macam you”,titah baginda.
Dalam pertemuan kami dari jam 11.00 malam hingga jam 4.00 pagi itu tidak diganggu oleh sesiapa kerana baginda telah memberitahu pegawai istana supaya melarang orang masuk ke biliknya.
Di tingkat bawah ramai orang besar-besar dan pegawai kerajaan sedang minum-minum dan menari.Kata mereka bersyukur kerana Sultan telah kembali ke tanahair.
Baginda bertitah dengan saya dari isi hatinya sendiri dan waktu itu saya digunakan oleh Sultan sebagai ulama atau pakar rujuk agama.
Saya menyebut begitu kerana Sultan membaca ayat-ayat Al-Quran yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris dan baginda bertanya kepada saya akan sesuatu dalam ayat-ayat itu.
“Kalau Allah tak terima taubat aku macam mana?”,
Sultan bertanya.
Mendengar soalan itu saya hampir ketawa dan kemudian bergurau dengan berkata,
“Tuanku akan dibakar dalam api neraka yang hangatnya entah berapa juta kali ganda dari hangat api yang ada ini”.
“Allahu Akbar…!” Sultan bertitah dalam keluhan.
“I waktu itu melihat dari jauh,” saya bergurau lagi.
“You lainlah, you tak minum arak,tak tinggal sembahyang, tak tinggal puasa, tapi aku?” Tanya Sultan.
“Kan Tuanku dah bertaubat dan Allah sedia menerima taubat Tuanku,”kata saya untuk menghilangkan keraguan baginda.
“Tu aku tau, tapi…,” titah Sultan sambil merenung muka surat Al-Quran.
Sesuai dengan pengakuannya, saya dapati baginda tidak minum arak lagi, hanya minum teh China dan saya merenung di atas meja kecil di sudut bilik itu ada sehelai sejadah.
Baginda bertitah, bahawa kalaulah baginda seorang rakyat biasa, mahulah baginda tinggal tinggal bermastautin di Makkah dan sentiasa melakukan ibadat di dalam Masjidil Haram.
Saya tidak mahu menjawab apabila baginda bertanya, apakah Allah akan menyoalnya di akhirat nanti akan tanggungjawabnya sebagai seorang Sultan Pemerintah dan sebagai Ketua Agama Islam di negeri Perak iaitu sejauh mana tanggungjawab itu baginda telah tunaikan.
Baginda tahu saya tidak mahu menjawab soalan itu dan baginda mengalih titahnya kepada hal Menteri Besar Perak, politik masa ini dan hasrat Baginda supaya negeri Perak mengamalkan syariat Islam sepenuhnya.
Lalu saya berfikir pada pagi itu, bahawa Sultan Perak di hadapan saya adalah insan yang terpengaruh dengan segala kebendaan.Alim ulama dan orang Besar yang mengelilinginya tidak pernah menasihati baginda kepada jalan yang soleh.
“Tuanku ada mufti, kadi, dan alim ulama yang boleh membimbing Tuanku ke jalan yang soleh…” kata saya.
“Deme tu makan gaji…. Mana nak fikirkan semua ni…” titah baginda.
Saya hampir ketawa waktu itu kerana sebaik-baik saja saya mendengar titah baginda saya teringat akan cerita filem Allahyarham P. Ramlee mengenai Negeri Perak, iaitu filem Musang Berjanggut.
Ulama dalam kisah Musang Berjanggut tidak menasihat Sultan kepada jalan yang soleh, sebaliknya dia melakukan kemungkaran.
Sayang apa yang kami cakapkan dan apa yang diluahkan oleh Sultan Perak kepada saya dari malam hingga ke pagi itu tidak seorang pun dari rakyat Negeri Perak mengetahuinya.
Waktu saya akan pulang meninggalkan Istana Tambun pada pagi itu, Sultan bertitah;
“Kalau aku mati, kalau you nak tulis biografi aku, jangan lupa tulis yang kita cakap tu.”
KEMANGKATAN BAGINDA
Beberapa hari kemudian baginda meninggal dunia dalam majlis jamuan yang diadakan oleh saudagar ikan di Sitiawan.
Baginda telah menitahkan saudagar ikan itu supaya menyediakan air teh Cina untuk baginda dalam majlis jamuan tersebut.
Oleh sebab aneka jenis minuman keras turut dihidangkan dalam majlis itu, maka air teh Cina dalam gelas di hadapan baginda kelihatan seperti minuman keras juga.
Baginda meninggal dunia sebelum sempat minum air tersebut.Saya mendapat tahu sepanjang perjalanan dari Taiping ke Sitiawan baginda telah bertengkar dengan isteri yang ke dua.
Sultan Perak mengidap sakit jantung bertambah tertekan disebabkan masa itu Negeri Perak diliputi oleh suasana krisis politik, iaitu antara baginda dengan Menteri Besar, Datuk Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh.
Maka fitnah terhadap baginda disebarkan ke merata-rata yang kononnya baginda mangkat kerana banyak minum minuman keras.
Marilah kita semua menghadiahkan ‘Al-Fatihah’ ke atas roh baginda dan mendoakan semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan kita mohon kepada Allah agar meletakkan rohnya bersama orang-orang yang soleh.Amin Ya Rabbul Alamin.
Kredit Sepenuhnya kepada penulis
– Ziefenz Zee



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pancadelima88.wordpress.com/2018/12/05/saat-saat-diburu-maut-sultan-bertaubat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Empat Termasuk Tiga Sekeluarga Maut Kemalangan Di K Lipis

Empat Termasuk Tiga Sekeluarga Maut Kemalangan Di K Lipis

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 583 hits
KUALA LIPIS 9 Dis Empat maut manakala enam lagi cedera dalam satu kemalangan melibatkan dua buah kereta di Kilometer 16 Jalan Lipis Benta Raub petang tadi Kemalangan pada pukul 4 46 petang tadi mengorbankan pemandu kereta Proton Waja Mukhta...
Maut Ketika Mahu Membantu Mangsa Kemalangan

Maut Ketika Mahu Membantu Mangsa Kemalangan

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 283 hits
Petaling Jaya 16 10 2018Mayat dipercayai seorang pelajar lelaki yang hilang selepas dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Kayu Ara ketika cuba membantu mangsa kemalangan membabitkan tiga lori dan sebuah kereta di Lebuhraya NKVE dekat sini Jum...
Kami Sedih Arwah Baharu Berkahwin Pasangan Suami Isteri Maut Dalam Kemalangan

Kami Sedih Arwah Baharu Berkahwin Pasangan Suami Isteri Maut Dalam Kemalangan

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 527 hits
Kami sedih arwah baharu berkahwin Pasangan suami isteri maut dalam kemalanganPasangan suami isteri dan dua anak saudara mereka maut selepas Perodua Viva yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspress hari ini Dalam kejadian jam 1...
Empat Maut Perodua Viva Di Rempuh Bas Ekspres Di Rompin

Empat Maut Perodua Viva Di Rempuh Bas Ekspres Di Rompin

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 270 hits
ROMPIN Sepasang suami isteri bersama dua anak saudara mereka disahkan meninggal dunia selepas kereta Perodua Viva yang dinaiki bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 131 2 Jalan Kuantan Johor Bahru dekat Rompin pukul 1 40 pagi ta...
Pelajar Maut Nahas Enam Sekeluarga

Pelajar Maut Nahas Enam Sekeluarga

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 224 hits
KAMPUNG GAJAH Seorang pelajar Tingkatan Dua maut selepas kenderaan pelbagai guna dinaiki bersama lima ahli keluarga lain terbabas sebelum terbalik di Jalan Kampung Tersusun Air Kuning Chenderong Balai hari ini Kejadian sekitar jam 11 45 pag...
Kalau Anak Sakit Tunjukkan 3 Tanda Bahaya Ini Tolong Cepat Bawa Ke Hospital Lambat Bertindak Boleh Bawa Maut

Kalau Anak Sakit Tunjukkan 3 Tanda Bahaya Ini Tolong Cepat Bawa Ke Hospital Lambat Bertindak Boleh Bawa Maut

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 377 hits
Apabila anak sakit ibu ayah mesti risau Tapi jangan sekali kali terlepas pandang 3 tanda tanda ini tindakan awal anda membawa mereka ke hospital mampu menyelamatkan nyawa Anak kecil terdedah kepada pelbagai jangkitan Sememtelah antibodi yan...
1mdb Lima Individu Diburu Polis

1mdb Lima Individu Diburu Polis

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 156 hits
KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia kini memburu lima individu atas pelbagai kesalahan jenayah melibatkan transaksi kewangan dan urusniaga yang dijalankan oleh syarikat 1MDB Kesemua yang sedang dikesan ialah ahli perniagaan kontroversi Low T...
26 Napi Kabur Dari Lapas Lambaro Aceh Ditangkap 87 Lainnya Masih Diburu

26 Napi Kabur Dari Lapas Lambaro Aceh Ditangkap 87 Lainnya Masih Diburu

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 193 hits
Kepala Polisi Daerah Aceh Irjen Pol Rio S mengatakan bahwa pihaknya telah mengembalikan 25 orang dari warga binaan itu ke LP Kelas II A Lambaro sementara satu napi masih berada di Polsek Ingin Jaya
Pengantin Baru Nikah 2 Minggu Maut Rempuh Kereta

Pengantin Baru Nikah 2 Minggu Maut Rempuh Kereta

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 518 hits
Pengantin Baru Nikah 2 Minggu Maut Rempuh Kereta Siapa dapat menduga pemergian seseorang itu buat selamanya Pengantin perempuan ini terpaksa reda dan terima takdir pemergian suami buat selamanya akibat terlibat dalam kemalangan Mereka baru ...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang

Pengumuman Gaji Penjawat Awam Naik 15 Peratus Dan Cara Kira Kenaikan Gaji Baharu Penjawat Awam



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Meneladani 3 Nilai Semangat Ki Hajar Dewantara Sebagai Bapak Pendidikan Indonesia

Beyond The Buzz Exploring The Science Behind Mushroom Gummie

Senandung Buruh Kasar

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi

Pertahan Keharmonian Bagi Mengukuhkan Ekonomi Negara Mohamad Sabu

Jangan Nanti Plot Twist Didakwa Ambil Barang Terlarang Sarah Yasmine Tak Takut Buat Ujian Air Kencing