Saarani Dinasihat Tidak Gadai Tanah Air Perak


harakahdaily.net
June 21, 2023
MENTERI Besar, Dato’ Seri Saarani Mohamad dilihat begitu berkompromi dan bertoleransi dalam menunjukkan kesediaan menjual air kepada Pulau Pinang. Ia ketika kecurigaan mengenai isu kes pindah milik tanah yang dilaporkan di beberapa daerah di negeri ini belum pun reda dan terjawab

Seolah-olah, ianya untuk kepentingan tertentu yang dalam konteks ini menampakkan kerana hubungan politik baharu antara Umno dan DAP. Secara tidak langsung Saarani bagaikan sudah tunduk kepada kerakusan politik DAP yang diketahui memerlukan dan sudah lama menuntut kedua-dua perkara itu.

Sikap Saarani itu bercanggah pendirian asal beliau semasa bersama PAS dan PN di mana lebih tegas. Apakah ketegasan lalu kerana kekuatan PAS dan PN, tetapi kini bagai lilin dibakar api ia mencair apabila bersama DAP dan PH? Apakah Saarani semakin lemah atau petanda jelas DAP membayangi setiap keputusan beliau?

Ternyata ini menjadi satu lagi episod malang buat rakyat dan Negeri Perak, tetapi lebih malang buat Saarani kerana membiarkan diri menjadi alat, sekali gus mengkhianati amanah jawatan. Belum terlambat untuk beliau berundur ‘kembali ke pangkal jalan’, menepati pendiriannya sepertimana dilafazkan sebelum ini.

Tanah dan air adalah dua elemen terpenting serta masih ‘tersisa’ sebagai hak dan kedaulatan negeri setelah banyak yang lain ditadbir bersama Kerajaan Persekutuan. Itupun terdapat sebahagian daripada perkhidmatan air memerlukan bantuan Pusat dari kewujudan akta-akta yang telah digubal.

Kerana itulah keduanya digabungkan sebagai ‘Tanah Air’ bagi mewakili keasalan, pemilikan, maruah, perjuangan, kehidupan dan kekuasaan serta ketuanan sesuatu bangsa dan wilayah. Keduanya bukan untuk dikomersial dan diperdagang mahupun dispekulasikan, sebaliknya dijaga dan dipertahan biar apapun bayarannya.

Sayang sekali, semudahnya Saarani mahu mencabul sumpah sendiri dan menggadai ‘Tanah Air’ ini semata-mata cinta termeterai antara Umno dan DAP? Sedangkan di ‘Tanah Air’ ini ada mereka yang berpuluhan tahun membanting tulang dan memugar hutan tetapi masih terpinggir serta merempat.

Sekian lama janji pemberian geran tanah hanya dijadikan modal politik oleh Umno selama memerintah dahulu untuk mengugut dan mengekalkan undi. Tiba-tiba kini segala itu dimungkiri, lalu sewenangnya pula tanah terbabit ‘dianugerahkan sebagai hadiah sebuah perkahwinan’ kepada pasangan sendiri?

Di tanah Darul Ridzuan ini juga sering kering-kontang tanpa air yang menjadi keperluan mendesak dan sering ketidakcukupan bagi aktiviti warga rakyat, kamu pula redha menjualnya? Janganlah seperti ‘kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan’ kerana kelak semuanya akan masuk ke dalam tanah juga.

HAJI RAZMAN ZAKARIA
Ketua Pembangkang DUN Perak
Pesuruhjaya PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 21/7/2023

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/06/saarani-dinasihat-tidak-gadai-tanah-air.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Potret Putri Ariani Bareng Seleb Tanah Air Lesti Kejora Hingga Afgan

6 Potret Putri Ariani Bareng Seleb Tanah Air Lesti Kejora Hingga Afgan

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 330 hits
Nama Putri Ariani tengah mencuri perhatian Penyanyi asal Yogyakarta ini berhasil mendapatkan Golden Buzzer di ajang America s Got Talent Nama Putri Ariani mulai dikenal semenjak menjadi juara di Indonesia s Got Talent 2014 Putri juga dekat ...
Perak Sedia Bincang Permohonan Pembelian Air Terawat Dengan Pulau Pinang Kata Mb

Perak Sedia Bincang Permohonan Pembelian Air Terawat Dengan Pulau Pinang Kata Mb

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 222 hits
MENTERI Besar Perak Saarani Mohamad mengesahkan menerima permohonan daripada Pulau Pinang untuk membeli air terawat bagi kegunaan rakyat di negeri tersebut nbsp Saarani berkata surat permohonan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Pulau ...
The Exciting Game Of Air Hockey

The Exciting Game Of Air Hockey

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 258 hits
Are you looking for a fun and fast paced game to play with your friends and family Look no further than air hockey This classic arcade game has been entertaining people for decades and is still a popular choice in arcades and game rooms tod...
Mudah Dan Simple Buat Ayam Panggang Madu Guna Air Fryer

Mudah Dan Simple Buat Ayam Panggang Madu Guna Air Fryer

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 534 hits
Ayam panggang madu adalah salah satu hidangan yang mudah dan sedap untuk disediakan di rumah Anda boleh menggunakan air fryer untuk memanggang ayam dengan lebih cepat dan sihat Berikut adalah resepi untuk ayam panggang madu menggunakan air ...
Wanita Ini Berderai Air Mata Ceritakan Kondisi David Bercucuran Darah Usai Dianiaya

Wanita Ini Berderai Air Mata Ceritakan Kondisi David Bercucuran Darah Usai Dianiaya

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 215 hits
Natalia mengaku sempat membentak Mario saat itu sambil tujuan datang ke kompleksnya Apalagi sampai membuat keributan dan melukai anak temannya hingga terkapar tak berdaya Tapi Mario menjawab itu karena David melecehkan adiknya
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Raja Charles Uk Menghormati Anggota Tentera Yang Terkorban Di Negara Ini

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

We Give Sabah Rm17b Anwar Defends Federal Funding In Viral Gaya Street Exchange

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess