Rutin Wajib Mompreneur Susun Kemas Atur
Sentiasa mewujudkan satu kawasan yang sejuk mata memandang. Sudah lama saya tak mengemaskini rak buku dan buku-buku sedia ada. Bercampur sudah. Terselit sana sini pun ada. Haii. Apa nak jadi ya tak?
Kami cuma ada satu rak buku sahaja buat masa ni. Tiada tempat untuk saya wujudkan rak yang lebih besar. Alangkah teringinnya saya nak miliki rak buku dan koleksi buku yang lebih besar
Rindu untuk memberi ruang membaca. Sekarang sibuk dengaj urusan rumah, anak dan bisnes. Membaca itu jambatan ilmu. Membaca ilmu bisnes, menambah ilmu dan memberi idea. Membaca ilmu motivasi dan positif memberi impak kepada pemikiran dan kelapangan hati. Membaca non fiction, memberi sense of we have the time to just have fun reading. Saya suka sangat2 moment kita dalam dunia sendiri ketika membaca
Inilah rak buku yang ada dirumah. Dah banyak buku dikeluarkan. 😭😭😭 Sedihnya
Proses mengasingkan buku-buku yang wajib saya baca dan ulang berkali-kali. Biar lekat semat di kepala dan hati. Menjadi tindakan yang baik, dan habit. Bukan mudah membentuk habit, tetapi ianya bukanlah sesuatu yang mustahil.
Saya belajar dalam hidup ni, semuanya berlaku dengan izin Allah walaupun adakalanya saya terlupa. Benarlah manusia mudah lupa. Tetapi jangan dijadikan ia sebagai modal kemalasan dan peluang melepaskan diri. Jika lupa, lain kali jangan lupa. Lupa lagi, ingat lagi. Hidup ni suatu proses, proses ada yang laju, ada yang lambat. Yang penting kita teruskan usaha melakukannya dan bukan berhenti berusaha.
Menaip entri kali ni dengan mendengar alunan bacaan alquran daripada portable quran speaker, best suara mengaji berbanding pen audio myqalam. Bukan tak suka, tetapi nampaknya pihak myqalam perlu lakukan sesuatu untuk membuatkan setiap bacaan dari qari lebih sedap didengar.
Alamak bangun pula si kecil. Antara sebab saya mengemas rak buku kerana si kecil inilah. Nakal sudah. Sangat suka memanjat dan mengeluarkan buku-buku. Sebab itu jugalah rak buku di bawah sekali saya kosongkan. Tak mengapa jika hanya keluarkan, tetapi dimakan sekali. Hmm, semua pakej dia ada
Ini ialah entri semasa. Selamat pagi semua ibu-ibu. Bagi mompreneur, enjoy this very moment. Anak-anak sangat cepat membesar. Saya mula lupa keletah anak pertama semasa kecil. Anak sulung dah berusia 11 tahun, saya mula risau akan sikap remaja yang akan kami tempuh. Semoga Allah beri saya kesabaran dalam mendidik anak-anak ini
Oh ya saya kongsikan doa yang saya mula amalkan untuk anak-anak
Doa Untuk Anak-Anak dari Ibu Bapa
Selamat pagi semuaMompreneur Emme Marina
16 April 2021 8.50 pagi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.emmemarina.com/2021/04/rutin-wajib-mompreneur-susun-kemas-atur.html