Kerja Naik Taraf Paip Lama Di Taman Tas Akan Dimulakan Selewat Lewatnya Awal Tahun Depan Kos Cecah Rm6 Juta




KUANTAN: Kerja naik taraf paip lama di Taman Tas, dekat sini, akan dimulakan selewat-lewatnya awal tahun depan.
Proses tender bagi kerja berkaitan bakal dikeluarkan bulan Ogos ini.
Perkara itu dimaklumkan ahli parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah ketika sesi taklimat projek terbabit bersama penduduk setempat di Dewan Taman Tas, petang semalam.
“Projek naik taraf ini dijangka mengambil masa antara 12 hingga 18 bulan untuk disiapkan.
“Jadi, kita ambil langkah awal dengan mengadakan sesi taklimat bersama pimpinan setempat supaya apabila projek ini bermula, semuanya dapat berjalan dengan lancar,” katanya ketika berucap pada majlis itu.
Hadir dalam sesi taklimat berkenaan adalah wakil Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), ahli majlis Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan pemimpin Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sekitar Taman Tas.
Taman perumahan itu yang mula didiami penduduk sekitar tahun 1981, adalah antara projek diberi keutamaan oleh PAIP dan PAAB.
“Ini kerana usia paip di kawasan Taman Tas sudah hampir 40 tahun, jadi memang perlu ditukar atau dinaik taraf.
“Sebelum ini pun, memang banyak aduan berkaitan paip bocor dan masalah tekanan air rendah diterima pihak PAIP.
“Jadi, apabila kerja naik taraf ini selesai, Insya-Allah… masalah itu dapat diselesaikan,” kata Mohd Shahar lagi.
Kerja naik taraf membabitkan penukaran paip lama sepanjang 12 kilometer itu membabitkan peruntukan RM6 juta.
Usaha bagi mendapatkan peruntukan berkenaan adalah hasil inisiatif Mohd Shahar dan Datuk Zaili Besar yang juga bekas ADUN Panching.
Wakil PAIP ketika sesi taklimat itu turut meminta pimpinan setempat dapat berkongsi maklumat berkaitan kerja naik taraf terbabit kepada penduduk.
“Kerja naik taraf ini mengambil masa, jadi kita harap penduduk dapat bersabar.
“Akan ada laluan yang perlu dikorek dan ditutup, tapi kita akan cuba mengurangkan kesan atau gangguan kepada penduduk di sini sepanjang tempoh kerja naik taraf dilaksanakan,” katanya. #TheMalaysiaPress
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/05/kerja-naik-taraf-paip-lama-di-taman-tas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cimb Octo Tak Akan Sokong Os Lama Mulai 25 Jun Naik Taraf Sekarang

Cimb Octo Tak Akan Sokong Os Lama Mulai 25 Jun Naik Taraf Sekarang

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 270 hits
CIMB akan menaikkan keperluan minimum sistem operasi untuk aplikasi mudah alih CIMB OCTO yang akan berkuat kuasa mulai 25 Jun 2025 Mulai tarikh tersebut aplikasi CIMB OCTO hanya akan menyokong peranti yang menjalankan Android 10 dan iOS 15 ...
Kereta Terbang Pertama Dunia Muncul Tahun Depan Harganya Rm4 Juta

Kereta Terbang Pertama Dunia Muncul Tahun Depan Harganya Rm4 Juta

papar berkaitan - pada 21/5/2025 - jumlah : 375 hits
Syarikat dari Slovakia Klein Vision yang membangunkan kereta terbang pertama di dunia yang disahkan untuk penerbangan telah memperkenalkan prototaip produksi mereka di acara Living Legends of Aviation 2025 di Beverly Hills Dikenali sebagai ...
Bicara Kes Saman Rm1 Juta Kerajaan Pahang Terhadap Aktivis Alam Sekitar Khaidir Ahmad Di Tunda 2 Mac Tahun Depan

Bicara Kes Saman Rm1 Juta Kerajaan Pahang Terhadap Aktivis Alam Sekitar Khaidir Ahmad Di Tunda 2 Mac Tahun Depan

papar berkaitan - pada 19/5/2025 - jumlah : 544 hits
KUANTAN Perbicaraan kes saman RM1 juta Kerajaan Negeri Pahang terhadap aktivis alam sekitar yang juga bekas Ketua Pengarang Berita TV3 Mohd Khaidir Ahmad yang dijadualkan pada 18 hingga 30 Mei di Mahkamah Tinggi Temerloh telah ditunda pada ...
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Berjaya Rampas Bunga Ganja Bernilai Rm1 4 Juta Di Klia Awal Mei Lalu

Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Berjaya Rampas Bunga Ganja Bernilai Rm1 4 Juta Di Klia Awal Mei Lalu

papar berkaitan - pada 26/5/2025 - jumlah : 534 hits
KUANTAN Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang berjaya mematahkan kegiatan sindiket pengedaran dadah yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebagai transit dalam tiga siri pemeriksaan awal Mei lalu Sindiket berkenaan dik...
Tunggakan Sewa Ppr Perumahan Awam Dbkl Cecah Rm70 Juta

Tunggakan Sewa Ppr Perumahan Awam Dbkl Cecah Rm70 Juta

papar berkaitan - pada 19/5/2025 - jumlah : 243 hits
Tunggakan itu beri kesan terhadap penyelenggaraan dan pengurusan kemudahan untuk masyarakat DBKL ambil beberapa langkah bagi mengurangkan tunggakan antaranya anjur program advokasi kewangan dan mewujudkan pelan rundingan pembayaran untuk pe...
Kutipan Hasil Pahang Cecah Lebih Rm400 Juta Setakat Ini Landasan Betul Catat Lebih Rm1 Bilion Seperti Sebelumnya

Kutipan Hasil Pahang Cecah Lebih Rm400 Juta Setakat Ini Landasan Betul Catat Lebih Rm1 Bilion Seperti Sebelumnya

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 293 hits
KUALA LIPIS Kutipan hasil negeri Pahang mencecah lebih RM400 juta setakat ini sekali gus berada di landasan yang betul untuk mencatat kutipan lebih RM1 bilion seperti tahun sebelumnya Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Is
Hiburan Jangan Buat Grab Lama Sangat Sebab Kerja Tu Tak Bagus Tak Ada Development Skill Apa Apa Pun Dma Islam

Hiburan Jangan Buat Grab Lama Sangat Sebab Kerja Tu Tak Bagus Tak Ada Development Skill Apa Apa Pun Dma Islam

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 440 hits
Kalau sebut saja nama personaliti media sosial DMA Islam pasti ramai yang sudah mengenalinya susulan konten konten di platform media sosial yang dianggap sering berlebihan apabila berkata kata Terbaru video DMA Islam mengulas tentang pekerj...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Salam Takziah Buat Seluruh Ahli Keluarga

The Lodge Maribaya Bandung Lokasi Aktiviti Menarik Dan Spot Bergambar Cantik

Anugerah Rekod Nilam

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B