Rusuhan Bakar Bangunan Dpr Jokowi Seru Bermaafan
erdahulu, satu demonstrasi besar-besaran bertukar rusuhan apabila ribuan penunjuk perasaan bertindak membakar beberapa kemudahan awam serta menghalang lalu lintas. - Foto Instagram Joko Widodo
JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menyeru rakyat di wilayah Papua dan Papua Barat supaya menghentikan ketegangan susulan rusuhan yang berlaku pada Isnin.
Jokowi menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Instagramnya turut meminta agar rakyat di kedua-dua wilayah tersebut saling bermaafan antara satu sama lain.
“Saudara-saudaraku di Papua dan Papua Barat, saya tahu ada (dalam kalangan kamu) yang tersinggung. Oleh sebab itu, sebagai saudara sebangsa dan setanah air, perkara paling baik adalah saling memaafkan.
“Emosi itu boleh, tetapi memaafkan itu lebih baik. Sabar itu juga lebih baik,” demikian menurut Jokowi, pada Isnin.
Tegasnya, kerajaan sentiasa berusaha untuk menjaga kehormatan dan kebajikan semua rakyat di kedua-dua wilayah tersebut.
“Dan yakinlah bahawa pemerintah akan terus menjaga kehormatan dan kesejahteraan saudara-saudaraku di Papua dan Papua Barat,” ujarnya.
Terdahulu, satu demonstrasi besar-besaran bertukar rusuhan apabila ribuan penunjuk perasaan bertindak membakar beberapa kemudahan awam serta menghalang lalu lintas.
Al Jazeera melaporkan, dalam kejadian di ibu negeri Manokwari itu, penunjuk perasaan membakar bangunan Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD), tayar dan beberapa premis perniagaan.
Difahamkan, kemarahan tercetus akibat penahanan sejumlah penuntut Papua di Surabaya, Jawa Timur kerana membengkokkan tiang bendera di hadapan dorm masing-masing ketika menyambut Hari Kebangsaan Indonesia pada 17 Ogos lalu.
Ketua Polis Indonesia, Tito Karnavian berkata, pihak berkuasa berjaya mengawal keadaan di kawasan wilayah timur Papua.
Sementara itu, Gabenor Papua, Lukas Enember memaklumkan penduduk wilayah berkenaan berang dengan penggunaan perkataan berbaur perkauman digunakan masyarakat Jawa Timur, polis dan tentera terhadap mereka.
Setakat ini, tiada kematian dilaporkan dan demonstrasi masih berterusan. (IH)
Hibur Hibur SikitVideo:AKU PAPUA ~ FRANKY SAHILATUA
ADEK BERJILBAB UNGU (VERSI SHALAWAT) | By CAIS Voice (Juara 1 LKCP 2018 Asal PAPUA)
SPESIAL OY ADEK BERKERUDUNG BIRU' [SYUBBANUL MUSLIMIN]
Lihat gambar ini..
Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2019/08/rusuhanbakar-bangunan-dpr-jokowi-seru.html