Rusia Daftarkan Vaksin Covid 19 Pertama Di Dunia Pengeluaran Besar Besaran Dijangka Bermula September Ini
Media antarabangsa melaporkan bahawa Rusia mengumumkan telah mendaftarkan vaksin COVID-19, biarpun terdapat gesaan supaya tidak berbuat demikian sehingga ujian klinikal selesai
Menurut Moscow Times, Presiden Vladimir Putin mengumumkan vaksin berkenaan telah didaftar manakala pengeluaran besar-besaran dijangka bermula pada September ini, diteruskan dengan pemvaksinan berskala besar pada Oktober
Isnin lalu, Persatuan Organisasi Ujian Klinikal (ACTO) menggesa kerajaan agar menjalankan lebih banyak ujian klinikal sebelum pendaftaran vaksin
Pun begitu, gesaan itu diketepikan Timbalan Ketua Pengawas Kesihatan, Perkhidmatan Persekutuan untuk Pengawasan dalam Penjagaan Kesihatan (Roszdravnadzor), Valentina Kosenko yang mendakwa vaksin tersebut tidak menyebabkan kesan sampingan yang serius
“ACTO terus membuat kesimpulan tanpa mengetahui keputusannya. Ratusan sukarelawan telah divaksin dengan vaksin ini dan tiada reaksi sampingan yang serius,” kata Kosenko seperti dilapor Moscow Times
Minggu lalu, institut penyelidikan kendalian kerajaan Rusia, Gamaleya dilapor telah menjalankan percubaan fasa ketiga vaksin COVID-19 melibatkan ribuan sukarelawan
Ketua Jabatan Kawalan Kualiti Roszdravnadzor, Sergei Glagolev pula berkata, pengesahan makmal mengenai vaksin bakal dilaksanakan selepas pendaftaran dan semasa percubaan akhir vaksin berkenaan
“Mendaftar ubatan ketika fasa awal kajian klinikal adalah boleh diterima. Skim yang serupa wujud di Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat,” kata Glagolev
“Ketika pandemik, negara-negara membenarkan (penggunaan) ubat-ubatan tanpa percubaan rawak, tapi ini berbeza dengan vaksin Gamaleya. Dalam kes ini, kita berbicara tentang kemasukan awal (vaksin) ke pasaran di bawah keadaan yang dikawal ketat,” katanya
Vaksin Gamaleya merupakan vaksin vektor yang dibangunkan menggunakan virus lain untuk membawa DNA yang mengekod tindak balas imun diperlukan ke dalam sel. Ia dilapor dibangunkan menggunakan adenovirus, iaitu kumpulan virus yang menyebabkan beberapa penyakit seperti selesema, sakit tekak dan pneumonia
Sebelum ini, Rusia dilaporkan menawarkan bekalan vaksin kepada negara Filipina. Tawaran itu kemudiannya dipersetujui Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang menawarkan dirinya sebagai subjek pertama eksperimen di sana
“Saya akan sukarela membawanya ke khalayak. Saya akan jadi yang pertama diuji,” katanya seperti dilapor Nikkei Asian Review
Sumber: Moscow Times, Nikkei Asian Review, Anadolu Agency via Siakapkeli
from Sehinggit Media https://ift.tt/3fPvjIX
via Merah Hati Cintaku
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/08/rusia-daftarkan-vaksin-covid-19-pertama.html