Rupanya Syarikat Guna Software Ats Checklist Ini Jelaskan Kenapa Resume Anda Selalu Kena Tendang
Resume merupakan perkara terpenting untuk mendapatkan sesuatu kerja. Tanpa resume yang baik, pencapaian cemerlang graduan mungkin tidak ke mana-mana kerana ditolak sistem Applicant Tracking System (ATS).
Sistem ini digunakan majikan untuk menapis resume dalam jumlah yang banyak bagi memudahkan kerja mereka. Oleh itu, penting bagi pemohon untuk memastikan resume mengandungi kriteria lengkap agar tidak direject oleh sistem berkenaan.
Seorang pereka grafik, Mohamad Heiry Mohd Azmi berkongsi antara punca yang menyebabkan resume anda ditolak sistem.
Sepanjang 3 tahun 6 bulan aku buat graphic design, bila aku dapat request untuk buat resume, aku selalu fikir 2-3 kali untuk revise balik design so that the resume can actually beat Applicant Tracking System (ATS).
Cukup 10 RT, aku cerita cane ATS bots reject korang punya resume
— Start Auba-Laca-Pepe or a kitten will die (@eryazmi) August 28, 2019
Menurutnya, ATS merupakan satu perisian yang pada awalnya dihasilkan untuk kegunaan syarikat-syarikat besar yang setiap hari berhadapan dengan beribu-ribu permohonan pekerjaan.
Tugas-tugas untuk ‘memeriksa’ ribuan resume yang dihantar termasuk resume sendu akan diambil alih oleh ATS yang melalukan tugas collect, scan dan tapis bermulalah dari yang terbaik sehinggalah yang paling teruk.
Katanya lagi, pengguna-penggunanya adalah syarikat-syarikat besar namun hari ini 95 peratus syarikat-syarikat bergantung kepada software ini dan menjadi kebiasaan dalam syarikat-syarikat kategori small-medium company.
Jangan terkejut kalau korang memang lebih dari layak dapat kerja tu, tapi disebabkan ATS, you failed to land a job.
Sekarang robot yang bekerja dulu. Manusia kemudian.
— Start Auba-Laca-Pepe or a kitten will die (@eryazmi) August 28, 2019
Tak ada kata kunci
Majikan akan memprogramkan sistem ATS ini untuk menapis resume berdasarkan kata kunci spesifik dalam industri pekerjaan tersebut.
Sebagai contoh, bagi pemohon yang meminta kerja sebagai jurutera Industrial Effluent Treatment System (IETS), sistem berkenaan mungkin mencari kata kunci seperti berikut,
Ayat lengkap “Industrial Effluent Treatment System (IETS) Engineer” dengan singkatan sekali
CGPA dari 3.0 ke 4.0
Kata kunci seperti Email Address, Excel, Office, Words, Telephone, Chemical Engineering, atau pengalaman kerja spesifik dalam bidang dimohon
Dah letak kata kunci, tapi resume masih ditolak? Ini sebabnya;
1. Tak mesra ATS
CIRI CIRI RESUME YANG DICIDUK ATS
1. File format resume tak compatible dengan ATS softwares majikan
Kita selalu dengar PDF terbaik. Betul ke? Well, technically PDF isn’t the most compatible format to most of the ATS softwares.
— Start Auba-Laca-Pepe or a kitten will die (@eryazmi) August 28, 2019
So nak pakai format apa untuk upload resume???
Boleh pakai rule of thumb ni;
Kalau dia minta resume in pdf, dia bukan ATS.
Kalau dia minta resume in other than pdf (eg. word) atau tak specific langsung format apa, 80% chance dia guna ATS. Play it safe, upload saja dalam word docx
— Start Auba-Laca-Pepe or a kitten will die (@eryazmi) August 28, 2019
2. Maklumat penting berada dalam HEADER/FOOTER
Even dah pakai format Word docx, masih dicidukkk ATS???
So, here’s the next possible reason why
2. Important contact details berada dalam HEADER/FOOTER
Mistake paling bodoe bagi yang design format docx. Please jangan letak apa-apa dalam header/footer. ATS tak dapat detect keyword tu. pic.twitter.com/90DUojLVCM
— Start Auba-Laca-Pepe or a kitten will die (@eryazmi) August 28, 2019
3. Terlalu banyak imej atau grafik
“Elakkan guna carta/meter bar/bintang/dots untuk bahagian skil atau bahasa. Kebanyakan templat resume atas talian menggunakan grafik ini dan akhirnya tidak dapat dikesan oleh ATS.
Selain fluency/mastery, section lain dalam resume like Nama, Phone, Address n etc. pun sama.
Jangan guna icons like rumah, telefon, pin GPS untuk pointing out content resume engko.
Semua ni halang ATS dari detect keyword resume. Ingat, ATS detect keyword, bukannya grafik.
— Start Auba-Laca-Pepe or a kitten will die (@eryazmi) August 28, 2019
Sebaiknya gunakan perkataan untuk menerangkan bahagian ini seperti fluent, advance dan sebagainya. Selain itu, gunakan bullet points seperti huruf a,b,c atau angka roman dan dots biasa.
Cara semak resume anda lulus ATS atau tak
Ok one more terlupa bagitahu cara nak check sendiri Resume kita pass ATS ke tak
1. Create file baru Save As format “Plain Text .txt”
2. Teliti content resume txt file tu
3. Kalau ada missing words/symbols/anything wrong, fix original word docx file
4. Repeat 1-3 sampai puas
— Start Auba-Laca-Pepe or a kitten will die (@eryazmi) August 28, 2019
Kalau resume anda masih kemas dan mudah dibaca dalam fail .txt, maksudnya anda dah lulus ATS.
Left : Resume aku dalam word docx format
Right : Resume aku selepas convert ke plain text (.txt) format yg mana ATS software akan baca
Still cun tak messed up & masih boleh dibaca. Tak ada symbols yang tak boleh dibaca. Bullet points pun clear. Ni lah format ATS-friendly resume. pic.twitter.com/Y39vxbYWGv
— Start Auba-Laca-Pepe or a kitten will die (@eryazmi) August 28, 2019
Tak semua syarikat guna ATS. Antara ciri syarikat menggunakan sistem ini ialah mereka yang mengggunakan khidmat perekrut pihak ketiga. Anda akan dihantar ke laman baru selepas klik ‘Apply Online‘.
Katanya, jika syarikat tersebut menggunakan emel syarikat sendiri untuk menerima resume, kemungkinan besar ia tidak menggunakan sistem tersebut, sebaliknya menapis secara manual melalui emel diterima.
Jangan ingat semua company pakai ATS. Mana2 yg redirect pergi ke page baru je guna ATS.
Tips;
Always standby buat 2 jenis resume/cover letter. Satu yang design skema & kemas untuk beat ATS. Satu lagi yang cantik fancy untuk beat mata manusia.
— Start Auba-Laca-Pepe or a kitten will die (@eryazmi) August 29, 2019
Heiry turut menawarkan khidmat menghasilkan grafik dan menyemak resume.
Kalau nak apa2 design services seperti di bio twitter aQuewh, sila dm ye….
Kalau nak aku revise & check resume sedia ada pun boleh. Free je. Tapi tak jamin reply cepat sebab busy lyfe. Huhuhuhu
— Start Auba-Laca-Pepe or a kitten will die (@eryazmi) August 28, 2019
Sumber: Eryazmi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/08/31/rupanya-syarikat-guna-software-ats-checklist-ini-jelaskan-kenapa-resume-anda-selalu-kena-tendang/